Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, June 30, 2013

Soalan bodoh dapat jawapan bodoh jugaklah! He he he.


Walaupun saya berada di institusi pengajian tinggi (yang kononnya di kelilingi ramai bijak pandai)  namun ada jugak yang saya rasa bodoh sangat. Bukan sahaja bodoh tapi tak peka. Tapi tak pekak.

Kata kawan saya yang bekerja di sebuah kolej universiti, orang bodoh ni ada di mana-mana. Saya terus setuju. Setuju bukan kerana dia beritahu tetapi setuju dengan melihat peristiwa yang telah berlaku pada diri saya.

Peristiwa tersebut malaslah saya nak terangkan sebab peristiwa bodoh. Namun saya dapat satu pengajaran di mana kalau soalan bodoh, jawapan bodohlah patut diberi. Biar terdiam gitu.

Mungkin orang Melayu begitu kot? Maksud saya ramai yang bodoh walaupun berjawatan tinggi dan berpelajaran. Bukan saya sesedap cakap mereka ini kadang-kadang bodoh mengalahkan orang yang tak ada pelajaran, kambing dan pendedahan kehidupan.

Saya berpendapat soal jodoh, ajal maut dan rezeki tidak payahlah dipersoalkan. Tak payahlah buat aksi yang kita ni sempurna sangat. Kita yang ada bini ni mungkin tak tahu yang beg bini kita pakai yang mahal tu sebenarnya `teman lelaki' FB bini kita yang hadiahkan (tapi saya tahu, he he he). Dan kita tak payahlah bangga sangat kat suami kita sebab kita tak tahu apa yang berlaku pada suaminya pada pesta buku antarabangsa lalu di sebuah hotel. (tapi saya tahu, he he he).

Dan kita tak nampak yang anak-anak kita tu dah nak jadi bohsia...

Jan: (tapi saya nampak...he he he)


Thursday, June 27, 2013

Siapa yang nak mengandung angkat tangan?

KALAU di sesebuah organisasi 80% lebih terdiri daripada kaum wanita, saya kira moleklah dibuat jadual mengandung. Supaya organisasi terurus dan tiada orang yang teraniaya. Tiada orang bermaki  hamung.

Jangan kata saya sesedap cakap sahaja, kalau isu tidak penting, saya tidak menulisnya. Kebanjiran wanita sudah merata. Kawan saya kata sudah 1:12. Nisbah ini akan terus meningkat, dan kata kawan saya pada akhir nak kiamat nanti nisbahnya jadi 1:50, haaa....

Sekarang ni pun jumlah bilangan lelaki dalam kelas saya jauh lebih kecil berbanding wanita. Dan kkuantitinya di sesetengah universiti telah mencapai lebih 70%. Di sektor kerja pun gitu, ramai sudah kaum perempuan bekerja. Tidak seperti nenek moyang kita dulu yang hanya rata-rata kerja, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh...dan begitulah seterusnya.

Oleh kerana natijah kejadian wanita adalah beranak, maka eloklah difikirkan satu keadah atau mekanisma untuk menangani masalah pengantian agar ada kesinambungan kerja organisasi terurus dan tidak akan ada kakitangan teraniaya (yang mereka nanti menyumpah seranah dalam hati).

Jan: Kalau tiap-tiap tahun nak beranak? Haaa. Kena undi?


Lelaki jenis simpan, duit gaji, dan 18 cawan

MERUJUK kepada perkara yang kita bincangkan semalam, ringkasnya saya tetap berpendapat kelebihan gaji isteri berbanding si suami  tidak menjamin kepada keharmonian rumahtangga. Bukan saya nak sesedap cakap tetapi banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Maka si isteri tidak boleh rasa selamat kerana faktor tersebut iaitu kononnya suami keberatan meninggalkan kita jika gaji kita lebih tinggi... Selamat datang ke planet bumi dan blog jankaulu.

Para suami akan tetap juga `buat lelakon'  walaupun mereka ditanggung sepenuhnya oleh sang isteri. Sudah banyak kes terjadi yang saya percayai akan terus terjadi, terjadi dan terjadi..

Yang nyata bila diceraikan nanti sang isteri boleh selamat kerana ada gaji. Gaji adalah penyelamat kehidupan.

Saya juga mendapati kemahuan para suami yang remeh di mata isteri sebenarnya besar bagi mereka (sang suami). Cuma mereka tidak cakap sahaja, simpan dalam hati.


Sekian.

Jan: Layanlah kemahuan suami walaupun mereka meminta secawan kopi... (walaupun mereka boleh buat sendiri 18 cawan kopi, he he he)


Tuesday, June 25, 2013

Rakan sekerja bersalin, bujangan dan makan pisang!

"Orang bersalin, dipuji, dihargai, malahan diucapkan tahniah... Sedangkan kita yang BUJANG ni terpaksa menanggung beban kerja yg mereka tinggalkan akibat bercuti selama 2 bln dan selalunya lebih. Gaji mereka dapat penuh tanpa bekerja. manalkala anak yang dilahirkan tu adalah hasil dari dari kesedapan mereka laki bini panchot dlm..... Mana makanisme keadilan dlm perkara ini? Sya tak nafikan hak kaum wanita, tapi hak orang LELAKI BUJANG mcm kita ni mcm mane?? Sepatutnya mereka terima separuh gaji , manakala lagi separuh perlu diperuntukan kepada staf2 yg memangku tugas semasa mereka bercuti selama dua bulan atau lebih

Pesanan ringkas (yang tak berapa ringkas) di atas ini saya terima lewat semalam daripada seorang kawan baik saya yang bekerja di sektor swasta. Kalau saya sudah berkahwin tentulah saya abaikan sms ini sebab memang begitulah keadaannya, apa yang nak dihairangkan sangat.

