Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label PML. Show all posts
Showing posts with label PML. Show all posts

Thursday, May 8, 2025

Pyrex Bunga Chelsea, almari kayu dan lelaki tak pelik...

 

Saya tak rasa pelik langsung bila saya duduk lama-lama menatap atau membelai Pinggan Mangkuk Lama (PML). Kalau ada orang kata pelik, bagi saya pelik lagi lelaki yang sudah ada isteri tapi beli pinggan mangkuk untuk perempuan lain. He he.

Orang selalu cakap, hiaslah hidup kita dengan benda yang kita suka. Kelilingkan diri kita dengan benda-benda yang boleh buat kita tersenyum. Saya tambah satu lagi,  jadilah diri sendiri. Maksudnya, kumpul benda yang memang kita minat, bukan ikut-ikut jiran. Kalau jiran kumpul PML, kita pun nak kumpul walaupun tak minat, itu bukan hobi... itu mangkuk hayun namanya.

Saya mula kumpul PML, khususnya Pyrex corak Chelsea, sejak tahun 2015. Masa tu, koleksi Chelsea saya kecil je. Saya letak set ini di almari tingkat bawah sekali, tempat yang orang selalu tak pandang. Macam melukut di tepi gantang. Ada pun tak dipeduli, tak ada pun tak siapa kisah. Aduh, pedih.

Sekarang ni, koleksi Chelsea saya dah makin ‘beranak’. Sampai saya terpaksa mencari almari baru, khas untuk pyrex. Tapi bukan almari biasa-biasa. Tak boleh pakai almari cikbox yang goyang tu, nanti PML saya runtuh jatuh satu-satu. Pyrex ini jenis berat, bukan macam PML corningware. Maka saya kena cari almari kayu padu. Nak cari kena yang ada gaya retro baru masuk. Saya jumpa satu yang ngam di kedai perabot terpakai kat Pekan. Solid!. Banyak kali singgah kedai tu sebab nak cari yang sesuai. Dan dalam mencari almari, terbeli juga meja kerusi yang lain, he he he. Rumah kecil banyak barang. Betul Dr Imad kata macam muzium dah, he he he.

Satu hal yang buat saya jatuh cinta dengan Pyrex Chelsea ni ialah coraknya. Latar belakang putih bersih, dengan motif bunga empat segi warna biru dan hitam. Simple tapi moden. Kalau dibandingkan dengan koleksi lain zaman 60an yang kebanyakannya berbunga-bunga penuh satu pinggan, Chelsea ni macam corak dari masa depan. Elegan.

Emak saya pernah cakap, kalau pinggan mangkuk tak guna, berdosa. Jadi apabila saya guna juga, terutama masa rumah terbuka (tapi tertutup). Saya hidang kuih, kek, lauk semua dalam PML. Baru lah rasa nostalgia tu hidup!

Dulu saya ada juga berangan, bila saya mati nanti, biarlah ada ahli keluarga yang jaga PML saya elok-elok. Tetapi saya rasa tidak ada berminat ke arah itu. Tapi bila fikir balik, buat apa risau pasal dunia ni lepas kita dah tak ada. Dah mati, habis cerita. Jangan tamak alam.

Saya mungkin akan mula jual koleksi ni sikit-sikit bila dah bersara nanti, mungkin sekitar tahun 2030. Masa tu mungkin saya dah ready untuk lepaskan semua ni... perlahan-lahan. Tempat yang saya nak pergi nanti tidak perlu bawa apa-apa, bawa amalan jea.

