Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, January 19, 2013

PML: Koleksi Set teko Cina Merah (2013)

Saya berpendapat, betullah sesetengah orang berpendapat yang perkara/benda yang kita tidak suka pada hari ini mungkin akan menjadi perkara/benda yang kita sayang/suka/berahi pada kemudian hari. Haaa.

Namun posting kali ini bukan pasal kononnya kita tidak menyukai seseorang, akhirnya kita jatuh cinta. Bukan, bukan dan bukan. Saya sudah hilang kepercayaan dalam bab-bab begitu. Saya sudah tidak percaya akan ada seseorang yang akan sayangi saya sampai ke tulang...(sayang yang mendalam).

Set ini saya letak di rumah sewa saya, Muadzam Shah

Kita kembali kepada tajuk posting. Set ini sebenarnya saya pernah jumpa pada suatu waktu dahulu. Dalam sepuluh tahun lepas namun saya tidak berminat. Siap saya ejek pula "La sapa la nak minum dengan mini teko dan cawan ni?". Sambil saya gelak-gelak. Kawan di sebelah saya tidak pula gelak...(dia banyak masalah sebenarnya. Nanti saya cerita semula sebab posting kali ini pasal PML (Pinggan Mangkuk Lama) bukan pasal CRTO (Cerita Rumah Tangga Orang).

Bila dah nak cukup set saya nak bawa ke rumah saya di Kuantan

Saya mula kumpul set ini apabila saya ke Bandar Tun Razak. Bagaimana saya tahu lokasinya ialah dengan tidak sengaja. Pada suatu hari yang membasah jiwa saya membawa diri ke Bandar Tun Razak konon nak mengembara sikit. Bila pusing-pusing nampak ada kedai jual barang terpakai. Perabut segala, namun ada juga jual PML-PML.

Ini seperti bekas kueh kosu, ada dua sahaja

Dan seterusnya koleksi bertambah bila saya balik ke Besut dan mencarinya. Sekarang saya sudah `slow' mencari. Saya nak rehat sekejap. Lagipun dah banyak sangat. Tak cukup tempat nak letak. Saya ni kalau jumpa piring satu pun saya ambil juga. Kononnya sepuluh tahun lagi cukuplah setnya. He he he.

Koleksi sebegini memang ada terjual di internate. Namun saya berpendapat harganya mahal mengalahkan set vintage. Namun kalau minat tidak apalah bayar lebih pun kan?. Saya ni minat tetapi duit nak beli benda lain juga. Sebab itulah saya kumpul atau beli sikit-sikit. beli sikit-sikit. Haaa gitu.

Ada teko dan empat cawan kecil (tanpa pelapik)

Corak dipermukaan PML ini jenis timbul (3D?) dan dilukis. Saya rasa ia buatan tangan (tak kan buatan kaki pula kan?, he he he) sebab bentuknya tidak simenteri, tidak sama besar. Saya ada juga mengesan bahagian-bahagian yang lukisnya macam malas jea...atau nak mudah siap?. Atau mungkin taukeh dia marah kot sebab dia lara dan koya 24 jam. He he he. Namun `kecuaian' atau `kecacatan' ini memberi nilai yang hebat kepada jiwa pengumpul seperti saya. Adanya...

Ada juga sudu `cendol'nya, he he he

Saya ada baca di internate barang-barang sebegini tidak boleh dipanggil antik lagi selagi usia tidak melebihi 100 tahun. Begitu pulak ukurannya, ke na sampai seratushe he he (kalau manusia antik?). Namun saya tidak kisah antik ke semantik ke sebab sudah ada nilai estetika yang melekat di pandangan mata dek cara pembuatnnya. Saya tidak kisah sebab ia lawa di mata saya. Booo jealah.

Ada satu mug tetapi dah retak sebenarnya

Taraaaaa....saya letak atas rak kayu jati

Akhir sekali saya cipta sebuah pantun. Pantun ini berkisahkan diri kita iaitu orang. Di mana bila sudah lama kurang dihargai, diabaikan bagai orang tak berbudi. Kalau kita ini kereta mungkin kita sudah di `trade in'kan, he he he. Terimalah persembahan Serangkap pantung yang tidak seberapa ini (tapi ada maksud yang mendalang):

Pinggang mangkuk sudu dan cawang,
Barang lama dibuang jangang
Bila tahu kekasih curang
Terus terduduk jatuh pengsang

Jan: Booo booo jealah.

2 comments:

aima said...

pergh lawanya....

Jankaulu said...

He he he, thanks aima.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home