Namun sebagai bujang lara, saya terdetik jugak kerana memang sepanjang kerjaya saya yang kian mencapai 20 tahun ini, ada ketikanya seperti ketidakadilan berlaku semata-mata saya BUJANGAN.

Dalam satu cerita yang lain, seorang kawan saya juga pernah beritahu dia jadi pemangku sebab bos wanita di jabatan dia bersalin. Dan katanya tidak ada orang yang sanggup termasuk pekerja yang khabarnya bakal menggantikan bos wanita itu sendiri. Walhal pekerja tersebut boleh cari pengalaman. Alasan beliau senang, iaitu:

"Bila jadi pemangku kerja orang, kerja hakiki kita sendiri pun kena buat juga. Tambah dengan kerja yang kita tolong pangku tersebutlah yang membuatkan kita sesak nafas, dan sadisnya tidak pula diberi sebarang bayaran atau imbuhan".

Bukanlah berkira sangat tetapi ini adalah suatu yang tidak adil. Saya faham perasaan kawan-kawan saya sebab saya pernah alaminya. Saya bukan nak sesedap cakap jea tetapi itulah hakikatnya. Kerja-kerja adalah melibatkan rezeki yang masuk, maka uruskanlah dengan betul bila kita berada di atas (carta organisasi).

Jangan bila berada di atas, kerja kita makan pisang jea...

Jan: Dahlah bujang, handsum pulak, salahkah saya? Huh!!!

Macam mana jika semua rakan sekerja semuanya mengandung?

Lirik Lagu Aku Yang Tersakiti – Judika –

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Monday, June 24, 2013

Selamat menyambut ramadhan 2013


dengan ucapan: "bila berbuka ingat-ingatlah kami di sini..."



Jan: Salam dari saudara kita di Afrika...

Sunday, June 23, 2013

Bahaya kerja lebih 8 jam sehari!


Bahaya pada kesihatan fizikal

Rasa lenguh badan, sakit belakang, rasa sakit bahu atau pinggang. Kepala dan sebagainya termasuk cepat letih dan tak lena tidor...Haaa.


Bahaya pada kesihatan emosi

Rasa tak tenang. Rasa ada jea kerja yang tak sudah. Rasa jadi tertekan dan akhirnya rasa gaji kita rendah sedangkan kita pulun bekerja sampai lewat petang. Haaa.



Bahaya kepada hubungan kekeluargaan

- Rasa nak tampar jea anak-anak yang tak reti bahasa! Orang balik kerja letih dia buat hal pulak!. Rumah berkubang hanyar!
- Rasa nak tampar laki, asyik nak makan, dan mintak seks (tak pernah reda). Tak tahu ke orang letih ke, orang pening ke!.
- Rasa nak tampar bini jea asyik nak bermanja 24 jam! Siang malam. Kalau tak layan, berleter memanjang! Kata tak sayang la, huh!!!.

Jan: Haaa....

8 jam sudah cukup jika berkerja dengan efisen...

"Mereka masih sibuk bekerja mengadap pc, potostet, buat file..." Saya menerima sms daripada sahabat saya. Ketika itu jam sudah menunjukan pukul 5.10 petang.


Bila menerima sms tersebut, saya terus memperlahankan kerja. Sepatutnya 5.15 petang adalah waktu kerja saya tamat. Pukul 5 petang adalah waktu menyiapkan diri untuk pulang.

Tetapi tidak, keadaan dunia hari ini menjadikan kita hamba kerja tanpa kita sedari. Seolah hidup kita ini hanya untuk kerja. Seolah tiada keperluan lain bagi diri kita sendiri dan sekitaran lain. Jauh sekali untuk ibubapa kita.

Sedangkan definisi anak yang berjaya antaranya ialah anak yang ambil tahu dan ambil berat tentang ibubapanya. Dan juga keluarganya sendiri.

Dan bila balik lewat petang saya berani kata kita akan jadi letih kat rumah dan malas nak layan keranah anak semaksima mungkin. Malah kita mungkin halau mereka main jauh-jauh.

Jan: Tak mustahil kan? kan?

Thursday, June 20, 2013

. " Tak best senam sorang diri...laki saya tak nak temankan"

" Tak best bersenam sorang diri... laki saya tak nak teman... dia tak bagi support"


Memang kalau bersenam ramai-ramai kita akan jadi bersemangat dan seronok. Kecuali ada mak mertua, kita akan lebih suka bersenam dengan pasangan kita di rumah sambil bergurau senda. Anak-anak juga patut kita ajak bersama agar ramai, biar meriah. Ajar mereka bermula dari kecil bahawa kesihatan adalah penting.

Tentu kita rasa berbunga di hati bila dapat bersenam dengan suami. Sekurang-kurangnya dia akan berada di rumah. Kuranglah sikit digoda oleh perempuan lain (sekarang perempuan ramai, mereka tidak mengira suami orang tu mampu ke tidak, maklumlah 1 nisbah 12).

Tentu seronok (dengan andaian mak mertua dah balik ke rumahnya) dapat bersenam dengan pasangan sambil buat gerakan tarik pinggang atau kaki. Tentu ceria semasa tarik-menarik, jangan tertarik benda yang tak patut ditarik sudah! He he he.

Namun kalau suami tidak mahu bersenam bersama kita, janganlah kita turut sama tidak bersenam. Banyak kelebihan bersenam tanpa suami. Tanpa suami kita boleh fokuskan kepada banyak gerakan senaman. Kalau ada suami pun masalah juga, nanti kita tak dapat bezakan mana satu senaman, mana satu persetubuhan. Haaa...He he he, gatal sungguh saya.

Gerakan senaman seorang diri yang senang dilakukan tanpa suami

Sebenarnya apa yang saya mahu perkatakan ialah kita kena bersenam walaupun suami kita tidak bersenam. Atau senaman tetap mesti dilakukan walaupun kita hidup seorang diri (kalau bercerai). Dan ingatlah bahawasanya sama ada kita andartu atau antertu, kita tetap kena bersenam!

