Tempat kerja saya telah `diserang' rumpair laut. Ramai kawan-kawan saya memakannya. Pada suatu hari saya galak bertanya apa khasiatnya. Saja saya bertanya wal hal berlambak info tersebut di internate. Kalau kita senyap jea, tidak bagus. Apatah lagi jika kemudiannya kita mahu buat posting, he he he.
Sebagai manusia saya ingin mencubanya. Dan seorang rakan pensyarah telah memberikan saya sedikit rumpair supaya saya makan. Kaedahnya rumit kerana kena basuh berkali-kali dan direndam semalaman. Itulah pesan kawan saya. Bila saya balik saya basuh dan rendam semalaman.
Bila rendam semalaman nampak cantik dan macam agar-agar (lihat gambar di atas). Lepas itu kita kena masak. Lihat gambar di bawah.
Kita kena masak hingga semuanya hancur. Kawan saya beritahu minum sebelum dan selepas bangun tidor. Maka saya simpan dalam peti ais.
Sebelum tidur saya cuba meminumnya tetapi ya allah baunya tidak enak. Macam bau bilik air. Saya tidak boleh telan. Esoknya saya cuba lagi tetapi saya rasa nak muntah. Dan lusanya rumpai tersebut selamat masuk longkang...
Jan: No komen...
4 comments:
baru nak tnya jadi ko dok....last ayat rupanya masuk longkang...kheee
saya tak tahan dengan baunya. Ada kawan cadang letak perasa oren...
tapi saya taka tahan jugak...hehehe
alahaii membazir jer..kenapa tak rebus dengan pandan...mula2 mmg bau busuk sikit tp 2-3 hari dlm peti rasa dia mula sebati..sedapnya kalau campur dengan sunquick atau perisa lain..rasa macam makan beledar jer...
saya makan jugak rumpai tu, saya campur dengan sirap rose masa nak makan tu, dengan pandan pun boleh jugak..selalunya kalau dah rendam semalaman bau dia akan kurang dan bila dah lama dalam peti sejuk bau dia pun makin kurang. nenek saya kat rumah makan ni , darah tinggi dia dah stabil ;)
Post a Comment