Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 12, 2012

Jom mengemop?

Pernah tak mop lantai?

Kalau hidup sorang macam saya ni, semua perkara atas kepala saya. Bukan nak mengeluh sekadar pemberitahuan jea. Saya tetap bersyukur kepada tuhan, bagus jugak hidup sorang, boleh bina disiplin dan motivasi diri. Hidup harus kuat.

Semalam pada jam 11 malam, tiba-tiba sahaja saya naik nafsu untuk mengemop rumah. Sebenarnya sudah dua, tiga hari saya berniat untuk mengemop lantai. Namun begitu bila pulang dari kerja saya selebek letih. Tak daya kononnya. Kalau ikut letih memanglah letih, saya cuba beri motivasi kepada diri, jadi saya bertekad jugak hendak mengemop.

Jangan kata mengemop lantai kerjanya senang sebab ada yang tidak tahu pun cara mop lantai dengan betul (campur dengan dasar pemalas). Di sini saya bukan nak mengada/menyohol, tapi mahu berkongsi cerita mengemop lantai cara saya:





1. Pastikan alatan mengemop lantai ada.

Langkah yang pertama pastikanlah alatan nak mengemop lantai ada. Mop, baldi, pencuci dan sebagainya. Seperti saya, lepas mop, memang saya terus keringkan pula dengan kain. Maka saya sediakan kain yang terdiri daripada tuala-tuala buruk saya atau kain pelikat lama.

Saya tak nak biarkan lantai yang dimop kering dek suhu rumah saya sahaja. Sebab itulah pukul 2 pagi pun saya boleh mop lantai. Saya tak mengharapkan sinaran mentari semata-mata (lantai boleh kering 100% bila lap pula dengan kain. Haaa...)

Selepas kerja mop lantai selesai, mop hendaklah dibersihkan dan pastikan basuh dengan air sabun juga.

2. Bersihkan lantai dulu

Sebelum mopkan lantai saya bersihkan bahagian lantai itu terlebih dahulu. Sapu mana yang patut. Mungkin ada rambut kita atau rambut jiran kita yang terlekat kat lantai. Begitu juga bawah meja makan kena bersihkan, biasanya ada sisa-sisa makanan. Biasalah kita makan bukan macam orang putih, macam orang cacat ada la. Jadi ada sisa yang tertumpah.

Permaidani kena alihkan sebab kita nak juga mop bahagian bawah permaidani tersebut. Pendek kata kerja menyapu memakan masa juga. Boleh juga dilakukan sehari sebelum aktiviti mop. Dalam kes saya, saya lakukannya sekaligus. Lepas menyampu lantai, saya terus mengemop.

3. Kita mopkan bilik tidor dahulu

Saya mulakan dengan mengemop bahagian bilik tidor dahulu sebab masa ini saya rajin dan masih galak  sangat. Ya lah bilik tidor mesti diutamakan sebab tempat kita tidor atau mati dalam tidor di situ (ada ke orang mati dalam tidor tapi kat dapur?). Dan sebenarnya pada masa tersebut bulu mop kita pun masih bersih, tidak kotor. Tak kanlah kita nak mop dapur dulu atau bilik air dulu baru nak mop dalam bilik tidor kita....eeeee.

Kat dapur banyak minyak. Jadi biarlah selepas mop bilik dan ruang tamu baru mop dapur. Kalau kita selalu rajin mengemop dapur tak perlulah kita basuh dapur kita.

Tempat terakhir kita mop adalah bilik air kita. 

4. Pakai pakaian yang sesuai.

Biasanya saya mengemop lantai dengan berseluar pendek dan bertshirt sahaja. Kadang-kadang berseluar pendek sahaja (taklah pakai seluar slek atau jeans panjang). Saya suka longgar, saya nak rasa selesa dan seksi sikit. Bukannya haram pun, saya tinggal sendirian jea.

Saya ada juga ada bertanya kawan-kawan lelaki saya bila mereka mengemop mereka pakai apa?. Ada yang jawab pakai seluar pendek tanpa baju juga. Kenapa yea?. Adakah lelaki begitu bila mengemop?. Tapi kebanyakan jawapan saya dapat ialah "Mop-mengemop ni Mang, kerja bini aku...".


5.Moplah secara mengundur

Bila mengemop, mengemoplah secara berundur supaya kita tidak terpijak bahagian yang sudah dimopi tadi. Maka saya pergi ke bahagian yang paling jauh ke dinding, dan mop secara mengundur. Kita hanya perlukan tonggek punggung kita agar berlaku keseimbangan badan. Ya lah kan sebab kita kena bergerak secara mengundur.

Kalau kita tegap berdiri sahaja sambil mengundur ke belakang ia perbuatan yang meletihkan dan sebenarnya bagi saya tidak selesa mengundur ke belakang secara menegak macam tiang talipon.

6.Pastikan bulu mop kita lebat dan mengembang

Supaya tidak menjadi kerja sia-sia pastikanlah bulu mop kita mengembang semasa kita mop lantai. Biar dia terbuka melebar. Bila melebar maka kawasan yang diliputi adalah lebih luas. Kalau bulu mop dah nipis, belilah yang lain. Jangan tang nak bersihkan rumah beli yang murah. Tang nak beli sepok ring beli yang mahal. Joli sana sini tak apa? Haaa...

Lagi satu tak perlulah beli mop yang kononnya magic. Kalau magic, mop tu boleh berjalan sendiri, kita tak payah pegang!. Yea tak?

7. Sambil dengar CD

Untuk menghilangkan boring semasa mengemop, syurgia diingatkan kita boleh pasang lagu. Saya tentulah pasang lagu Kak Pah. Sambil mengemop terbuai perasaan hati. Saya mahu buat kerja dalam keadaan riang dan penuh berperasaan.

Bila muzik rancak bergema, saya mula rancakan diri dengan mop tersebut seolah berdiri di tengah pentas (yang tirainya baldu merah). Saya mengemop mengikut rentak irama lagu.

namun, bila irama bertukar perlahan, suasana menjadi sepi dan sunyi... saya jadikan mop tersebut sebagai micropon sambil berdiri tegak menyanyi  mengikuti lirik (buat muka sedih)... Saya bayangkan ada puluhan ribu peminat di hadapan pentas sedang menyalakan lighter dan gerakannya perlahan ke kiri dan ke kanan. Cantik sangat kelihatan...

Dan apabila persembahan selesai mereka berlari ke tengah pentas sambil menghulurkan kalungan bunga, tandanya mereka semua terhibur...!

Jan: Namun sebenarnya tiada sorang pun melihat gelagat saya apabila mengemop, hanya tuhan...

2 comments:

aima said...

ooo...caranya kena ngundur

Adie Achim said...

Abg Jan saya berikan info, yang saya dapat rasai dari diri saya sendiri. Ketika kita tengah serabut kepala atau runsing buatlah kerja2 mengemop. Memang agak sukar nak pujuk diri mop time tu tapi kalau dapat buat dapat kurangkan tensen. Bayangkan segala kerunsingan dan tensen pada kotoran di lantai. Apabila lanati dah bersih kita akan rasa lebih tenang malah kekadang dapat ilham untuk atasi masalah. Try:)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home