Jan: Selamat bersenam di hujung minggu, sama-sama kita jaga kesihatan.

Pokok teh sebagai pagar


Alhamdulilah, pokok teh pagar yang saya semai terus galak membiak sebaik sahaja saya tanam di atas tanah. Seperti itik bertemu air, ia membiak dengan cepat. Sebenarnya saya bubuh dua jenis baja yang ayah saya beri. Entah baja apa, kot-kot baja kelapa sawit ayah saya kot?

Saya membuat pagar dengan pokok-pokok ini agar tidaklah nampak sangat aktiviti jiran belakang rumah saya. Dan juga menutup pandangan belakang rumah orang lain yang ada periuk belanga dabn baldi sekali..



Kalau tidak silap kontraktor ada beritahu panjang belakang rumah saya lebih dari 100kaki, ia melibatkan RM9K jika saya mahu tutup di bahagian belakang tersebut.

Buat masa ni, jual diri pun tak akan dapat kumpul duit sebanyak tu, saya bukannya muda lagi he he he. Gurau jea. Jadi saya tanamlah pokok-pokok ini. Di belakang pokok pagar ini saya tanam pokok entah apa nama dia sebagai teduhan besar kepada pokok pagar.




Saya letak tali supaya pokok tak tumbuh lebih dari apa yang saya nak, saya harap mereka faham. Kalau mereka tumbuh lebih-lebih saya akan gunting. Saya berhajat nak tinggikan pagar ni setakat pinggan saya sahaja. Ini kerana bimbang ia akan jatuh atau roboh jika tinggi.maksud saya tumbang.



Selain itu saya juga ada tanam pokok kemboja agar taklah nampak sangat belakang rumah jiran saya ini. saya berharap sangat suatu hari nanti akan ada duit sebanyak RM15k untuk dibuat pagar.


Jan: Semoga pokok ini jadi pagar.

Saya tak ada alat bersenam...


 "Saya tak ada alat bersenam...macam mana nak bersenam?"

Alasan ini juga kelakar bin sadis. Kalau ada alat bersenam berdekatan, ambik dan hempuk atas kepala dia biar jadi betul sikit. Tak semestinya bersenam kena guna alat bersenam!. Tak semestinya kena ke gim.Tak semestinnya... Malaslah saya nak terangkan. Saya nak tergelak.

Namun kalau ada duit bolehlah beli. Alangkah baik yea kalau kita lebih galak membeli alatan senaman daripada tindakan menukar sport rim setahun dua kali. Haaa...


Alat senaman yang popular, he he he.


"Kalau ada alat senaman pun nak letak kat mana, rumah saya sempit". Ini juga alasan kelakarkan. Bukan semua alatan senaman adalah bersaiz besar belaka. Malaslah saya nak beritahu. Boo jealah.

Jan: ada 1000001 lagi alasan...

Home exercise pun boleh buat sebenarnya, saja kita buat alasan.


Mock Teaching Pensyarah: 10 Tips Daripada Pengalaman Seorang Penilai

Kalau anda dipanggil menghadiri mock teaching, jangan terlalu panik. Saya pernah duduk di kerusi panel dan melihat calon datang seorang demi seorang untuk menunjukkan kebolehan mengajar. Ada yang ilmunya hebat, tetapi agak sukar menyampaikannya. Ada pula yang ilmunya biasa-biasa sahaja, tetapi sebaik sahaja mula bercakap, kita dapat rasakan bahawa dia memang seorang guru.

Jadi saya kongsikan beberapa perkara berdasarkan apa yang pernah saya lihat dan alami sendiri. Ini bukan panduan rasmi mana-mana universiti. Anggap sahaja sebagai catatan seorang yang pernah berada di sebelah panel penilai. Kalau bermanfaat, ambillah. Kalau tak berapa kena, jangan marah saya pula. He he.

Hari ini saya sekali lagi bergegas ke Bangunan Wisma Pentadbiran universiti. Dekan memilih saya untuk menjadi salah seorang panel bagi sesi mock teaching beberapa calon yang sedang ditemuduga untuk jawatan pensyarah.

Sampai sahaja, saya terus mencapai kot.

Entah kenapa, setiap kali hendak pergi perkara rasmi, pakai kot terus rasa macam orang penting gituew. 😂

Pengalaman menjadi panel bukanlah perkara baharu bagi saya. Ketika mengajar di Kolej Shahputra Pekan dahulu, yang kini sudah menjadi kolej universiti, saya juga pernah terlibat dalam sesi temu duga calon pensyarah.

Setiap kali diberi tanggungjawab seperti ini, saya cuba mengingatkan diri sendiri supaya menjalankannya seamanah dan seadil mungkin. Ini bukan sekadar memilih siapa yang pandai bercakap atau siapa yang nampak paling yakin.

Di sebalik setiap calon itu ada usaha, harapan dan rezeki yang sedang mereka perjuangkan.

Sebab itulah saya cuba menilai sebaik mungkin. Mereka datang membawa harapan untuk mendapatkan pekerjaan, dan kita pula diberi amanah untuk menilai mereka.

Jadi, jangan pandang ringan sesi mock teaching. Panel bukan sekadar melihat apa yang anda ajar, tetapi juga bagaimana anda mengajar.

Apa sebenarnya mock teaching?

Pendek kata `Mock teaching' ini adalah salah satu proses dalam temuduga di mana calon harus menunjukan kepakaran/keupayaan/keminatan dalam mengajar dan membuat pembentangan mengenai mengenai sesuatu topik di hadapan beberapa panel penilai. Pendek kata kita nak tengok calon boleh mengajar ke tidak dan kesungguhan minat?

10 perkara yang perlu diberi perhatian

Saya bukanlah handal sangat dalam melaksanakan sesi mock teaching. Tetapi setelah melihat dan melalui beberapa sesi, saya rasa ada beberapa perkara yang penting untuk diberi perhatian.

