Pagi tadi selepas mandi, selepas menimbang badan, saya renung kopek saya di cermin. Saya tatap betul-betul. Saya lakukan pemeriksaan payu dara.
Oleh kerana saya agak berisi, kopek saya kelihatan agak besar sikit. Mengapa ianya terjadi begini? Sedangkan kopek lelaki-lelaki lain kecil sahaja, malah adakalanya kopek mereka kelihatan seperti titik sahaja...

Saya pernah ternampak kopek Adnan semasa dia mandi di rumah saya, kecil sahaja. Pada masa itu dia bermalam di rumah saya kerana keesokannya hari sabtu dia bekerja di bilik urus setia peperiksaan. Tetapi sebenarnya tidak perlulah saya terangkan pasal mengapa Adnan singgah tidor di rumah saya kerana posting ini khas pasal kopek saya.
Sekarang upah RM1K pun saya tidak rela buka baju kalau mandi-manda di perkelahan... Ianya sangat memalukan saya.
Saya juga dapati salah seorang pak saudara saya juga berkopek besar. Saya rasa malu pula sebabnya kebanyakan kopek lelaki adalah kecil dan mendatar sahaja, tidak ada `curve'. Berlainan dengan kopek saya ini.
Di kalangan keluarga, pernah juga mereka bergurau supaya saya pakai bra. Dan anak saudara saya yang agak lucah iaitu Najib, pernah memperli saiz kopek saya. (Saya nak ambil kesempatan ucap tahniah pada Najib kerana dia dapat 8A dalam periksa PMR baru-baru ini, harap masa tingkatan empat ini belajar rajin-rajin lagi, jangan dok ngorat).

Sebenarnya yang paling saya bimbang jika kena kanser payu dara. Lelaki pun ada yang kena kanser payu dara. Saya pernah tengok dan saya pernah baca. Saya bermohon pada allah agar saya terhindar dari penyakit ini. Biarlah kopek saya sedikit besar pun, saya redha ketentuan-NYA... asal tidak berpenyakit.
Biarlah orang nak kata apa pun...biarlah mereka nak buat gurauan atas kopek saya pun. Hanya allah yang mengetahui...
Jan: Kecil pun salah, besar pun salah!
Biarlah orang nak kata apa pun...biarlah mereka nak buat gurauan atas kopek saya pun. Hanya allah yang mengetahui...
Jan: Kecil pun salah, besar pun salah!
No comments:
Post a Comment