Saya semakin seronok dengan aktiviti balik kampung. Seronok kerana dapat menatap raut wajah emak dan ayah. Seronok melihat laut yang membiru, tempat cinta saya pernah jatuh...
Juga seronok dapat jumpa anak-anak saudara. Jumpa adik beradik juga seronok tetapi tentulah tidak seseronok jumpa emak, ayah, dan anak-anak saudara sebab kepada mereka kita akan jadi `concentrated focus'. Adik beradik biasanya lebih sibuk dengan memarahi/menjinak/memberi tumpuan kepada anak-anak mereka, dan juga sibuk melayan pasangan masing-masing, dengan seriusnya.
Juga seronok dapat jumpa anak-anak saudara. Jumpa adik beradik juga seronok tetapi tentulah tidak seseronok jumpa emak, ayah, dan anak-anak saudara sebab kepada mereka kita akan jadi `concentrated focus'. Adik beradik biasanya lebih sibuk dengan memarahi/menjinak/memberi tumpuan kepada anak-anak mereka, dan juga sibuk melayan pasangan masing-masing, dengan seriusnya.
Raya Haji ini cuma saya dan kakak sahaja berkesempatan balik ke Besut. Adik perempuan saya yang berada di Ulu Yam, Selangor tidak dapat balik beraya. Dan sebenarnya tahun ini giliran kakak saya beraya di rumah emak dan ayah mertuanya di Kelantan jadi beliau hanya singgah semalaman dan keesokan harinya balik ke kampung halaman suami bersama anak-anaknya. Dipercayai rutin penggiliran ini berjalan sampai mati...
Maka pada pagi hari raya hanya ada kami bertiga, iaitu emak, ayah dan saya. Dan suasana tidaklah meriah pada pagi raya. Saya juga bangun lewat. Oh yea, saya ditemani anak saudara saya Najib. Sebaik sahaja saya jijak kaki ke kampung, saya terus mencari beliau. Beliau juga adalah merangkap kawan saya yang sekepala (sependapat). Dalam banyak hal, kami sekepala.
Saya juga bertambah seronok kerana akhirnya saya mendapat sebuah bilik khas untuk saya. Bilik saya sendiri. Dan bertambah seronok ada bilik air (bilik mandi) baru, bersebelahan bilik saya. Walaupun ianya masih tidak dimozek dan dicat, ia memenuhi keperluan asas yang sepatutnya ada pada sebuah bilik air iaitu mandi, mengelamun, berak dan kencing.
Saya hendak bercerita, walaupun di kampung hanya ada emak dan ayah tetapi keadaan rumah ya allah, sangat bersepah. Walaubagaimanapun, emak dan ayah saya nampak selesa walaupun rumah berkubang, he he he. Dulu emak saya rajin juga mengemas rumah tetapi kini mungkin emak sudah malas dan tidak larat. Kalau rumah terlalu bersepah, emak akan upah orang kampung untuk mengemas.
Saya pula rutinnya sama. Setibanya di rumah terus menjalankan upacara mengemas. Pada cuti raya itu, saya beritahu emak, saya mahu buang botol-botol kosong Mona V yang berderet atas almari kayu. Namun emak saya beritahu ayah saya tidak kasi buang. Saya kecewa lantas saya spontan membuang cawan-cawan dan gelas-gelas lama tanpa pengetahuan emak. Cawan dan gelas lama tersebut tidak bermutu, maksud saya gelas/cawan yang dapat daripada membeli sabun atau colgate.
Saya mahu nampak lapang dan minimalis. Manalah tahu kalau ada tetamu datang beraya. Semuanya saya lakukan seorang diri apabila kakak saya balik ke rumah mertuanya. Saya tidak ada abang, saya cuma ada seorang adik lelaki. Saya jarang menulis hal beliau kerana setelah dia berkahwin lagi, hubungan kami tidak semesra dulu. Saya juga tidak menyukai isterinya. Saya ada sebab yang kukuh.
Kakak saya perangainya jauh berbeza berbanding saya. Kakak saya serius dan matang, saya sebaliknya. bagi kakak saya, semuanya kena ada disiplin. Hidup mesti teratur. Saya selalu melihat bagaimana kakak saya mendisiplinkan/menjinak anak-anak saudara saya. Kakak saya dan abang ipar saya sangat sabar. Mereka ada dua anak lelaki yang nakal. Kalau saya kahwin tentu setiap hari saya menampar anak-anak saya. Tetapi budak-budak memang begitukah?