Ini bukanlah panduan rasmi universiti. Ini cuma pandangan saya. Kalau betul, ambillah. Kalau salah, jangan saman saya pula. 😄

1. Pilih tajuk yang memang kita kuasai

Jangan hendak nampak hebat, kita pilih tajuk yang kita sendiri tidak berapa pakar.

Kalau kita cuma pandai buat kek span, jangan pula dengan penuh keyakinan beritahu panel kita pakar membuat kek buah.

Nanti panel tanya:

“Bagaimana proses membuat kek buah?”

Kita terkebil-kebil.

Kemudian kita jawab:

“Kita boleh gunakan buah kelapa sawit... atau buah betik.”

Haaa... sudah jadi masalah. 😂

Pilih tajuk yang memang kita faham. Kalau panel bertanya soalan susulan, kita masih boleh menjawab dengan yakin.

Jangan cuba nampak hebat dengan memilih tajuk yang akhirnya membuat kita nampak tidak bersedia.


2. Pastikan rujukan kita tepat

Jangan ambil isi daripada Internet secara copy-paste dan terus masukkan ke dalam slide.

Baca, faham dan semak sumbernya.

Kita kena ingat, di hadapan kita mungkin ada panel yang pakar dalam bidang tersebut.

Kadang-kadang rupa panel itu nampak macam:

rambut tak sempat sikat, baju sedikit berkedut, muka macam baru lepas menghadapi beban kehidupan...

Kita pun rasa, “Alaaa... mesti tak tahu sangat ni.”

Jangan silap.

Mungkin dia pakar ekonomi. Mungkin pakar pendidikan. Mungkin dia sudah membaca perkara yang kita baru belajar semalam.

Saya pun pernah nampak macam orang yang baru keluar dari kedai mamak, tetapi dalam bidang tertentu saya ada juga ilmu. Haaa, nak perasan jugak tu. He he.

Jadi, rujukan mesti tepat. Jangan beri peluang panel menangkap kesalahan fakta yang sebenarnya boleh kita elakkan.


3. Jangan terlalu banyak slide

Slide bukan novel.

Panel bukan datang untuk membaca “Titanic: Edisi Penuh 300 Slide.” 😂

Gunakan slide sebagai alat membantu kita mengajar, bukan sebagai bahan untuk menggantikan kita bercakap.

Kalau setiap slide penuh dengan ayat panjang, panel mungkin lebih sibuk membaca daripada melihat cara kita mengajar.

Lagipun bukan kita seorang yang hendak membuat pembentangan. Ramai lagi calon sedang menunggu giliran.

Ringkas, jelas dan kemas.

Biarkan panel melihat kita, bukan melihat slide sepanjang masa.


4. Sebutan mesti jelas

Bercakap dengan jelas.

Jangan terlalu laju sampai ayat pertama belum habis, kita sudah berada di ayat kelima.

Lebih-lebih lagi kalau memohon jawatan yang berkaitan dengan bahasa, sebutan memang perlu diberi perhatian.

Tidak perlulah bercakap macam pembaca berita pukul 8 malam.

Cukuplah jelas, yakin dan mudah difahami.

Kalau kita sendiri tidak jelas menyebutnya, bagaimana hendak meyakinkan panel bahawa kita boleh mengajar pelajar?


5. Buat sedikit lawak

Sedikit humor boleh membuat suasana lebih mesra.

Tetapi jangan berlebihan.

Ini mock teaching, bukan uji bakat Maharaja Lawak.

Kita tidak perlu membuat panel ketawa sampai jatuh kerusi.

Cukup sekadar satu dua jenaka yang sesuai dengan topik dan keadaan.

Dan paling penting, jangan jadikan panel sebagai bahan lawak.

Nanti yang mengajar kita pula. 😂


6. Pakai pakaian yang kemas

Ini nampak mudah, tetapi penting.

Pakai pakaian yang sesuai dan kemas.

Walaupun kita sebenarnya bukanlah orang yang begitu kemas setiap hari, untuk sesi mock teaching, cuba kemaskan diri sedikit.

Rambut sikat.

Baju kemas.

Kasut elok.

Penampilan memberi gambaran pertama sebelum kita sempat membuka mulut.

Orang selalu kata:

“Don't judge a book by its cover.”

Betul.

Tetapi masalahnya, panel belum sempat membaca isi buku kita.

Jadi kulit buku itu biarlah nampak elok sedikit. 😄


7. Jangan duduk sahaja

Kalau keadaan mengizinkan, cuba berdiri dan bergerak secara natural.

Bukan berjalan ulang-alik macam pengawal keselamatan pula.

Sesekali boleh berhenti, pandang panel dan bertanya:

“Faham setakat ini?”

Tetapi jangan terlalu banyak bertanya.

Nanti panel pula yang pening hendak menjawab.

Kalau panel diam, jangan terus fikir:

“Wah, semua sudah faham.”

Mungkin mereka sedang menilai kita. Haaa.

Dan satu lagi, kalau ada keadaan tertentu yang menyebabkan kita perlu duduk, duduklah. Tak perlu paksa diri berdiri semata-mata kerana membaca tip ini. 😄


8. Nampak mesra, tetapi kekal profesional

Ini antara perkara yang paling susah.

Kita mahu nampak mesra, tetapi jangan terlalu mesra.

Kita mahu nampak tenang, tetapi jangan terlalu tenang sampai muka macam sedang menunggu bas.

Kita mahu nampak yakin, tetapi jangan sampai nampak berlagak.

Pendek kata:

mesra tetapi profesional.

Bercakap dengan panel seperti kita sedang bercakap dengan pelajar, tetapi jangan lupa mereka sedang menilai kita.

Yang ini memang memerlukan latihan.


