Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 16, 2013

Rona Jingga (Muslimah Designer Label)

Saya menumpang bangga apabila rakan zaman persekolahan saya berjaya membuka sebuah butik pakaian. Saya masih ingat lagi semasa kami di dalam kelas dulu, kami suka melukis. Walaupun kami di kelas aliran sains, kecintaan terhadap lukisan tidak dapat dihalang-halang.

Setelah menamatkan pelajaran beliau terus menyambung pelajaran di UiTM, dan seterusnya beliau meneruskan pengajian sarjananya di luar negeri. Saya tumpang gembira dan berbangga, maka saya abadikan kejayaan beliau di dalam blog saya ini.

 


Faridah bersama pakaian rekaannya


Faridah Zakaria, lulusan” Master in Fashion & Textile Design” dari Universiti De Mountfort, Leicester, United Kingdom dan pemegang Ijazah di dalam Senireka Fesyen dari UiTM. Beliau telah berkecimpung di dalam industri fesyen dan tekstil di Malaysia lebih 20 tahun. Dikenali sebagai seorang yang amat berbakat, kreatif dan sentiasa tampil dengan idea unik, hasil karyanya nyata penuh gaya dan memikat. Kini, Faridah mencurahkan idea dan kreativitinya di dalam rangkaian produk Rona Jingga. (petikan dari  ronajinggaboutique.blogspot.com).



Bagi saya keistimewaan yang ketara adalah koleksi pakaian ini memang sesuai dengan konsep muslimah. Contohnya kepada yang mahu menutup badan, bertudung labuh, ada banyak pilihan disediakan. Jangan pulak kata kalau tudung labuh tidak boleh bergaya. Zaman sekarang dalam telaga pun boleh bergaya, haaa.

Tudung ada corak






Sekian sahaja, boleh klip sini ronajinggaboutique.blogspot.com untuk `online shopping'

Jan: Aurat kena jaga...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home