Mungkinkah anak-anak lelaki memang begitu? Jawapannya tidak! Mak saya beritahu sangat senang memelihara saya, daripada kecil saya sedia maklum baik, senyap dan santun. Ibarat emas sepuluh yang ditempa. Saya tidak tahu maksud bidalan tersebut tetapi tentulah sesuatu yang positif. Dalam dunia ini emak sayalah yang paling sayang kat saya. Nasib baik syurga tidak di bawah kaki bini. He he he.
Emak saya kata semasa kecil saya selalu diletakan di dalam kandang (tempat bayi yang dibuat macam kotak berpagar). Saya senyap sahaja, apabila diberi pisang saya makan, selain pisang saya selalu diberi makan biskut Merri.
Saya berhenti bercerita pasal diri saya, saya mahu bercerita pasal hari raya. Setiap kali saya balik kampung pasti berguni-guni barang-barang rumah yang saya buang. Saya masukan ke adalam plastik hitam yang besar dan bermutu (bukan yang nipis siok). Anehnya barang-barang di rumah saya kat kampung tidak pula pernah luak. Adakah emak dan ayah saya pakai `magic'? atau ilmu hitam/putih?. Walau banyak mana barang yang saya buang, bila saya kembali semula ke kampung rumah tetap penuh dengan barang-barang!. Haaa...
Saya juga telah membeli 30 pokok gelang tikus/merah untuk ditanam di rumah saya di Indera Sempurna. Pokok Brazillion Ironwood saya sudah 3 pohon mati. Kawasan tersebut tanahnya lembap. Maka saya rasa pokok gelang adalah yang terbaik. Pokok gelang tahan lasak pokoknya. Setakat ini saya sudah rugi RM600 pasal pokok Brazillian Ironwood tersebut. Tak ada rezeki.
Balik ke kampung, saya juga berpeluang pergi ke `supermarket' baru di Kuala Besut. Saya ke sana bersama emak, Kak Mah (jiran saya), dan anak saudara saya Najib. Di `supermarket' itu saya telah melakukan satu perbuatan `ekstrem. Ceritanya begini. Emak saya membeli sebuah periuk elektrik yang besar kerana katanya senang bila keluarga berkumpul, senang nak masak nasi banyak sekaligus. Lalu emak saya menyuruh saya pergi menge`test' periuk tersebut di kaunter meng`test' alatan elektrik. Sedang saya asyik menunggu pekerja mencuba periuk tersebut, suatu kejadian melampau berlaku. He he he. Saya terlepas kentut di hadapan pekerja, dan anak saudara saya yang berada di sebelah saya. Saya terus men`cover line' dengan `membuat muka'. Saya menjeling anak saudara saya seolah-oleh dia yang kentut.
Anak saudara saya terkejut dengan bunyi kentut saya, dia tercenggang melihat gelagat saya tadi. Dia ketawa tetapi tidak mengeluarkan bunyi kerana terpana dan gelihati. Dia terus melarikan diri ke tempat simpanan barang di mana mak saya sedang menunggu kami.
Di hadapan kaunter saya buat `rude rhino' (selamba badak) sahaja, seolah tiada apa yang berlaku. Pekerja itu seperti tidak perasan akan kejadian ekstrem tadi. Tetapi mustahil dia tidak menyedarinya kerana jarak antara kami dalam lima kaki sahaja. Kemungkinan dia tahu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya pelanggannya, bak kata orang putih 'customers always right' (walaupun `customers' kentut sehingga menggegarkan troli dan kaunter berdekatan). Itu adalah perkara yang tidak dapat dilakukan oleh pensyarah di Malaysia, malahan pensyarah di seantero dunia ini. Itulah keistimewaan dunia spontan saya ini.
Jan: bersambung... nanti saya sambung lagi. Love you all...
Jan: bersambung... nanti saya sambung lagi. Love you all...
2 comments:
Lols.. 'rude rhino'. First time dgr. Haha. Slalu gak bla blk rmh parents kt kg n tolong mbuang barang2 yg mcm dh kt arkib negara. Tp stil barang pnuh gk lagi kt rmh. N bila nk buang, mak ada buat QC dlu..pilih brg2 yg stil blh gna/bfungsi. So last2 byk gk lg brg tsmpan dstor n ceruk2 almari.. Huhu
hahahaha... baik. saya tunggu sambungannya :D
Post a Comment