9. Senyum semasa mengajar

Jangan mengajar dengan muka terlalu serius dari awal sampai akhir.

Senyumlah.

Bukan senyum sepanjang masa sampai panel pula tertanya-tanya:

“Apa yang dia tahu yang kita tak tahu?” 😂

Senyum membantu kita nampak lebih yakin dan mesra.

Dan kalau gigi ada masalah, tidak perlulah sampai membuat gigi palsu semata-mata untuk mock teaching.

Gigi rongak pun masih boleh mengajar.

Yang penting jangan muka masam macam kucing yang baru kehilangan anaknya.


10. Akhiri dengan baik

Jangan tiba-tiba berhenti bercakap apabila masa sudah habis.

Buat kesimpulan ringkas.

Kemudian ucapkan:

“Terima kasih.”

Ada permulaan, ada isi dan ada penamat.

Jangan macam cerita bersiri yang tiba-tiba habis di tengah-tengah episod.

Panel perlu tahu bahawa sesi pengajaran kita sudah selesai.


Akhir kata...

Pada saya, mock teaching bukan sekadar hendak menunjukkan berapa banyak ilmu yang kita ada.

Panel juga mahu melihat bagaimana kita menyampaikan ilmu itu kepada orang lain.

Kita boleh mempunyai ilmu yang banyak, tetapi kalau tidak pandai menyampaikannya, susah juga.

Sebaliknya, jangan pula terlalu sibuk hendak nampak hebat sampai kita lupa perkara paling asas:

mengajar ialah berkomunikasi dengan manusia.

Jadi datanglah dengan persediaan yang baik, pilih tajuk yang kita kuasai, gunakan sumber yang betul, bercakap dengan jelas, senyum, buat sedikit lawak dan paling penting...

jangan lupa jadi diri sendiri.

Kalau selepas membaca semua ini anda masih rasa gementar, itu normal.

Saya pun kalau berdiri di hadapan panel, kadang-kadang jantung bukan berdegup lagi...

dia sudah buat overtime. 😂


Jan: Selamat menjalani Mock teaching


Menemuduga anak kesayangan pengarah syarikat yang tak berdisiplin!



Wednesday, June 19, 2013

Perihal memiliki kereta



Bukan semua orang mesti pakai kereta! Ada sekelompok masyarakat tidak perlu pakai kereta kerana status ekonomi mereka hanya mengizinkan penggunaan kenderaan awan sahaja. Ini fakta.

Cuba-cuba!

Kalau mereka cuba-cuba memiliki kereta, sebahagian besar gaji akan terarah kepada belanja pemeliharaan dan pemuliharaan kereta, dan ini menghiruk pikotkan belanjawan isi rumah. Apabila belanjawan isi rumah tidak terjaga, maka ia akan memuncakan masalah-masalah lain.

dan selepas itu tidak ada orang akan menolong mereka, orang lain ada berlambak masalah sendiri. Sendiri mahu ingatlah.

Kenderaan awam lembab macam siput babi dan tidak menyeluruh!

Tolak ke tepi faktor kenderaan awam lembab macam siput cacat dan perkhidmatangnya tidak menyeluruh, yang penting tanyalah kita seikhlasnya pentingkah memiliki kereta. Ya, memang penting. Dan jawab juga seikhlas hati soalan ke dua iaitu mampukah kita? Haaa...

Atau mampukah sebenarnya jiran kita tu? he he he.

Lebih sedikit dari mampu...!

Perihal kereta banyak isunya, ada yang membeli kereta yang jenis kereta lebih dari mampu. Sepatutnya tengoklah slip gaji dahulu tetapi apa yang terjadi adalah tidak. Mereka tengok kereta dan gaya mereka nanti.

Seorang kawan saya beritahu rakyat Malaysia sentiasa terdorong membeli kereta sedikit di luar kemampuan mereka.

Kenderaan menunjukan apa?

Saya selalu melihat manusia di sekeliling saya mendifinasikan diri mereka melalui kereta yang mereka pakai... Biarlah mereka...biarlah, biarkan

Jan: Suka tengok kereta Honda putih...


Apa yang tak kena nya dengan badan saya?

 " Apa yang tak kena nya dengan badan saya?

Kalau kita fikir betul-betul senaman adalah untuk kecergasan dan menghindari daripada penyakit. Memiliki badan yang terbentuk cantik secara semulajadi (mungkin faktor genetik) tidak semestinya sihat. Ia harus dijaga dengan sempurna kerana ia anugerah.

Jadi tidak benarlah kalau badan sudah elok maka tidak perlu bersenam. Seharusnya kita mempertingkatkan bentuk mana-mana badan yang kita rasa boleh dimajukan. Tidak salah selalu mencuba walaupun hasilnya taklah besar mana, sekurangnya kita rasa cergas.

Biasanya bila kita sudah sakit terlantar, kita fikir kononnya ini cubaan daripada tuhan sedangkan kitalah yang aniaya diri sendiri setiap hari dengan makan apa sahaja dan malas bersenam. Kita tidak mahu jaga kesihatan, kita tidak mahu dalami konsep bila kita sakit keluarga susah.

Orang kita selalu kaitkan banyak perkara dengan tuhan kan? Untuk menyelamatkan kebodohan diri mereka, he he he.

Jan: Sesedap cakap jea kan? He he he




Tuesday, June 18, 2013

Biarlah saya gemuk pun, suami saya tak komplin!

"Buat apa bersenam, biarlah saya gemuk pun, suami saya tak komplin. Yang awak sibuk ngapa?"

Sekadar hiasan

Sekadar hiasan juga.
Isu obesiti sensitif. Mereka yang gemuk akan merasa kecil hati dan mula rasa marah atau tak senang, mereka terus mencari nilai yang lain untuk `menghalalkan' isu kegemukan tersebut. Contohnya biarlah gemuk asal sopan. Namun pastilah lebih elok dan seronok bila kita sopan dan tak gemuk. Dok gitu? Itu contoh sahaja. He he he.

