Apabila timbalan dekan memberitahu untuk ber`maketing' di Megamoll Kuantan, saya terima tanpa banyak soal. Bukannya saya tidak sibuk tetapi saya mahu menyumbang kepada tempat kerja di mana saya bekerja. Lagipun nak sumbang buat `paper', tiga tahun sekali baru siap satu `paper', he he he.
Along |
Ketika saya sibuk ber`makerting' datang Along sekoyang-koyang mahu berselfie dengan saya. Saya seolah seleberiti... Saya tergaman. Habis berselfie Along terus berlalu sebab nampak saya sibuk... Along rakan sekerja saya di tempat majikan lama.
Kawan lama kita kena hargai sebab mereka setia bersama kita, terima buruk baik kita seadanya. Mereka kenal kita. Masa berlalu...kawan kita mungkin ada yang berubah,samalah seperti kita. Namun kita tetap doakan kawan kita sentiasa bahagia dan sihat.
Adnan sahabat saya juga datang. Kami bergambar bersama. Saya terpaksa mengepiskan perut dan tahan nafas sebab badan Adnan ok. Dia selalu ber`treadmill'. Adanan juga sebenarnya rakan sekerja saya di Kolej Shahputra dulu.
Saya juga jumpa Wani dan Ma Pekan |
Saya sangat suka jumpa kawan lama. Saya harap saya ada masa untuk sambut hari jadi saya yang ke 46 dengan kawan-kawan saya ini. Namun tentu payah sebab kami sibuk benar. Entah apa yang kami kejar, he he he.
Juga Azniza dan Wawa |
Saya dapat roti dari Wawa, jadi saya dapatlah makan...
No comments:
Post a Comment