Antara design yang ada pada masa tu...
Saya masih ingat lagi pada zaman saya kecil, ada almari lauk di rumah saya, lihat gambar atas (saya ambil dari ezanygallary.blogspot.com). Zaman dahulu orang tidak dengar sangat perkataan kabinet (kecuali kabinet Tun Hussien Onn), mereka guna almari sahaja. Almari ini tempat simpan lauk, dan bahan lain juga seperti gula. Namun lauk yang dapat nama, he he he.
Zaman sekarang saya tidak tahulah macam mana gaya purata isirumah. Mungkin mereka tudung dengan saji sahaja dan tidak memunggahkan ke dalam almari. Sekarang banyak gerakan kita sudah tidak buat. Kita tidak bangun dari sofa untuk tutup televisyen dan kita juga tidak masukan lauk dalam almari dan keluarkan semula. Mungkin mereka masukan dalam peti ais seperti saya?.
Dibuat dengan tanah liat
Dan almari ini pula kena lapik dengan bekas lapik yang kita letak air supaya semut-semut tidak merayap ke almari dan mengerumi makanan kita, dan nescaya kononnya kita bodoh 40 hari. He he he. Gambar ambik dari lan-lamadanantik.blogspot.com, penghargaan untuk blog tersebut.
Zaman telah berubah, cara hidup berubah, pekakas dan alatan juga berubah bentuk dan manusia tentulah berubah...
Jan: Cinta nan satu, tak berubah...(konon)
2 comments:
rumah saya ada lagi tp dah terlalu usang dan tak simpan lauk dah tapi simpan pinggan mangkuk...
Wah itu sudah jadi barang antik tu, barang lama dibuang jangan...
kayu lama tahan lama...
Post a Comment