Saya pernah jadi hipokrit tegar dengan mengatakan kawan saya nampak `sihat'.  Walhalnya bukan nampak tetapi memang dah sah selebar pintu. Saya guna perkataan `sihat' bukannya `gemuk'. Kalau guna perkataan `gemuk' pastilah dia marah. Saya kenal benar dia.

"Badan naik sikit' kata kawan saya, sambil menghenjutkan sikit badannya (mungkin untuk biar nampak kecil sikit). Kawan saya menggunakan perkataan `naik sikit' bukannya gemuk sikit...(walaupun saya sudah lihat dia berdagu dua).

Saya perati atas bawah penampilan dia. Macam tak percaya, tak sopan kalau renung isteri orang begitu. Tetapi itulah saya... He he he.

"Bini aku macam model Man...!" Saya teringat kata-kata kawan saya dulu bila saya tanya cantik tak bakal bini dia dulu.

 "Laki aku tak kisah aku gemuk ke, kurus ke" Pengakuan kawan saya lepas nampak saya terkejut tengok dia.

"Yalah kalau laki dah tak kisah tu, faham-faham sajalah. Orang dah tak kisah, he he he". Jahat saya kan? Memang.

Kita kena tahu suami kita memang la tak cakap dan tak komplin tetapi mereka tu belakang kita terkeluar bijik mata bila pandang perempuan lain yang slim giler macam Rozita Che Wan. Haaa. Orang lelaki ni tak banyak cakap sebab dia dah buat kesimpulan dalam kepala. Kesimpulan yang kita ni jenis tak jaga penampilan diri. Dan tak pandai berhias dan segalanya...

Akhirnya? Akhirnya kita mungkin meraung hujan, dalam kedukaan, dalam kegemukan...(bila terima berita skandal suami dengan seseorang yang tentunya lebih kurus daripada kita). He he he.

Dan ingatlah yang kita kena bersenam bukan sahaja untuk sihat dan tak gemuk tetapi juga untuk suami kita khasnya! Untuk rumahtangga kita amnya.

"Memang dasar lelaki! Huh!" Kata kita...

Jan: Pulak dah!

Monday, June 17, 2013

Datuk Michelle Yeoh kini bergelar Tan Sri


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Michelle Yeoh atas penganugerahan gelaran tersebut. 

Saya yakin sedari dulu beliau bekerja bukan untuk gelaran. Sedari dahulu semasa beliau muda remaja giat berlatih kung fu dan tidak kenal siang malam untuk memajukan kerjayanya tidak terlintas ianya akan capai pada tahap ini gelaran ini. 

Jika ada pihak yang nak beri `rezeki' jangan `ditolak'. Pedulilah apa dengan orang kata sebab biasanya yang mengata tu duduknya lebih bawah dari kita, he he he.

Kalau ada pihak yang nak tarik kita ke bawah, maknanya mereka memang dah ada kat bawah, he he he. bawah kita.

Kita kembali dengan tajuk posting. Anugerah `datuk' juga diterimanya tanpa meraih simpati mana-mana pihak. Tidak seperti sesetengah orang kita yang kemaruk nak dapat gelaran datuk sedangkan sumbangan dan pencapaian  macam kuman kering.

Saya percaya jika dia hanya ingin jadi pelakon jenis `selak kain', lapar laki orang, derhaka kat ibu sebab kekasih, atau gossip semata-mata ia tidak akan mencapai tahap ini. Lihatlah pelakon kita sekarang, gossip lebih-pencapaian ciput. Tetapi beliau bukan begitu. Beliau tahu apa yang hendak dicapai. Hendak ke mana dan bagaimana.

Kepada sesiapa yang mengikuti kisah kegigihan dan kegiatan seninya akan merasa beliau adalah seorang wanita kuat yang terus berjuang. Tidur hanya beberapa jam sahaja, jadual penuh sepanjang tahun. Tidak seperti kita yang bangun selepas subuh dan bekerja sambil lewa dan cukup makan.

Jan: Sebab itu kita tak dapat gelaran, wahima datuk! Haaa...

Biarlah orang muda saja bersenam


 "Laaa kita ni dah tua nak bersenam apa pulak, biarlah orang muda bersenam"

He he he, alasandui atas juga kelakar sebab orang tua laaaaa yang patut banyak bersenam. Senaman membuatkan  otot aktif dan saluran darah ria girang. Maksud saya senaman urat yang perlahan-lahan untuk aliran darah. Maklumlah dah tua gitu. Tak kan nak buat senaman berat.

Apabila badan kita sudah melalui fasa ketuaan, sedangkan kita masih lagi guna cara hidup atau amalan hidup yang sama ia akan menjahanamkan sistem tubuh. Robot pun punah.


Mak cik tetap bersenam..haaaa

Kalau kita pilih gaya hidup tidak sihat contohnya, makan tak `bertime', senaman tidak, dan pukul 6 petang tak sampai rumah lagi, alamatnya seolah menempah katil di hospital.

Jan: Menempah nisan sebelum waktunya?

Sunday, June 16, 2013

Sebab mak anak binasa, gila jantan!



Kebelakangan ini saya asyik memikirkan hal masyarakat kita. Kawan saya marah kepada saya sebab selalu fikir hal masyarakat. Katanya saya tak ada anak, kenapa fikir pasal anak orang?. Teruk kawan saya tu kan? tetapi itulah hakikatnya bukan semua kawan saya tak teruk, he he he.

Saya ni jenis bukan boleh buat hal sendiri dan buat `dek' sahaja dengan persekitaran masyarakat saya. Setidaknya saya menulis untuk menyedarkan kepada diri dan pembaca blog ini. Kadang-kadang sesedap cakap jea saya tulis hal orangkan? he he he.