Wednesday, May 7, 2025

JPBLD & PML: Bila Pinggan Mangkuk Jadi Penawar Luka

Saya mula mengumpul pinggan mangkuk lama bukan sebab nak ikut trend, jauh sekali sebab nak kejar nilai pasaran. Saya mula sebab hati saya ketika itu tengah tak tentu arah. Saya perlukan sesuatu untuk berpaut, untuk saya rasa masih ada ‘pegangan’ waktu jiwa tengah berserabut. Maka lahirlah projek yang saya namakan: JPBLD. Nama penuh dia? Jangan Pandang Belakang Lupakan Dia. Pelik kan? Tapi memang itulah misi utamanya nak bagi hati ni `move on' sikit demi sikit.
Dan dalam misi menyusun semula perasaan tu, saya temui ‘peneman’ yang tak dijangka iaitu pinggan mangkuk lama (PML). Sekali dapat satu, rasa nak cari lagi. Dari sekadar suka-suka, lama-lama jadi ketagih. Almari pun makin lama makin penuh, macam hati yang mula rasa terisi semula...(tetapi tidak sepenuhnya).
Saya ada beberapa koleksi yang cukup saya sayang koleksi bunga kangkung, bunga kekwa, bunga padi…
Tapi antara koleksi yang saya rasa anggun lain macam ialah Pyrex Autumn Glory. Ini koleksi kedua paling banyak saya ada, selepas koleksi Chelsea. Koleksi ni dah wujud sebelum saya lahir lagi, sekitar tahun 1960-an. Coraknya berupa daun perang, jingga, dan keemasan. Sekali pandang terus rasa macam duduk tengah musim luruh (walaupun hakikatnya kita kat Malaysia ni ada dua musim je, panas dengan hujan). Bila pegang pinggan Autumn Glory ni, rasa tenang tu sampai juga.
Warna asas dia putih atau krim, cukup dengan sentuhan retro yang saya cari. Dan setiap kali saya pegang mangkuk tu, saya bayangkan dapur zaman 60-an. Bunyi sudip kayu hentak kuali, tukang masak yang berkemban pakai batik Terengganu, dan bau masakan yang semerbak sampai jiran sebelah pun tergoda. Serius, semua tu hidup balik dalam kepala saya, seolah-olah saya pinjam sekejap satu babak zaman dulu... zaman 'Antara dua darjat'.
Seperti saya kata tadi, mengumpul PML ni bukan pasal koleksi semata-mata. Ia terapi. Penawar untuk ketabahan dan keredhoaan. Setiap bunga pada pinggan, setiap calar dan kesan masa, semua macam berkata:
"Sukiman boleh diguna, Sukiman pernah berguna, dan Sukiman… pernah dipergunakan."
Pedih? Ya. Tapi dalam pedih tu, saya belajar berdiri balik. Redho.
Projek JPBLD mungkin belum 100% berjaya, ‘dia’ masih ada dalam sudut ingatan. Tapi yang pasti, saya dah berjaya penuhkan tiga almari besar dengan PML. Dan itu dah cukup untuk saya rasa ' aku masih ada sesuatu yang indah untuk dikumpul, walau yang satu tu tak dapat dikekalkan..."
Semoga dia berbahagia...
Like
Comment
Send
Share

Tuesday, February 23, 2016

Set cina PML








Koleksi Pyrex Chelsea 2015

Saya tidak merasakan saya seorang lelaki yang pelik apabila saya duduk menatap atau membelek Pinggang Mangkuk Lama (PML). Lelaki yang pelik ialah lelaki yang sudah ada isteri tetapi membeli pinggang mangkuk untuk perempuan yang lain. He he he.

Orang kata hiaslah kehidupan kita dengan apa yang kita suka. Kelilingkan apa yang kita suka di sekeliling kita. Supaya kita suka akan kehidupan kita (itu yang penting). Saya tambah pula satu perkara lagi iaitu jadilah diri kita sendiri. Maksud saya kumpulah apa yang kita suka di sekeliling kita. Janganlah sebab jiran kita kumpul PML, kita yang tak minat ni terus kumpul juga. Itu namanya mangkuk hayung.

Kini mengumpul PML- Pyrex Chelsea sudah menjadi hobi saya. Chelsea adalah corak kedua dari bawah, sila rujuk gambar di bawah:

Gambar 1 (Dari Koleksi Masa Lapang FB)


Dulu koleksi Chelsea saya hanya sedikit. Sila lihat almari di bawah. Saya letak koleksi Chelsea paling bawah. Ada empat cawan sahaja.


Gambar 2: Koleksi Pyrex Chelsea paling bawah
Mengumpul PML sudah menjadi aktiviti yang menarik dalam hidup saya. Saya suka menatap PML di almari kaca saya, di atas meja dan di rak saya. PML ada di mana-mana...walaupun di bilik tidur. Haa

Bila lihat saya tersenyum gembira seolah anak teruna desa yang pertama kali mendapat senyuman mesra dari pelayan bar kota yang gedik. Tidak tahu bagaimana saya mahu ceritakan, hanya yang alaminya sahaja memahaminya. Namun saya tidaklah pula ke bar...

