Tersenyumlah semua ada hikmahnya |
Saya tidak menjadi seperti yang amat saya mahukan. Bila saya membesar saya menjadi seorang pensyarah, bukannya doktor. Dan idea untuk menjadi pensyarah tersebut hanyalah timbul apabila saya menjadi guru. Ia timbul semasa saya berada di dalam bilik guru.
Mantibangi (nama samaran, beliau adalah kawan saya) pula tidak menjadi isteri walaupun 8 kali dia beritahu saya selepas tamatkan pengajian dia akan terus kahwin dan mahu memiliki anak yang ramai. Sehingga saya menulis posting ini dia masih lagi solo. Dia sudah menjadi `orang besar' di sebuah jabatan kerajaan. Dia yang sudah memiliki 3 buah rumah itu hidup keseorangan dengan ditemani seekor kucing Parsi.
Kawan kepada kawan saya pula bercita-cita mahu menjadi cikgu. Sejak di bangku sekolah dia menanam cita-cita tersebut walaupun dalam kelas dapat nombor hampir hujung dan suka berkelahi. Ketika saya tidak tahu apa itu universiti, dia sudah bercita-cita masuk U. Setahu saya sampai kini dia masih mengajar beruk bagaimana nak memetik kelapa.
Ironinya, ramai kawan-kawan saya tidak menjadi seperti yang mereka mahukan. Mungkin ada di antara pembaca blog ini juga begitu. Jangan tidak mengaku, tidak guna berasa malu. Hakikatnya kita dan tuhan tahun. Kita tidak menjadi apa yang kita mahukan.
Kita juga boleh lihat ramai juga mahu menjadi penyanyi dan masuk program realiti tetapi realitinya mereka tidak boleh menyanyi, he he he. Mereka tidak boleh menerima realiti, he he he.
Kenapa yea? Memanglah kerana banyak faktor. Namun seorang kawan saya beritahu tuhan hanya akan memberi apa yang kita perlu, apa yang kita layak dengan upaya diri kita. Bukannya apa yang kita mahu. Pada mulanya boring juga mendengar jawapannya sebab sama jea dengan jawapan yang saya baca di media. Media selalu mengatakan semuanya ada hikmahnya.
Lama kelamaan kata-kata tersebut meresap juga dari segi logiknya. Kalau saya jadi doktor mungkin tertinggal Majalah Impiana di dalam perut pesakit. Mantibangi pula jika berkahwin mungkin ada berlaku penaniayaan terhadap dirinya atau sesuatu yang buruk berlaku? Contoh, dapat mertua gila kuasa? Suami gila seks?. Dan kawan saya mungkin akan mencabul muridnya apabila jadi guru. Ataupun dia mungkin akan menjadi `guru yahya'?.
Kesimpulannya, kita kena redha dan rasa syukur atas apa yang menjadi (terjadi). Jika kita rasa dunia tidak adil kerana kita tidak menjadi seperti apa yang kita nak, ianya tidak benar. Bernasib malang, ada hikmahnya. Dan `bernasib malang' itu mungkin juga sebenarnya kita bertuah. Kita tidak nampak.
Apa yang kita dapat itu mungkin yang sudah terbaik dan sesuai sangat untuk orang jenis kita... Haaa.
Apa yang kita dapat itu mungkin yang sudah terbaik dan sesuai sangat untuk orang jenis kita... Haaa.
Jan: Terima kasih tuhan...
2 comments:
Saya dikelilingi rakan2 yang berjaya. Jika diukur bedanya hampir seperti bumi dan langit pertama (langit ketujuh over sangat).
Saya mengerti itu kerja Tuhan.
Saya terima itu.
Terima kasih tuhan. Aku mendapat apa yang selayaknya.
benar lah tu sir, Allah turunkan ujian kat kita ikut atas keupayaan kita dalam menerimanya... tiada yang lebih indah melainkan apabila kita benar2 bersyukur dengan nikmat kurnianya, syukur yang bukan sekadar di lafaz di bibir tetapi jauh di sudut hati, baru kita akan menikmati keindahan itu.
Post a Comment