Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 17, 2013

Abang terbang pulang...

Mak,
Semalam abang bermimpi
setelah abang letih mengantuk (setelah abang makan maggie)
setelah abang memeriksa kertas pelajar abang
kertas mikroekonomi...

Mak,
Abang mimpi abang terbang
Abang terbang pulang
terbang berjumpa emak

Mak,
Mak ada di pintu rumah
keseorangan di kerusi rotan tua tanpa ayah
Ayah masih di kebun
Tentu ayah letih...
Tanah tua tersebut perlu berbaja

Mak,
Abang peluk mak
Abang beritahu abang akan pindah tempat kerja
semata mahu duduk dekat mak
gaji tak banyak tak apa...kerana
abang kejar tak banyak perkara

Mak,
Abang juga beritahu
Mak kena makan banyak-banyak
Makanan berkhasiat...
biar terus sihat...
untuk menasihat abang.

Nasihat emak hanya sepatah:
"Bersabarlah..., semuanya ada hikmah"

Mak
masa abang terbang semula
Abang rasa sedih
tinggal mak seorang ayah masih di kebun...
tentu mak sepi...

Mak,
semasa abang terbang pulang...di awanan
abang rasa sedih
abang sudah rindu...



Jan:

4 comments:

Nong Andy said...

Encik pensyarah..

malam kemarin kan.. kawan saya mimpi saya mati.. dan lepas tu saya tak leh 'pergi' ke 'dunia' tu pastu saya datang jumpa dia.. siap lepak dgn dia haha..

Jankaulu said...

Orang tua-tua kata kalau orang mimpi kita mati, itu tandanya kita akan panjang umur.InsyAllah...

Nong Andy said...

kawan saya kata dia tak nak umur panjang sangat. biar mati awal katanya.. supaya tak susahkan orang bila tua nanti...

Intanaziela said...

tentu lelah perasaan berjauhan dengan ayah bonda...saya yang nampak didepan mata pun hari2 menelefon...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home