Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 3, 2013

CK, Ranggau dan perempuan rambut pendek

Hari ini bertarikh 1/1/2013. Hari pertama tahun baru. Saya bangun sedikit lewat untuk memanjangkan mimpi saya. He he he. Bila bangun, selepas geliat kucing... saya menuju ke arah kawan rapat saya. Penimbang berat. Hubungan kami adalah `love and hate'. Semuga tahun ini hubungan saya dengannya bertambah erat.

Setelah kemaskan rumah saya menuju ke bilik air untuk mandi dan berangan. Buat pertama kali, pada tahun baru, saya mandikan diri dengan CK bodi wash. Saya hanya menggunakan 2 titik sahaja. Saya lumur ke bahagian badan saya terutama dada dan leher. Saya biarkan dalam 5 minit supaya ianya meresap harum ke seluruh badan.



Sebenarnya saya beli perfume CK, ada hadiah bodi wash. 

Kata jurujual Cina tersebut, ianya limited edition. bagi saya tidak mengapalah limited atau pun tidak kerana sebenarnya faktor harga yang penting. Duit poket saya pun limited edition jugak. He he he.

Saya tidak pernah membeli perfume CK, ini kali pertama. Sempena hujung tahun lalu saya sambar satu. Kawan saya beritahu harum baunya tetapi agak `kuat'. Perlukah saya wangi? Saya sendiri pun tidak faham...

HARI ini bandar Muadzam sunyi sepi bak hari dilanggar hujan. Mungkin ramai yang bercuti tahun baru dan keluar beriang-ria jauh dari Muadzam. Saya menikmati makan pagi sambil berkira-kira hendak buat apa hari ini. Saya mengambil keputusan untuk merehatkan badan, hendak membaca.

Setelah bersarapan saya menuju ke kedai buku untuk membeli suratkhabar. Biasanya pada awal-awal bulan saya membeli beberapa majalah. Antaranya majalah wajib yang saya beli adalah Al -Islam, dan Solusi. Juga majalah ringan i-Sihat. Dan tentu sahaja majalah kegemaran saya iaitu Impiana, Apartmen dan Laman. Dan saya juga beli beberapa buah majalah masakan (entah mengapa suka sangat masakan walaupun taidak pandai memasak). Semuanya 11 buah majalah. Saya letak semuanya di kaunter dan menuju semula ke bahagian rak buku.


Saya terus menyambar novel `Ranggau' oleh Ramlee Awang Murshid, seorang penulis novel thriller. Saya bertekad nak habiskan buku ini hari ini juga. Kalau kena dengan selera saya, saya akan cuba membaca  novel-novel beliau yang lain. Saya dapati beliau mempunyai 18 buah novel (kalau tidak silaplah). Saya mahu membaca novel selain tema cinta. Saya sudah tidak menyukai novel bertemakan percintaan berebut batang atau kueh apam.

SESAMPAI di rumah saya terus belek Majalah Impiana. Kakak saya beritahu team Majalah Impiana memperlihatkan rumahnya bulan ini. Rumahnya mempunyai konsep rumah yang saya mahu miliki (rumah idaman saya). Namun buat masa ini saya jauh dari mampu... Ayah saya beritahu mungkin suatu hari nanti tercapai, insyallah. Tetapi perlukah saya rumah yang besar kerana saya tinggal seorang diri?.

Saya membaca sehingga lewat petang. Saya tidak berhenti membaca dari satu majalah ke satu majalah. Majalah Al-Islam juga menarik. Mengupas isu jin dan manusia, yang ada di sekeliling kita. Dr Harun Din ada memberi pendapat dan pengetahuannya tentang jin dan alamnya. Saya jadi takut pula, memang malam tersebut buat pertama kalinya tahun ini saya tidur berpakaian. Katanya `mereka' ada di mana-mana. 

APABILA saya membaca biasanya saya akan pasang televisyen atau mendengar lagu. Kali ini saya pilih rangkaian televisyen yang ada tunjuk klip lagu-lagu. Tapi saya tak tengok, cuma telinga mendengar. Langsung saya tak tengok.

Saya membaca di kerusi dan kemudian beralih ke atas katil (tak kan bawah katil kan?). Kekadang saya ke  dapur buat air panas. Kerusi lagi lepas tu julurkan kaki ke dinding dan pelbagai gaya lagi di atas katil... Tiba-tiba!

Tiba-tiba saya rasa nak menangis... saya terdengar muzik dan suara yang gemersik. Saya ke ruang tamu lihat televisyen. Ada perempuan rambut pendek menyanyi lagu Allycats. Merdu gemersik suara perempuan rambut pendek tersebut. Saya tidak kenal perempuan tersebut tetapi suaranya sedap di telinga saya. Saya berpendapat suaranya masih tidak capai tahap matang, namun sudah ada kesedapan yang mendalam. Saya terus syahdu dan mengada-ngada. Lagu ini sangat menyentuh hati. Hati orang seperti saya.

Lagu `Sampaikan salam cintaku' ini memberi makna yang besar dalam dunia percintaan saya yang punah. Namun saya sudah tidak mempunyai banyak masa untuk mengheret larut duka tersebut berpanjangan. Duka tetap duka, takdir tetap takdir. Saya kena terima hakikat dan teruskan perjalanan. Tidak diharamkan berduka kerana ia adalah perasaan yang kita rasa, namun janganlah diheret kedukaan itu sehingga menyebabkan hidup punah ranah, tunggang langgang. Saya sematkan unsur agama dalam pemikiran saya (maklumlah baru baca majalah Al- Islam dan Solusi). He he he.

Saya berhenti di sini sekejap. 

Jan: Hu hu hu...

2 comments:

Adie Achim said...

Saya membaca novel-novel Ramlee Awang Murshid semasa di sekolah rendah. Saya pun pelik camana saya boleh minat membaca seawal itu. Abang saya punyai deretan novel cerita bersiri kisah-kisah seram.

P.s: Saya sudah tidak menyukai novel bertemakan percintaan berebut batang atau kueh apam.(Wah.. terkasima saya membacanya) hee ee.

Jankaulu said...

Bagus Adie ada minat membaca sejak kecil. satu anugerah yg tak ternilai. dengan membaca ia membuka minda selain dpt pengetahuan dan kenali hidup orang lain.

Saya suka baca novel ni. Mungkin sudah tiba masanya saya mengenali karya REM ini.

Saya memang sudah tidak suka baca kisah cinta. Sebab semuanya selalu berakhir dengan happy ending jea... Padahal hidup tak begitu. He he he.

Mungkin saya dah tua kot Adie.... (atau saya cemburu dengan happy ending mereka? he he he)Tapi dari dulu lagi saya tidak pernah rasa nak beli buku pasal cintan-cintan ni...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home