Gambar 3: Koleksi Pyrex Chelsea hampir menguasai almari 

Kini koleksi Chelsea saya semakin membiak (sila rujuk gambar 3 di atas). Saya keluarkan semua PML lain dan penuhinya dengan hanya Chelsea.

Gambar 4: Pyrex Chelsea mendominasikan almari.

Kalau dilihat gambar di atas, koleksi saya masih tidak mencukupi. Contohnya saya hanya mempunyai empat pasang cawan dan piring. Saya masih tidak ada beberapa jenis pinggang mangkuk lagi. Contohnya saya tidak ada mangkuk kecil, bekas kueh bulat kecil, mangkuk saiz besar, mangkuk bujur dan beberapa jenis lagi yang mungkin saya tidak tahu kewujudannya.

Emak saya beritahu pinggang mangkuk kalau tak guna berdosa. Sebenarnya saya juga menggunakan sebahagian dari pyrex ini sebagai kegunaan di dapur. Terutama apabila saya buat rumah terbuka (tapi tertutup).

Saya harap apabila saya mati nanti, PML saya dijaga oleh ahli keluarga yang tahu menghargainya. Namun sekali fikir saya tak perlu fikir apa yang akan terjadi di dunia ini selepas saya mati kerana saya dah mati.

Kan...

Thursday, January 14, 2016

Pyrex Chelsea

Saya mula mengumpul set Pyrex Chelsea ini setahun yang lalu. Pyrex Chelsea menjadi pilihan kerana coraknya terbaik bagi saya (jika dibandingkan dengan keluaran `adik beradik'nya). Coraknya ringkas dan moden.

Pyrex Chelsea ini berlatarbelakangkan warna putih, dan coraknya berbentuk `bunga' empat segi. `Bunga' tersebut berwarna biru dan hitam. Saya berpendapat corak ini `mendahului' zamannya kerana rata-rata pada masa itu (tahun 1960an) corak yang ada adalah berbunga-bunga.



Sumber gambar: Koleksi Masa Lapang (FB)


Merujuk kepada Gambar di atas pyrex Chelsea adalah pada bekas yang kedua dari bawah. Saya ambil daripada FB Koleksi Masa Lapang. Terima kasih untuk FB tersebut.

Saya jadikan Chelsea bukan sahaja koleksi tetapi saya gunakannya sekali-sekala. Contohnya pada tahun lepas di mana saya buat rumah terbuka tertutup pada raya puasa yang lepas.

Saya harap tahun 2016 ini koleksi ini akan beranak pinak.

Friday, November 13, 2015

Bekas sos bunga kangkung, ubat hati saya


RM5 satu `NOS (New old stock)


Semalam saya telah membeli 6 biji bekas sos Bunga Kangkung dari blog Ezany. Bekas sos ini adalah untuk melengkapkan koleksi pinggang mangkuk lama (PML) Bunga Kangkung saya. Saya dah ada teko, cawan, pinggang makan, mangkuk, sudu dan piring bujur...

Setelah bank in duit kepada Ezany, saya tersenyum riang. Bagi saya Ezany Raja PML Malaysia. Saya juga pernah beli almari lama dari beliau. Almari tersebut kini saya letak pinggang mangkuk Pyrex Chelsea saya. Aneh kan?

Saya mula bertambah giat mengumpul PML ini sebagai "keep busy, don't look back" program" saya. Maksud saya dalam sedih dan lara saya mesti ubat hati saya dengan buat banyak perkara yang saya minat. saya kumpul PML dan berkebun.

Saya tidak pergi ke sarang pelacuran...

Tetapi tentulah ianya tidak dapat melenyapkan perasaan di dada saya...gerhana dalam hati... Tapi saya tetap mahu mencuba lupakannya sampai hujung nyawa...(pulak)

Sekarang saya tidak sabar menunggu bungkusan pos... saya akan susun bekas sos itu macam dalam pameran. Suatu hari nanti saya akan guna.

He he he. 

Adakah saya bertambah aneh?

Tuesday, September 15, 2015

PML dari Ulu Yam...

Antara PML yang adik saya hadiahkan


Ini antara pinggan-pinggan hadiah daripada adik perempuan saya yang duduk di Ulu Yam, Selangor. Pinggan-pinggan ini beliau perolehi daripada rumah kakak mertuanya di sana.

Semua adik beradik saya sokong hobi saya. Saya bertuah.

