Pada sabtu dan ahad nan lepas, saya berkunjung ke Melaka. Saya ke rumah Dr Jurefa dan rumah Zulkiflie. Tujuannya adalah kerana dijemput oleh mereka untuk diperkenalkan kepada keluarga mereka. Jangan salah sangka, tiada upacara merisik atau bertunang. Ini mungkin majlis memperkenalkan kawan-kawan kepada keluarga. Pernah dibuat orang ke?
Pada masa tersebut saya deman selsema tetapi saya saya pergi juga sebab kawan saya yang menjemput (mereka tak ada dalam gambar ini) baik orangnya. Tak sampai hati saya menolak.
Syukur kepada tuhan, deman saya tidak melarat bila ke Melaka, apatah lagi bertambah sembuh bila dapat beramah mesra dengan kedai-kedai yang berjujukan di sepanjang jalan.
Setakat ini kawan-kawan saya sangat baik. Sebab itulah sukar saya menolak jemputan dan ajakan mereka. saya sangat terhutang budi. Betul orang tua-tua kata `Emas sekoyan dapat dipikul, aku tak sanggup menanggung budi". Saya tak tahulah sekoyan berapa kilogram sebab kita dah tak guna sukatan kati dan tahil.
Pernah saya deman tak boleh bangun dan tak boleh mengada-ngada. Siti Marzamlah yang hantar makanan. Manakala Mahfuzah selalu antar makanan ke rumah saya. Budi baik mereka hanya allah yang dapat membalasnya.
Saya selalu pesan kepada kawan-kawan kalau saya tidak datang kerja dua tiga hari, pergilah jenguk saya kot-kot saya mati dalam tidor. Tapi biasanya kalau sehari tak datang kerja sudah ada kawan yang sms...Adnan.
Dan bila ke Melaka adalah kami berjalan-jalan adanya. Singgah setulang di kawasan dekat Dataran pahlawan. Saya hanya membeli cincalok dan underware Renoma. Saya dah cari Renoma di Kuantan tapi tak ada jenis yang saya suka. Saya suka yang bertali.
Saya berpendapat kawan-kawan saya ini semuanya sudah berpunya, contohnya Mek Zue sudah bertunang. Dan yang lain-lain selain itu adalah isteri dan suaminya masing-masing. Sekurang-kurangnya ada makwe atau pakwe.
Yalah kan, kalau saya nak cari kawan yang macam saya ni, alamatnya tak berkawanlah sampai mati... Maka saya rasa kita kenalah berkawan. Walaupun kawan kita itu ada pasangan, kita tidak dilupakan. (kalau lupa, siaplah! He he he)
Kalau tidak silap, ini kali ke empat saya berkunjung ke Melaka. Saya pergi dengan duit sendiri. Maknanya saya tinggalkan kad kredit saya kat rumah, he he he.
Ini salah seorang kawan baik saya, Mek Zue. Tidak lama lagi dia akan berkahwin. Kalau tak silap pada 9 haribulan 3, tahun depan kot. (Saya buat-buat tak ingat tarikh tersebut sebab saya cemburu, saya tak pernah pun bertunang...). Namun saya tetap gembira sebab ada juga orang nak ke dia.
Saya? Waaa.....
Ini sisa makanan kami. Kami memang pemakan. Semoga perbuatan makan kami ini mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri Melaka. Melaka bersih, syabas kepada ketua menterinya.
Ini Ibzan dan Zuri. Mereka kawan baik saya. Mereka mempunyai gigi yang menarik walaupun telinga mereka sedikit kecil.
Yang budak kecil pakai tshirt biru dan sorang lagi sedang main beg adalah anak-anak kawan saya juga.
Reka bentuk gambar ini saya ubah suai guna Nokia X2, saya beli RM350.
Ketika mereka naik Menara Taming Sari, saya tak turut serta. Saya gayat. Menara tu tinggi. Saya duduk di bawah sambil upah orang urut kaki saya. Saya bayar RM20 untuk urutan setengah jam. Lebih murah daripada Kuantan. Kuantan mahal...
Saya rasa sedap sangat bila diurut. Tetapi saya tidak selesa sebab ramai yang kerumuni melihat saya seolah melihat binatang di Zoo negara. Apa ingat zoo ke? Huh!
Saya berterima kasih kepada kawan-kawan saya kerana menjemput saya ke bandaraya bersejarah... saya dilayan mesra oleh keluarga mereka. Saya akan sematkan budi dalam ingatang. Sekian.
Jan: ...saya gembira melihat kawan-kawan saya gembira...
1 comment:
Sangat cantik gambar pokok di taman--> gambar no,bor 3
saya baca n3 ini smpai habis tak ada skip! :D
Post a Comment