Daripada pengamatan saya, rata-rata rakyat Malaysia di sekeliling saya dan juga yang jauh di sekeliling saya mempunyai tanggapan yang aneh apabila memperkatakan perihal pembentangan belanjawan. Sangat aneh sehingga naluri saya naik rungsing dan resah (tapi tak gelisah, orang yang resah campur gelisah ni orang bercinta jea, atau bercinta dengan along. Haaa...)
Namun posting hari ini adalah berkaitan dengan perihal gelagat pemikiran aneh, bukannya pasal orang yang bercinta atau pihak yang gagal melunaskan hutang along.
Pabila pembentangan berlalu, riuh rendahlah keadaan di kedai kopi. Daripada kedai Kopitiam di bandar-bandar seluruh negara hinggalah kedai kopi yang tak ada tiang di kampung-kampung. Rata-rata fokus kepada "Apa yang aku dapat daripada budget 2013?". Malah ada kawan saya sms beritahu kekecewaan sebab budget 2013 tidak memberi kelebihan padanya...
Di pihak parti pembangkang tidak menghairankanlah kalau semua pembentangan itu tidak terbaik, sebab itu sudah kerja hakikinya. Yang saya mahu utarakan ialah pihak yang belanjawan rumahtangganya tunggang langgang sehingga bawang besar pun bininya pinjam rumah jiran. Tetapi bercakap pasal belanjawan negara. Kalau pakai baju kertas janganlah berjoget tiang macam Madonna.
Rata-rata menunggu khabar berahi, cerita erotik pasal bonus, pelepasan cukai, dapar baucer dan perihal seangkatan dengannya. Dan sebenarnya sebanyak mana pun dapat tentulah tidak mencukupi atau jauuuuuh daripada mengcukupi sebab dalam bab-bab berbelanja ni kita mengalahkan Paris Hilton. Cuma Paris Hilton beli barangan berjenama, kita barangan berhama. He he he, jangan marah.
Sepatutnya kita alihkan sikit pemikiran kita dengan konsep melihat kepada perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pertumbuhan. Juga kalau rajin membacalah, boleh cari beza perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Dapat juga ilmu dan memahami apa itu belanjawan dan kerangkanya sekali.
"Ah...itu bukannya kerja kita. Nak baca buku ni. Biarlah pelajar, cikgu dan pensyarah sahaja." Kata kita kepada kawan kita yang sama taraf tahap pembacaannya (maksudnya saya sejak SPM, haram sebuah buku pun tak habis baca. Tapi kalau di kedai kopi, gabenor bank negara pun kalah dikomplinnya....Haaa... Kitalah tu).
Dalam belanjawan ada seribu satu kisah. Kisah masa depan, masa sekarang dan masa susah senang. Haaa.
Tahukah anda? (amboi macam dalam tv kan?). Tahukan anda bahawa belanjawan yang dibuat bukan sahaja perlu menguntungkan orang susah tetapi setiap lapisan masyarakat harus juga diberi perhatian. Sebab orang kaya raya juga aktif menumbuhkan ekonomi dengan risiko yang besar. Tahukan anda selain rakyat, kerajaan juga harus mendapat keuntungan daripada pembentangan tersebut?
Tetapi kadang-kadang saya nak tergelak juga melihat gelagat orang yang bercakap perkara yang dia tidak ada ilmu, tidak tahu dan tidak mahu tahu.
Tanda hendak kiamat ialah orang yang bukan ahli petah bercakap seolah dia pakar...he he he. Namun kita tidak boleh halang orang dewasa memperbodohkan diri mereka... Silakan.
Jan: betul la emak saya cakap "kalau tak tahu diam" atau `tanya orang lain"
1 comment:
:D
Post a Comment