Kelihatan saya bersama mesin taip saya...dan buku-buku ekonomi. (september 1991)
Semasa saya menuntut di Universiti Malaya dahulu, setiap kali saya keluar daripada dewan peperiksaan, kawan saya beritahu muka saya kelihatan pucat. Ya, memang setiapkali menghadapi peperiksaan saya bimbang, takut sangat menghadapinya terutama kertas Microekonomi I, II dan III. Begitu juga dengan kertas Makroeconomi I, II dan II. Dan paling haru biru kertas-kertas statistik. Semuanya di luar kemampuan saya.
Saya tahu benar saya bukan pelajar yang pintar. Saya tahu benar perkara ini kerana saya jarang memahami apa yang pensyarah syarahkan. Apabila habis kuliah, saya perlu banyak bertungkus lumus membaca buku dan bertanya kawan untuk mendapat kefahaman.
Pensyarah saya hanya membuka jalan memberi petunjuk. Pensyarah saya bukan seperti guru kita di sekolah.
Hari ini pelajar saya menduduki peperiksaan subjek saya, mikroekonomi. Minggu lepas kertas saya iaitu Malaysian Economy sudah berakhir, saya dapati ramai pelajar saya dapat menjawabnya. Berbanding dengan Malaysian Economy, subjek Microeconomics agak kompleks. Hakikatnya saya tidak dapat lari daripada rasa risau. Semasa saya lalu dekat dewan peperiksaan sebentar tadi (menuju ke bilik urusetia peperiksaan untuk menunggu kertas saya habis), saya ada melihat muka seorang pelajar lelaki saya pucat lesi. Dan saya cepat-cepatkan langkah. Saya juga nampak beberapa pelajar membulatkan mata. Mereka mungkin tidak dapat menjawab soalan mikro tadi. Ada yang kelihatan sangat tertekan.
Tekanan menjalani peperiksaan memanglah begitu. Sedangkan pelajar yang sudah banyak mengulangkaji juga timbul fikiran ketakutan apabila menjawab soalan, apatah lagi kalau kita tidak bersedia daripada awal.
Saya harap pelajar saya seperti saya, iaitu dapat menjawab soalan dengan baik walaupun mereka kelihatan tension....
Jan: Saya juga pucat...dah 16 hari tak makan nasi... Hari ini juga saya sangat rindu kepada emak saya. Kalau saya ada sayap saya akan terbang...
2 comments:
encik pensyarah..
sy paling benci statistik..
sy dapat D untuk subjek itu :(
he he he, saya benci semua subjek yang kena kira-kira ni.
Post a Comment