Saya berpendapat semua manusia pernah merasa menyesal. Perasaan yang tidak selesa apabila kita bersalah dan mengakuinya. Petang semalam saya buka blog kawan saya (http://unclejoe11.blogspot.com/). Beliau bercerita mengenai `suami yang menyesal'. Saya baca dan rasa pilu pulak. Jadi saya kongsikannya di sini. Saya `cut and paste' di sini.
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana
ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada
ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori
kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan
mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik
dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang
dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta
untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada
asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya….
bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz
perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan
saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai
teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai
antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial
sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya
itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri
saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih
saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia
tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah
wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri
saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia
akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan
mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan
makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia
bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat
ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan
geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia
menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan
saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu
saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia
ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai
bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air
mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa
berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya
akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan
bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya
supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang
bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya
saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan
saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang
paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima
bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya
dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada
rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan
saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang
sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah
yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup
tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat
penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri
tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan
dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit
tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang
menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat
tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi
saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami
orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika
itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan
saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus
kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati
saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin
pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya
sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak
yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup
dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis
bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis
lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah
ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi
isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana
tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan
saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya
menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di
hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan
bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung
semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan
dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada
isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri
saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik…
takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan
berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia
ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari
saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah
saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya
teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut
abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang
ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan
begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya
merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi
mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang
utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti
anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…
Setelah membaca cerita ini saya bukan sahaja naik hiba dan insaf tetapi naik geram jugak. Sepatutnya bersyukurlah kerana setidaknya Allah sudah kurniakan isteri. Jagalah amanah tersebut dengan baik, biarlah muka isteri jenis seposen ke dua posen ke, tetapi setidak-tidaknya ada isteri. Lagipun muka kita sendiri berapa posen? Haa...
Saya teringat juga kepada kawan kepada mak saya yang mukanya seposen dan suaminya buat sesuka hati. Habis duit gaji jadi penjamin dan sebagainya. Dan suaminya kawin 2, 3, dia pasrah. Suaminya tidak beri nafkah tetapi dia setia jea, siap tersenyum pulak.
Pernah saya beritahu kepada mak saya "Setia ke bodoh?". Teruk saya kan? Semuga Allah maafkan saya. Saya tidak akan kata apa-apa lagi. Saya memang tidak memahami hati perempuan dan kesetiaannya pada suami. Asyik nak komplin orang jea...
Fenomena isteri tidak pandai bergaya ni kerap jugak saya dengar. Dan ada juga kawan-kawan saya yang isterinya jenis seposen, tapi bila keluar rumah bukan main biang lagi bila jumpa perempuan yang pandai bergaya bertudung leayer (lapis).
Sebenarnya sebagai seorang suami, kalau tidak suka pun suami boleh bentuk isterinya bergaya untuknya. Pasti si isteri akan ikut kata suami yang disayanginya selagi tidak bertentangan dengan agama. Nanti boleh rujuk tudung kat majalah. Berlambak. Nak letak gajah atas tudung tu pun boleh, he he he.
Gitulah kalau kita nak kan orang kerana sebab yang tidak kukuh, ia menjadi punah. Bila sudah jadi begini tiada apa lagi yang boleh dibuat. Sesalan itu dibawa bersama... Semoga si suami dapat mencari damai.
Jan: ketika aku mula menyanyangimu, kau tidak miliki apa-apa...tak pandai bergaya dan sebagainya. Hanya allah yang tahu...
No comments:
Post a Comment