Cop nama saya di hadapan
Cop mini library saya di belakang...
Sold
Tajuk buku: Royan
Oleh: Arena Wati
Terbitan: Teks Publishing Sdn Bhd.
Cetaskan: Pertama (1980)
Dicetak: Penerbit Universiti Malaya
Bil m/s: 553.
Usia buku: 33 tahun.
Harga jualan: RM25.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my
Sold
Buku ini saya baca pada awal tahun 1990an, saya membelinya ketika saya menuntut di Universiti Malaya. Buku kesusateraan lama sebegini sudah tidak dijual di pasaran (kecuali la ada penerbit mahu keluarkan semula). Mungkin kita kena pergi ke kedai buku terpakai kalau mahu memilikinya, kalau ada kira nasib baiklah.
Sekarang kalau kita mahu membacanya kita kenalah pergi ke perpuatakaan. Dan pastinya buku ini dibukus rapi dan dijaga dengan baik. Mungkin sebab kandungannya bukanlah seperti novel pisiciang yang berlambak di pasaran. Ia ditulis oleh sasterawan negara kita Muhammad Dahlan bin Abdul Biang (1925 -2009).
Sasterawan negara ke 5, Dr Arena Wati.
Namun untuk ke perpustakaan amat meremehkan. `Tok dang la' (tak cukup masa la), letih la (kalau ke shopping komplek bukan main segar, he he he) dan kononnya berbulu mata kerana perpustakaan daerah dipenuhi oleh pasangan remaja yang datang bukannya untuk membaca atau mengulang kaji pelajarang tetapi mengejas atau bertemu rindu.
Kita kembali kepada tajuk posting. Buku ini mengenai cerita peneroka-peneroka di negeri Sabah. Apabila kawasan sudah maju maka masuklah sesuatu yang baru seperti arak, dan gaya hidup yang tidak senonoh dan seiringan dengan orang kita budaya kita.
Banyak budaya masyarakat Khadazan-Dusun diketengahkan. Banyak budaya positif yang digunapakai. Contohnya adalah sangat dilarang seorang anak gadis tangannya dipegang. Haaa... Sekarang berbezakan, sekarang pergaulan bebas sangat berleluasa depan mata. Saya pernah tengok pasangan remaja buat `drama' di tepi jalan semasa menunggu bas... semua orang perati dan juehkan mulut... Pasangan tersebut buat `dek' jea.
Kalau anak dara dipegang tangan, ayahnya didenda dengan kerbau atau babi. Haa... sekarang? Malaslah nak cakap...
Jan: Ku hanya ingin memegang hatimu, memeluk jiwa mu...tidur di dada rindumu... (huh!)
4 comments:
masa sekolah dulu mati2 ingatkan Arena Wati adalah seorang perempuan..:)
he he he, saya pun begitu jugak en Lan.
saya ingat pernah baca satu novel arena wati masa tingkatan 3 kalau tak silap... tebalnya mak aih... berminggu tak habis baca.. tapi habiskan juga. tak ingat lagi apa tajuknya..eh.. macam ingatlah. kalau tak silap tajuknya "jaringan" salah sorang wataknya nama salim. dan watak pempuan nama Julia kalau tak silap..
saya langsung tak kisah gender penulis novel tu hehe... *baru tahu
dulu saya ada banyak juga novel beliau tapi kini hilang...
Post a Comment