Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 28, 2013

Golongan orang yang zalim...


Sebentar tadi kawan saya telefon. Ketika itu saya sibuk menyekan/mengimbas (scan) kulit buku-buku puisi yang mahu dijual. Saya layan jealah sebab dia jarang kol.

Dia bercerita pasal kawan dia tidak bayar hutang, dan sudah masuk empat tahun. Kawan saya ni kawan semasa di UM dahulu. Kami sama-sama belajar dalam satu kelas pada tahun pertama. Tetapi bila saya naik tahun kedua, dia masih lagi di tahun pertama mengulang semua subjek. Namun posting ini bukan pasal nak beritahu dia mengulang sayanya tidak. Demi allah bukan, bukan dan bukan. Posting kali ini pasal hutang tak berbayar. Saya kesian juga kepada kawan saya ni. Ini ceritanya...

Kawan saya sebenarnya pinjamkan duitnya sebab kawan dia hendak berkahwin. Kawan dia ni bukan kawan saya, kalau kawan saya tahulah saya berleter. Nak kahwin pun hutang orang. Katanya, kawannya sudah dua kali tangguh perkahwinan dan kalau tangguh kali ketiga kira tidak jadilah. Cerita kawan saya. Oleh kerana kawan saya ni jenis baik hati, dia berilah pinjam, dalam ribu-ribu jugaklah... Tak sampai hati tengok kawannya itu menangis (sekarang kawan saya pulak menangis...)





Sekarang? sekarang kawan dia sudah pindah rumah dan sudah tidak tahu di mana. rupa-rupanya `naik' rumah baru.

kawan saya beritahu dia sudah naik malau menuntut hutangnya. Mula-mula dia tuntut melalui sms, lepas itu kol dan jumpa. Kawannya selalu sahaja jawab nanti-nanti... lepas raya la, awal tahun la, bini nak beranak la dan sekarang sudah empat tahun bersilih ganti. Rancangan raja lawak pun dah bermaharaja dah... Kawannya pun dah `naik' rumah baru.

Saya pun ceritalah pasal kawan saya yang hutang duit saya dah lebih kurang tiga tahun tapi tup-tup pergi umrah. He he he. Berani kan?. Namun saya ceritalah pada kawan saya yang di dunia ini kita tidak tahu orang tu ikhlas ke tidak, walaupun dia menangis depan kita, walaupun berbogel depan kita. Kot-kot ada yang pergi haji tetapi tidak bayar hutang orang pun ada... he he he.

Kita janganlah melihat orang baik itu baik dan orang jahat itu jahat... hanya allah tahu menilai... Itulah nasihat saya yang terkena batang hidung kepada kawan saya. Saya juga beritahu perihal roh tergantung:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan, maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu"

Saya tahu ramai yang tahu pesanan nabi kita ni, namun nafsu atasi segala-galanya... kalau pandai berhutang, bayarlah. Kesian orang yang beri kita hutang. Hutang akan membawa kepada putus kawan/sahabat. Nabi kita sudah beritahu siang-siang kalau kita ada duit bayarlah kalau tidak kita tergolong dalam golongan orang yang zalim... 

Kawan saya beritahu dia sedih sangat sebab sekarang dia perlukan duit untuk biayai anak dia yang sedang belajar. 

Saya berdoa agar terbuka hati kawannya itu supaya bayar hutang kawan saya... 

Jan: Hutang budi? dibawa matilah nampaknya...

2 comments:

Adie Achim said...

Haru btul!

Jankaulu said...

ya, kesian dia Adie, sekarang bini dia sudah bising dan paksa dia minta duit tu...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home