Tajuk novel: Ranggau
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Terbitan: ALAF 21
Cetakan pertama: 1999
Cetakan ke 11: 2012 (yang saya beli)
Tarikh beli: 1 Januari 2013
Akhirnya pencarian novel yang sesuai dengan kehendak hati saya terhenti. Saya sangat gembira. Saya sudah ketemui novel Ranggau. Tema dan persoalannya agak berbeza dengan tema dan persoalan yang berlambak-bak di pasaran. Ya, novel ini bukanlah sempurna, namun ia cukup memberi harapan kepada orang seperti saya. Orang yang sudah jemu dengan tema percintaan, patah hati dan sewaktu dengannya. Saya sambar novel ini bersama 11 buah majalah yang lain pada 1/1/2013.
Kulit depan menyeramkan, saya suka seram dan suspen. Kini saya sudah diketemukan dengan RAM. Tidak adil untuk saya mengupas karya dan gaya penulisan RAM secara keseluruhan kerana ini novel pertama beliau yang saya baca. Namun begitu terdapat watak yang saya suka iaitu watak Watak dan perwatakan Tuan Gimbang berjaya menarik hati saya. Tahniah REM. (dan tahniah juga kepada saya kerana membelinya...nak jugak. He he he)
Watak dan perwatakan mempunyai maksud yang berbeza. Kefahaman saya mengenai watak ialah pelaku atau tokoh atau penyawa yang menggerakan cerita dan berkomunikasi dengan watak-watak lain, mahupun bermonolog dalam diri. Penyawa tersebut bermaksud ada nyawa. Mungkin watak cerita boleh jadi juga seekor kuda belang, atau berung khutub,haaa. Namun ada juga watak yang tak bernyawa tetapi `dinyawakan' oleh penulis seperti karangan yang kita buat masa darjah dua dulu iaitu `aku sebatang pencil". Haaa,,,
Perwatakan pula bagaimana pengkarya melukiskan watak dari segi dalaman dan luaran. Bagaimana perangai tabiat, sifat dan sebagainya yang digambarkan dalam cerita. Dalam novel ini watak utama adalah Rusdi Salleh dan Ursula. Walau bagaimanapun saya mengambil kira watak Tuan Gimbang sebagai watak utama kerana peranannya yang besar dalam novel ini.
Beliau berasal daripada orang susah, dan isterinya lari ikut lelaki lain meninggalkannya terkontang kanting dengan dua orang anak perempuannya iaitu Ursula dan Janet. Beliau bekerja keras membesarkan anak-anaknya dan akhirnya berjaya dalam perniagaan menjadi tokoh yang terkenal dapat bergelar jutawan.
Kesian watak Tuan Gimbang ini, beliau yang lumpuh akibat satu kemalangan akhirnya mati dibunuh. Mungkin hidupnya di dunia ini sudah begitu jadinya. Bab-bab kena tinggal dek isteri ni memang mengharukan. Memang ada isteri manusia di planet bumi ini begitu, tidak sabar dalam kesusahan, tidak pandai melihat pengorbanan orang dan pentingkan diri.
Tidak seperti kebanyakan lelaki mewah yang lain (dan yang tak mewah juga, he he he) beliau tidak kaki perempuan walaupun ada banyak duit. Tidak juga kawin dengan artis. He he he.
Beliau hidup kesepian sebenarnya... Hidupnya makin tertekan bila seorang anaknya Jenet hilang. Antara babak menarik melibatkan Tuan gambang dan bekas isterinya apabila Janet hilang. Taraa....
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Wanita itu melangkah perlahan. Kehadirannya langsung tidak disedari oleh lelaki tua jutawan itu.
"Gimbang..." Wanita itu bersuara.
Tuan Gimbang tersentak. Dengan kekuatan kedua-dua belah tangannya, dia memutar roda kerusi dan menghadap ke arah suara wanita itu. Air muka berubah riak. Tegang segala urat saraf. Kemarahannya membuak. Anak matanya terbelalak seperti mata seekor singa jantan yang hendak menerkam mangsa. segala kemarahan terpancar menerusi sinar mata tuanya itu.
"Gimbang, aku datang cuma..." Suara wanita itu tersekat-sekat. Dia gugup dan getar suaranya timbul tenggelam.