Saya sangat gembira dapat pinggan-pinggan ni secara percuma. Kalu dibeli tentu berpuluh ringgit. Mungkin beratus...

Koleksi pinggan mangkul lama (PML) saya semakin membiak dan saya kumpulkan sahaja dalam almari yang tertutup. Cuma beberapa yang saya dapat awal sahaja saya pamerkan. saya bimbang rumah saya jadi muzium PML. He he he.

Hasrat saya nak renobek rumah masih lagi tertangguh sebab ia memerlukan sejumlah wang yang besar. Saya mahu luaskan dapur sahaja. Biar dapat letak banyak almari PML. He he he. Biar bahagian tu jea jadi muzium.

Saya tidak tahu bilakah hobi mengumpul PML ini akan tamat...saya buat apa yang saya rasa boleh membahagiakan saya...

Setelah dia tiada...


Wednesday, July 8, 2015

Profil Corelle : Life Spice O ' (SOL )

SOL - Koleksi Jankaulu

1. Spice O ' Life Corning Ware telah dihasilkan 1972-1988.
  
2. Ia direka direka oleh artis Alice Kiernan , Patricia Luzier dan Gregory Mirow .

3.  Versi Corelle telah diperkenalkan pada tahun 1981 sebagai salah satu daripada empat corak yang dikeluarkan pada tahun tersebut.

4. Dan corak SOL ini menjadi pilihan emak saya.

5. Pengeluaran SOL ini telah dihentikan pada akhir tahun 1983.

Wednesday, July 1, 2015

Piring bujur Ocera Merah Putih



Kepemergian saya ke Johor tersebut membawa saya kepada membelinya satu piring Ocera Merah Putih.

Saya terus sambar dan bila balik rumah saya letak di belakang set teka dan cawan saya. Ocera Merah Putih ini semakin membiak...

Wednesday, May 6, 2015

Pink Teaset Baba & Nyonya: Signs of prosperity and longevity



Baba dan Nyonya sejarah kita
Warisan murni turun temurun
Tidak menunggu segala lengkap;
Walaupun  satu kukutip jua.

Dalam pencarian Pinggan Mangkuk Lama (PML), saya juga ada mengutip PML-PML yang tidak lengkap. Maksud saya kita mungkin terjumpa cawannya jea, atau pinggangnya jea atau bahagian-bahagian lain.





Antara `kutipan' saya yang berjaya ialah PML Baba dan Nyonya ni. Ia membiak akhirnya. saya tidak tahu sejarah lengkap set ini. Namun saya gembira sebab iannya cantik dan halus. Mengikut kawan saya yang juga minat PML, koleksi ini ada empat warna. Katanya ia melambangkan kemakmuran dalam kehidupan.




Hampir empat tahun, inilah hasil kutipan saya... Kadang-kadang saya hanya jumpa mangkuknya sahaja. Pernah bila saya sampai kat kedai saya tengok sudunya sudah dalam gengaman orang...melepas.

Mungkin ada yang mengatakan hobi ini pelik dan tidak berguna, namun bagi saya ia dapat memenuhi sebahagian perjalanan ini...yang semakin kosong terasa...

Pulak dah...

Teko bunga kangkung empat beradik




Empat beradik

Siang cerah panas terik,
Malam hari pasang pelita;
Rumah kemas, selesa dan cantik,
Bagai syurga kecil kita.

Seperti manusia lain, saya suka akan keselesaan, kekemasan dan kecantikan. Walaupun saya tidak pandai menghias rumah, namun saya cuba jadikan rumah saya kemas, selesa dan cantik. Saya mahu hidup saya dikelilingi dengan apa yang saya suka. Ianya kena cantik dan kemas.

Walau hidup sorang ianya tidak memberikan saya lesen untuk saya rasa konsep `tak apalah aku hidup sorang jea dalam rumah ni".

Memang ada masanya rumah saya tidak kemas...biasanya bila saya `serabut perut'. He

Bila masuk rumah orang, saya akan perhatikan cara mereka hias rumah. Ada yang terlalu ringkas ala `balairaya', dan ada yang terlalu sarat bak `muzium'. Namun hampir 100% rumah yang saya pernah lawati, kebanyakan suka akan memperagakan barang... Cantik juga.