Dan seminggu ini saya banyak melihat dan meneliti berita tentang kes penderaan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu di Malaysia kita ini. Kebanyakannya didera oleh teman lelaki. Dan kebanyakann pelaku adalah orang Melayu yang beragama islam.

Part yang paling saya suka baca ialah bahagian komen dari pembaca. Macam-macam yang mereka komen terutama perangai birah yang menyebabkan berlakunya pengabaian anak. Saya perturunkan beberapa komen yang saya baca yang terletak di bawah posting tersebut.

Deno said: 
kesian... sbb mak anak jadi mangsa



jaakechik said...
sedih dgr berita mcm ni kan.. kita ni syg gile2 kat anak diorang boleh wat mcm tu, mmg tadak hati perut!



16Please sign in to rate a Thumb UpPlease sign in to rate a Thumb Down0
OneEyedSnake  •  5 months ago Report Abuse
Cibai ponya lelaki... Kalau lu betui dera itu budak, gua harap ada orang dera lu balik plak dalam penjara...

 10
Please sign in to rate a Thumb UpPlease sign in to rate a Thumb Down0
Anak  •  5 months ago Report Abuse
binatang bergelar manusia..patut dibunuh..ibu2 yg gatal jadi porn star kan bagus..senang cari makan tak payah nak bela jantan tak berkerja.

TOKCU:
 sering didera / pukul?
duduk serumah ke?
inilah yang jadi masalah
bawak jantan balik ke rumah
buat apa... inilah generasi yang kurang didikan agama



HambaAllah:
Sebab mak anak binasa, gila jantan!

Ikanjos7918:
lagi mangsa teman lelaki....
apakah jenis ibu yang sanggup utamakan nafsu berbanding kesejahteraan anaknya

Tuhan pelihara anak yg tak berdosa tu dari tangan ibunya yng hanya nak seks dgn jantan dgn cara menjemput ke syurga. bayangkan apa terjadi pada anak ni jika membesar hasil didikan ibunya.....

Tapi sbg manusia, tentu sekali kita suma sedih dgn kisah penganiayaan kanak2 yg tak berdosa ni...

18-12-2012, 01:13 PM
Tahan sekali mak budak ni. Takkan dia sebegitu boddoh sehingga tak menyiasat kenapa anaknya ada kesan2 lebam. Mungkin juga dia tahu anaknya didera dan dia sekadar mendiamkan diri. Kalau maknya pun bersubahat, humban dalam penjara. Biar dia rasa dok dalam tu.

aku setuju,,mak jenis lahabau tul
mujhi
18-12-2012, 01:19 PM
kenapalah mak dia pilih teman lelaki yg sifat macam binatang ni..

yang macam binatang tu lah mak dia suka sangat tu...
LilinSticks
18-12-2012, 01:21 PM
Neh bukan sifat mcm binatang, Mak arwah memang terpilih binatang neh buat teman lelaki.
kopirait
18-12-2012, 01:23 PM
Melayu jugak punya keje.
Ni macam kes yang masuk TV3 dulu-dulu tu..
Mizz Adilla
18-12-2012, 01:37 PM
yang macam binatang tu lah mak dia suka sangat tu...

memang x boleh nak kata ape lah..:D

Jan: Tahniah kepada sesiapa perempuan yang dapat cari lelaki bertanggungjawab. Tahniah 18 kali, he he he

Friday, June 14, 2013

Biar mati anak, jangan mati teman lelaki!

Kita selalu membaca berita mengenai penderaan kanak-kanak. Dan acapkali kita dapati tertulis ayat-ayat sebegini:

`Bayi (atau kanak-kanak ) didera teman lelaki ibu"  atau "lelaki dera anak teman wanitanya'.

Teman lelaki ibu bermakna bukanlah suaminya, atau rakan sekerja (walaupun ada kemungkinan teman lelaki tersebut adalah rakan sekerja ibu tetapi hampir dalam semua kes lelaki tersebut bukan rakan sekerja)...ia fokus kepada perkataan teman, dan bukannya kawan atau sahabat.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat kes `teman lelaki' ibu mendera anak di Malaysia. Dan penderaan tersebut bukannya jenis ringan seperti kita cubit anak jiran kita (masa mak bapaknya tak nampak, he he he) tetapi ada yang didera hingga mati dengan dipukul renyuk.

Mungkin penderaan merupakan sejenis penyakit biasa di sesebuah negara yang sedang membangun di mana terdapat ramai bilangan ibu tunggal yang akhirnya menjerus kepada masalah-masalah lain seperti penderaan bayi dan masalah sosial yang lain. Ini pun kita kena ambil perhatian sebab bukan semua ibu tunggal dapat hidup dengan kuat dan tabah apabila berlaku penceraian. Kadang-kadang mereka tidak disokong malah dihina.

Dan dalam beberapa kes teman lelaki tersebut memang acap kali bertandang ke rumah wanita tersebut dan ada banyak kes teman lelaki itu tinggal serumah dengan wanita yang anaknya didera. Pendek cerita, apa yang saya nak kata ialah mereka bukan sekadar teman `hai-hai' dan `bye-bye' sahaja. Kita pun faham ada keberangkalian besar mereka sudah bersekedudukan dan sekatilan atau sebantalan...haaa

Apa yang berlaku di Batu Pahat Tak Terpahat tahun lalu dan hampir kes yangs ama di seluruh Malaysia, di mana bayi yang baru berumur lapan bulan telah didera sehingga retak tempurung kepala membuktikan teori saya betul. Setidak-tidaknya sebahagian daripada teori tersebut.

Dan saya rasa, ianya bukanlah teori yang hebat sangat mana pun. Budak darjah 2C boleh menduga. Semua orang boleh fikir dan menduga bahawa kebanyakan mangsa (anak/bayi) dipukul oleh teman lelaki ibunya apabila hendakkan sesuatu tetapi tidak dapat ditunaikan oleh ibunya. Contohnya hendakan duitlah.

