Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang tahun 2013



Oleh kerana kita manusia dan bukannya binatang (sama ada peliharaan atau sebaliknya, jinak atau liar), kita peka akan perubahan tahun yang datang dan pergi. Tahun 2013 sudah menjelma. Ramai di antara kita teruja.

Saya sudah simpulkan azam saya yang tercapai dan sebaliknya. Ya, banyak juga yang tidak tercapai namun ada juga azam penting yang tercapai. Saya tidak statik. manusia tidak seharusnya statik.

Ya, saya berazam lagi. Saya berazam mahu bahagikan/seimbangkan kehidupan saya. Seimbangkan kepada keluarga, kerjaya dan diri sendiri. 3 perkara yang kita memang kena renungkan sebab impaknya besar.

Saya tidak mahulah bekerja sehingga tumpuan kepada diri dan keluarga terabai. Selama ini saya sedar saya terlalu fokuskan kepada kerjaya sehingga tidak berapa peka kepada keluarga dan diri sendiri. Bukan apa, saya sibukan diri agar tidak sunyi.

Saya mahu tumpukan dengan lebih masa untuk ayah dan ibu, adik beradik dan tentulah anak-anak saudara saya. Juga saya mahu membelai diri dan ada masa untuk membuat sesuatu kegemaran saya. Contohnya, berkebun, memasak dan baca buku. Juga melihat wayang. (banyak juga yea...he he he).

Tahun boleh silih berganti, kulit saya boleh semakin kering dan berkedut-kedut. Bumi boleh kering merekah sana sini... atau air boleh mengalir bah membasah. Namun setiap hari yang berlalu saya tetap mengingatinya.

Jan: khas untuk para pembaca blog ini, saya ucapkan selamat menjalani tahun 2013. Semoga pembaca dan keluarga disihatkan tubuh badan, ada motivasi yang tinggi dan dimurahkan rezeki, amin... 

3 comments:

Adie Achim said...

Selamat menjalani tahun baru 2013.

Saya faham sangat betapa kita busy menyibukkan diri untuk tidak sunyi. (ayat fening) Zaman bujang saya begitulah. Namun pada akhirnya saya mengabaikan ibu bapa, adik-beradik, keluarga malah keperluan diri.

Adie Achim said...

Saya ada tinggalkan komen kat entri :Tak khusyuk sembahyang teraweh. Saya terpanggil untuk membacanya bukan kerana tajuk entri tetapi gambar spender. Aduyai!

Jankaulu said...

Adie,

kata anak saudara saya, saya menulis blog kerana saya sunyi... pandai-pandai jea kan? he he he.

Kata jurujual kat Kuantan, Sekarang design tu Renoma dah tak keluarkan .. he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home