Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 21, 2016

WLB: Kita silap

"Kadang-kadang kita membuat pembayaran yang salah..."

Saya dapati pergi bercuti bersama keluarga sudah menjadi gaya hidup bagi sekelompok rakyat kita. Mereka bertungkus lumus mengumpul duit dan bekerja sepanjang tahun. Dan bila dapat duit mereka sekeluarga pergi bercuti. Jadikan percutian sebagai jadual tahunan. Mereka panggil sebagai `Work life balance'.

Kalau tengok sekali imbas, memanglah tidak ada cacat celanya. bercuti bersama keluarga dapat megeratkan hubungan ahli keluarga...

Tetapi semasa proses mengumpul duit itu adakah kita telah mengabaikan ahli keluarga kita? Adakah suami abaikan isteri? Adakah isteri abaikan suami? Adakah suami isteri abaikan anak-anak?

Kalau tengok sekali imbas, memanglah tidak ada cacat celanya. bercuti bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga...Tetapi adakah masa percutian tersebut berbaloi dengan masa yang sepatutnya memberi perhatian kepada keluarga kita berikan kepada kerjaya kita?

"Tetapi bercuti bersama keluarga penting, nanti anak-anak kata kita tak sayang ke mereka pula Man..." kata kawan saya.

"Saya rasa kalau itu yang awak fikirkan sebagai elemen kasih sayang, saya awak didik anak awak dengan cara yang salah..." Nak jea saya cakap begitu.

Saya harap kawan saya itu baca posting ini. He he he.


Image result for wrong family vacation
Kata nak bercuti!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home