Teman lelakinya pulak sewenangnya senang memukul bayi/kanak-kanak sebab bukanlah anaknya, kan?. Dan tindakan memuluk merupakan satu amaran kepada teman ibunya jika tak beri duit, anak mereka akan dipukul. Dan dalam kes sebegini kesalahan tersebut diletakan kepada lelaki yang mendera tersebut, apatahlagi jika ianya penagih dadah.

Saya tidak rasa bahawa perempuan itu adalah seorang perempuan yang baik dari segi moral. Malah jiran-jiran sekeliling pun tahu perihal ibu tersebut yang abaikan anak demi kekasih gelapnya. Yang lelaki pula tentulah tak mahu berkahwin secara sah kerana bila berkahwin banyaklah tanggungjawabnya. kalau nak rasa ngeri tanyalah mereka yang tak ikhlas berkahwin, haaa.

Perempuan perlulah tahu ramai lelaki yang spesis ingin berseronok sahaja...Haaa...

Sebenarnya kita terlupa, pihak ibu juga bersalah, memanglah hidup sorang sunyi atau gersang (sebab sudah merasa sewaktu berkahwin dulu...), namun kenalah berhati-hati memilih lelaki yang mahu diambil sebagai teman hidup.

Siapakah yang sebenarnya yang mengizinkan lelaki yang tidak sepatutnya melangkah di dalam rumah? Memilih lelaki untuk hadir dalam rumah tersebut?  untuk mundar mandir dan tinggal dalam rumah tersebut?.

Memang lelaki baik sikit dan perempuan berlambak. Nak cari lelaki yang baik pada zaman sekarang ni ya allah bukan main payahnya! Ibarat mencari bara dalam laut...Tetapi itu tidaklah memberi lesen besar kepada ibu tunggal untuk pakai sauk je (pakai ambik jea).

Tidak apalah hidup sorang diri dan jaga anak dengan baik. Tak apalah pegang motto atau slogan 'hidup anak adalah segalanya'. Berbanding dengan slogan `biar mati anak, jangan mati teman lelaki...'


Jan: janganlah hendak hidup seronok, anak jadi mangsa. Huh!




Biar mati teman lelaki jangan mati anak...pegangan hidupku 
(sekadar hiasan)


Thursday, June 13, 2013

Hit Sentimental Sharifah Aini 2013


Pada suatu pagi sabtu saya ke Giant Kuantan. Tujuannya semata-mata mahu mendapatkan CD Kak Pah yang bertajuk 101 Sharifah Aini dan bahan KFC. Koleksi 101 ini ada juga Sudirman, Ella, P Ramlee dan Fran. Saya tidak jumpa CD 101 Kak Pah tersebut. Sebenarnya saya dah cari di Megamool dan ECM tetapi tidak ada. Rupanya di Giant pun tak ada. Saya rasa hampa, namun saya tetap gembira apabila terdapat CD terbaru Kak Pah bertajuk Hit Sentimental Sharifah Aini.

Lalu saya membelinya CD kompilasi ini ada banyak lagu yang sentimental. Lagu yang jarang ada di kompilasi Kak Pah adalah lagu `Hatiku Melekat di Hatimu', ciptaan A Rianto, dari negara seberang.

Saya sempat bertanyakan CD 101 kak Pah tersebut pada gadis muda di kaunter. Dia pun terus cek dalam komputernya. Dia kata ada tetapi kena oder dulu. saya pun beri la no telefon bimbit saya. Siap saya beritahu saya tinggal di Muadzam dan boleh ambik hari sabtu sahaja Cd 101 Kak Pah tersebut.



Biasanya apabila saya membeli CD, saya akan mendengarnya sampai habis. barulah saya simpan semula. saya ada banyak Cd kompilasi Kak Pah sebab banyak lagu beliau yang saya tidak pernah dengar. Namun kini, saya rasa hampir semua lagu kak Pah sudah saya dengar.

Banyak lagu-lagu sentimental nyanyian kak Pah menjadi hits di zamannya. Oleh kerana Kak Pah mungkin rakyat Malasyia yang paling banyak rakam lagu kat mukabumi Malaysia ini maka banyaklah lagunya yang hit. Dan banyak album kompilasinya sebelum ini. Dalam album ini juga ada lagu yang tidak pernah di` Cd'kan...sebelumnya.


Disc 1:

Mengharap cintamu
Malam
yang mula dan akhir
Hatiku sudah patah
Kau yang bernama
Cinta dari pandangan mataku
Airmata seorang insan
Kenangan (tak pernah `diCDkan')
Hapuslah airmata
Seribu mawar
Jangan putarkan lagu
Tak mungkin berpaling
Dekatlah padaku
Kau kusayang  (tak pernah `diCDkan')
Kenangan lalu
Selama-lamanya
Kau tahu mana kau pergi

Disc 2:

Inilah laguku
Kucurahkan kasih dalam lagu
Sebuah ilusi (tak pernah `diCDkan')    
Hatiku melekat di hatimu
Menaruh harapan
Sampai hati
Ku berjauh hati
Bangkitnya seorang kekasih
Kau runtuhkan istana cinta
Janji di malam pertama
Apa kesudahannya
Kasih
Kau menguji hatiku  (tak pernah `diCDkan')
Laguku malam ini
Getaran jiwa
Tiada maaf bagimu
Rindu menghiasi kamar cinta

Mendengar lagu sentimental ini ada masa-masanya juga. Contahnya bila kita memandu petang-petang kita boleh pasang dan dengar dengan tenang. Kadang-kadang boleh lepas stress.

Entah mengapa bila usia memanjat senja nan merah, saya lebih gemar mendengar lagu yang berirama perlahan berbanding yang riuh pikuk.

Jan: Jiwa saya pun jenis sentimental gak...heheh.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home