Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 9, 2012

Kata dari batin...



" Tengok muka kita sudah tahu, jenis muka keng keluar, keras hati tak ada belas kasihan. Kalau ada belas kasihan tak kan ambik laki orang" Kata kawan mak saya kepada mak saya dengan semangatnya.

Saya pernah lihat perempuan tersebut. Saya lihat dia jenis muka kalau orang tengok orang tak ada belas kasihan nak tolong. Muka keras, keng terkeluar jelas. (keng = tulang pipi). Saya teringat muka Kareena Kapoor, jenis keng keluar juga. Dan dia mengaku dia memang angkuh!

Pemahaman saya firasat ialah perasaan yang kita rasa daripada melihat sesuatu, yang membawa kepada degup hati dan pertimbangan minda kita. Saya tidak pandai berfirasat tetapi saya percaya orang yang mempunyai firasat akan tahu tanda-tanda akan bermulanya sesuatu atau gambaran di disebaliknya.

Yang saya tahu orang gemuk biasanya suka berjenaka, baik hati, ada kasih sayang yang besar tetapi mudah terasa, iaitu terasa yang disembunyikan. Raut wajah, bentuk muka dan cara berjalan menceritakan dalaman kita. Ya, ada ilmu yang dinamakan ilmu firasat.

" Tak boleh buat bini perempuan itu, jalanannya sengeng bawal". Bermaksud di sini cara perjalanan seperti ikan bawal yang menyengeng tersebut memberitahu yang perempuan itu jahat, tidak setia.

"Tengok muka dia pun tahu dia jahat". Pernah tak terdengar dialog ini. Maknanya kononnya dengan melihat muka kita tahu orang itu baik atau jahat. Ada ke gitu?

Saya memetik kata-kata Allahyarham Pak Hamka:

"Itulah sebabnya ahli ilmu firasat sangat suka memperhatikan raut muka dan bentuk badan. Dan melihat itu dapatlah menentukan akhlak yang tersembunyi; muka dan wajah sebagai kata dari batin. Berbekas pada mata dan muka jika sedang marah atau sedang berniat jahat..."

Saya bukan bercakap pasal muka buruk atau muka cantik, muka tanpan atau wajah seposen, ianya raut wajah dan bentuk muka, bentuk susuk badan. Ada muka cantik tapi hati neraka...

Jan:  Maknanya bentuk fizikal kita gambaran batin kita?

2 comments:

LilYLiZ@ said...

man..muka saya jenis keng keluar ker? ;)..baru tahu psl keng ni

Jankaulu said...

Muka awak jenis muka penuh, orang muka penuh katanya suka berkawan, ramai teman dan mesra.tetapi sangat keras hati, suka ikut hati. He he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home