Kunjungan saya ke salah sebuah rumah kawan saya (dia bini kedua) membuatkan saya sedikit berubah. Rumahnya yang besar dihias cantik dengan pelbagai barang. Rupanya kalau pandai susun, cantik hjuga. Maka saya cuba mahu banyakan barang seperti rumah kawan-kawan saya.

Saya pakukan rak ringkas di dinding bersebelahan dengan dinding yang saya runtuhkan. Saya keluarkan koleksi teko-teko bunga kangkung saya dari almari lama. Saya atur atas rak yang dihadiahkan oleh abang ipar saya. Teko ni cantik, tak puas mata memandang.

Dalam gambar ada bekas dinding simen yang tidak dicat. sengaja saya biarkan agar nampak rustik sikit... Teka-teko ni makin ditenung makin cantik. Percayalah.


Teko Kangkung empat beradik
Duduk sederet di atas para;
Wajah adik sangat cantik,
Gila abang tiada tara...

Duduk sederet di atas para,
Duduk di tepi dinding lama,
Gila abang tiada tara,
Hanya adik buat

 Sekian...

Monday, March 9, 2015

Chelsea dah masuk robok



1. Pemburuan set pinggang Chelsea telah bermula, membawa saya ke beberapa Pasar Karat sehingga ke Anggerik Mall Shah Alam.

2. Mulanya saya mahu beli satu jea sebagai `ibu'.

3. `Ibu' itu bermakna memberi motivasi untuk saya kumpul yang lain.

4. Kononnya boleh mengajar saya bersabar.

5. Namun saya hilang `arah', sehingga meminta penjual tersebut balik ke rumahnya ambil apa yang dia ada, he he he.

6. Saya sudah letak Chelsea pada tingkat paling akhir dalam robok tu...

7. Saya rasa pelik sangat...beli pinggan tapi tidak diguna. Emak saya kata berdosa.

8. Namun ini saya katogerikan sebagai koleksi saya.

9. Mungkin saya akan guna sekali sekala.

10. Saya mahu belajar buat kueh Lompat Tikam.

11. Sekian, tamat.

Tuesday, March 3, 2015

Pyrex Chelsea: Saya kembara...

1. Hujung minggu lepas saya bangun seawal pukul 4.30 pagi.

2. Saya bangun bukan kerana mahu sembahyang sunat atau mengamalkan ilmu ghaib, saya bangun untuk kembara Chelsea.

3. Sebenarnya hobi terbaru saya adalah mengumpul set pinggan mangkuk Chelsea. Hati saya tiba-tiba tertawan...Chelsea nampak simple dan moden walaupun ia keluaran 50 tahun lepas.

4. Seperti cinta saya yang bertahan tak berakhir...(pulak dah).
 
5. Saya pergi bersama kawan saya, dan oleh kerana kawan saya ada urusan di Kuala Lumpur, saya balik naik bas dari Seremban. Saya rela.

6. Kami mahu ke Shah Alam dan Port Dikson... Khabarnya di pasar Karat sana ada menjual barang-barang lama. 
 
7. Kali ini saya mahu kumpul Chelsea untuk diguna juga bukannya bukan buat pamiran dalam almari lama tersebut.

8. Set Chelsea ni keluaran tahun 60an, buatang England, seangkatan dengan Matchmaker, Fiesta, Harvest and Autumn Glory. Tentu para pembaca pernah tengok set ni kan?
 
 
Autum Glory dikeluarkan pada tahun 1969.
 
 
Set Chelsea yang saya kejar...gambar cilok dari internate.
 
9. Bagai impian menjadi kenyataan saya juga jejaki kaki ke Anggerik Mall, Shah Alam. Selama ini saya berangan sahaja kerana saya tidak berani memandu sejauh itu. Dan saya percaya tiada orang yang hiraukan impian saya. Siapalah saya...(baca dengan nada sedih di perenggang ini)

10.Saya terhutang budi kerana akhirnya ada sahabat yang sudi melayan keinginan saya. Budinya tak terbalas.

11. Saya terharu dan sedih. Terima kasih tuhan.

12. Saya hanya mampu beli Chelsea sebagai `ibu' sebelum saya mengumpul keseluruhan set tersebut.

13. Tentu makan masa yang lama sebab saya tidak ada banyak duit dan barang seperti ini bukannya ada dijual di kedai-kedai. Kadang-kadang nak dapat satu pun susah.

14. Saya harap saya gembira...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home