Sering saya dengari, pandangan masyarakat yang sangat negatif apabila berhadapan dengan dunia hiburan. Walaupun masyarakat tersebut juga meminati dunia hiburan, mereka secara terangan berpendapat menjadi penyanyi misalnya, tidak mempunyai masa hadapan, mempunyai akhlak yang rosak.
Bagi saya semua pekerjaan tidak punyai masa hadapan jika individu acuh tidak acuh dengan kerjayanya. Tidak tegas dengan cita-citanya. Dengan menjadi guru juga seseorang itu boleh menjadi rosak akhlaknya jika menurut nafsu dan tidak menjaga akhlak.
Sebagai penyanyi yang paling banyak merakankan lagu di negara kita, pencapaian bidunita kita memang tidak boleh dinafiikan dan bagi saya sehingga kini masih tidak ada lagi artis yang boleh menandingi pencapaiannya/rekodnya. Ada penyanyi datang dan pergi...tetapi bukan Kak Pah.
Kak Pah berposing bersama pasu yang besar di rumahnya
Beberapa kali saya ada berFB dengan Kak Pah. Seperti juga ribuan peminat lain, saya mahu tahu mengenai kehidupan terbarunya. Kak Pah selalu memberitahu beliau bukanlah popular seperti dahulu tetapi sebagai peminat saya tidak kisah, saya lebih melihat kepada pencapaian beliau. Bagi saya sekarang Kak Pah bukanlah paling popular kerana sekarang adalah zaman beliau menuai hasil.
Namun Kak Pah terlalu merendah diri, dia masih popular sebenarnya.
Saya pernah memuji rumah Kak Pah yang bernilai jutaan ringgit tersebut di dalam FB. Pujian dan terima kasih sebab sudi memaparkan gambar yang sangat bernilai bagi saya, yang tiada di majalah-majalah. Kata Kak Pah ianya hanya sebagai berkongsi dengan para peminatnya yang mahu melihatnya.
Ini pejabat dan perpustakaan Kak Pah, saya suka sebab tidak ada langsir.
Selama saya berFB, saya lihat ada juga insan yang masuk FB Kak Pah dan mengata-ngata beliau. Saya tidak faham mengapa ini terjadi, jika tidak minat tidak perlulah masuk FB orang dan menghina beliau. Tidak perlulah buat dosa kerana mungkin orang yang kita hina tersebut mungkin tidaklah sehina kita. Haaa
Dan juga gambar-gambar yang Kak Pah letak dalam FB tersebut adalah untuk memenuhi permintaan peminatnya, yang tidak berpeluang ke rumahnya. Contohnya, sayalah.
Kata wartawan rumah Kak Pah bertaraf 5 bintang, bersih sehingga bilik airnya boleh tidor. Rumahnya luas ada beberapa ruang tamu yang berasingan, bilik 15 buah, dapur yang besar, ada stor untuk barang makanan seolah mini market, dan taman yang indah.
Rumah Kak Pah ada surau boleh memuatkan 75 orang
Semenjak dahulu Kak Pah merupakan anak emas syarikat EMI sehinggalah EMI gulong tikar. Kak Pah sudah banyak memberi keuntungan pada syarikat dan Kak Pah juga telah banyak mendapat imbuhan dengan terus terlibat dengan dunia seni. Ekonomi jatuh ke, bangun ke, Kak pah tetap ada persembahan yang mahu dilakukan.
Mungkin kerana Kak Pah telah melalui zaman yang sukar, maksud saya tidak seperti penyanyi hari ini yang lebih beruntung (walaupun suara macam papan lapis), Kak Pah berjimat cermat dan menabung. Pada suatu masa dulu, Kak Pah juga diistiharkan muflis oleh mahkamah. Namun beliau bangkit semula mengorak langkah dan tidak memandang ke belakang. Suatu semangat yang kuat.
Gambar meja makan Kak pah ini pernah saya letak dalam blog saya dulu
Solah berjemaah magrib dan usrah selalu diadakan di surau ini
Masyarakat selalu melihat sisi buruk individu yang terlibat dengan dunia hiburan. Memang ada segelintir individu seperti itu tetapi untuk menghukum atau menghitamkan secara keseluruhannya adalah tidak wajar. Individu yang terlibat dengan dunia hiburan sama seperti kita juga, ada membuat dosa dan pahala. Cuma masyarakat kita sahaja lebih suka menghukum seseorang bila seseorang itu terkanal dan lebih dari mereka. Mereka lupa matahari memancar sama rata...malam terkadang ada bintang...
Sebagai peminat beliau saya merasa sedih apabila di dalam internate terdapat kata-kata yang tidak sepatutnya dikatakan. Ada yang mengatakan Kak Pah gila, nyayuk, plastik dan sebagainya. Ada penulisan yang mencerca beliau. Seolah tiada kebaikan langsung dibuat oleh biduanita negara ini.
Tiada siapa yang tahu di mana Kak Pah menghantar sebuah lori berisi makanan ke rumah orang miskin, tiada siapa yang tahu Kak Pah mensedekahkan sejadah ke masjid-masjid, melawat peminat sakit dan banyak amalan lain lagi yang masyarakat tidak tahu kerana Kak Pah tidak mahu amalang beliau dihebohkan . Pada suatu majlis yang diadakan oleh PAPITA dahulu, dalam ucapan pengerusinya, pengerusinya ada memberitahu dia ada tahu sikap Kak Pah yang suka menderma tetapi tidak mahu dihebohkan tersebut. Cuma akhir-akhir ini Kak Pah mewar-warkan aktivitinya menolong rumah anak-anak yatim dengan berniat agar masyarakat turut sama memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan.
Anak yatim ni kalau kita pegang belai kepala mereka pun dah dapat pahala.
Taman rumah Kak Pah pada waktu malam
Biarlah biduanita kita ini hidup dengan tenang bersama orang gaji-orang gajinya. Alhamdulilah, ke mana Kak Pah mahu pergi dia ada pemandu dan pengawal peribadinya. Kita patut bangga pencapaian artis kita, bukan orang barat sahaja yang berjaya dan berharta. Ini tidak, kita korek hal buruk orang, biar nampak kita jea baik.
Sehingga kini anak beliau masih belajar agama dan menetap di Madinah. Beliau sering memberitahu beliau amat rindukan anaknya yang seorang itu. Biarlah beliau hidup senang dan tidak perlulah memperkatakan hal yang buruk. Buruk orang kita nampak, buruk kita?.
Setiap individu kalu dikorek-korek akan kehidupannya pastilah ada sejarah hitam. Namun siapakah kita untuk mengoreknya? Mengapa keburukan harus diwar-warkan? Baik sangatkah kita?
Dunia hiburan, media massa dan kerajaan masih tidak nampak Kak Pah sebagai ikon yang besar dan bernilai. Mungkin setelah Kak Pah tiada barulah mereka tersedar yang dunia hiburan kita tiada pencapaian besar dan artis lain banyak yang selalu `hu ha-hu ha' sahaja aktibitinya.
Suatu hari nanti akan terkeluarlah dialoq " Satu kehilangan yang besar...bla-bla" kononnya. Saya berharap kehidupan atau nama Kak Pah tidak menjadi seperti Tan Sri P Ramlee, harum setelah tiada. Namun begitu, masyarakat selalu lewat tersedar...
Jan: Terkedu jiwa, melayang raga bila mendengar lagu 1000 Mawar..., seksa jiwa...tapi best! Haaa.
No comments:
Post a Comment