"Siapa suruh kau masuk?" Tuan Gimbang menunding telunjuk. "Aku tak suka kau datang ke sini, Maria!" sambungnya lagi. Wanita itu Maria Yong, bekas isterinya. Mama Ursula dan Janet. Sejarah silam yang hitam membuatkan Tuan Gimbang dihantui rasa marah yang keterlaluan.
"Gimbang tolonglah...aku datang sekejap saja," Maria Yong merayu. Rayuan seperti itulah yang diluahkan oleh Tuan Gimbang sewaktu Maria Yong hendak meninggalkan dia suatu waktu dulu.
Tuan Gimbang mencebik."Sekarang kau datang, kau merayu pada aku. Hebat! Hebat sungguh sandiwara perempuan jalang seperti kau, Maria".
"Gimbang, aku dengar Janet hilang. Sebab itulah aku datang. Aku masih mamanya, Gimbang." Maria Yong mula tenggelam dalam kesedihan.
Tuan Gimbang melihat bekas isterinya itu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. "Anak kau? Dia tertawa terbahak-bahak dalam terpaksa. lalu dia menadah kedua-dua telapak tangannya. "Kau lihat tangan aku ni, Maria. Tangan lelaki tua inilah yang membesarkan Ursula dan Janet. Tangan kasar inilah yang mencari rezeki untuk mereka. Tangan bangsat inilah yang mendodoikan mereka sewaktu tidur pada waktu malam. Tangan inilah yang membelai mereka sebagai papa dan mama sekaligus." Tuan Gimbang menengking keras. "Dan sekarang, kau datang dan mengaku sebagai mama mereka? Seorang mama yang meninggalkan anak-anaknya dan lari ikut lelaki lain! Sekarang tunjukan pada aku, mana dia kemewahan yang kau kejar dulu? Mana?" Tuan Gimbang seakan histeria. Macam orang dirasuk.
Maria Yong menangis teresak-esak. Menangisi dirinya yang terjerumus dalam kancah cerita silam. Menyesali kerana kesilapan yang pernah dilakukan. Dia langsung tidak diberi peluang untuk bersuara. Apalagi untuk merayu.
"Kau berambus sekarang juga!" Tengking Tuan Gambang. "Tempat ini bukan tempat untuk seekor anjing! Dan aku tak mahu mendengar anjing menyalak di sini!" Satu penghinaan dihamburkan. Jiwa Maria Yong tersungkur dalam tangisan hiba.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Mungkin kita tidak faham watak dan perwatakan Tuan Gimbang tersebut dan mengatakannya `over' atau melampau. Ya, memanglah sebab bini kita tidak lari meninggalkan kita. Kita tidak rasa marah, malu pada jiran dan terhina. Kita tidak tertekan. Namun begitulah gamaknya hati yang terluka penuh dendam bila diperlakukan seolah orang tak pernah berbudi. alah kalau kena atas batang hidung sendiri nanti fahamlah...(harap-harap janganlah kena `kena' baru nak faham. Bila teratuk baru nak tergadah. bela tergeledah baru nak beli peti besi. Haaa...
Akhirnya watak Tuan Gimbang ini ditamatkan, beliau dibunuh kejam. .
Kalau novel ini dibuat drama atau difilemkan, saya bersetuju menerima tawaran untuk pegang watak Tuan Gimbang ini. Saya akan tolak watak hero kerana watak hero dialognya tidak sedap, skema jea. Tapi kalau watak Tuan Gimbang ada menariknya sebab berlaku banyak peperangan dalam dirinya. Pelbagai tekanan hidup membawa kepada dendam, kekerasan, kekecewaan dan kesunyian hati dalam dirinya. Saya percaya saya boleh bawak watak tersebut dengan baik dan berkesan. (pulak dah).
Namun novel ini juga menarik kerana terdapat unsur agama yang ketara, penggunaan bahasa sukuan Sabah, Brunai, bahasa Jepun dan Inggeris. Terdapat watak pelbagai bangsa, watak utama (Rusdi) adalah benar-benar seorang budiman dan babak pergaduhan digambarkan dengan menarik sekali.
Sekian. Saya bercadang mahu membeli lagi novel RAM yang lain...
Jan: Aku hanya watak singgahan dalam hidupmu. Jahanam!
2 comments:
bila en jan nak siapkan novel yg suku siap tu... x sabar gak tggu ni.. hehehe
banyak nanti hati yang terluka bila saya siapkan... itulah masalahnya...
Post a Comment