"Belajar rajin-rajin, jadi doktor atau eginear. Nanti hidup senang..."
Saya membesar dalam alam di mana ayat di atas berkuasa. Rata-rata begitulah yang ada di kepala ibubapa. Zaman sekarang pun ada juga saya jumpa bila saya buat marketing, he he he.
Banyak sungguh salahnya pada ayat di atas. Terlalu banyak.
Sepatutnya kenal potensi anak dan minat mereka. Kerja kita beri galakan dan pendapat. Kalau anak suka masak. Galakan dia memasak.
Dan saya juga terasa banyak buat salah, he he he. Contohnya apabila ingatkan bekerja sebagai pensyarah akan membuatkan kita jadi cerdik. Banyak juga kawan saya yang bodoh...(he he he).
Kembali kepada tajuk post.
Hidup zaman ini sebenarnya payah kita nak bagi nasihat sebab zaman telah berubah. Baiklah kita cakap kita beri informasi macam Kak Doli beritahu. Bukan nasihat.
Ya lah... Dulu seorang kawan saya beritahu kalau saya tak berjaya masuk unuversiti adalah kerana saya dari tingkatan satu lagi suka mengikuti bidang hiburan. Saya suka sangat lagu dan lakonan (lakonan slot drama minggu ini di RTM, drama sekarang majoriti hampeh!). saya suka hafal lirik lagu berbanding dengan jadual nama bahan kimia yang berkala tu...he he he.
Saya nasihatkan awak jangan cari bini yang bekerja. Sepatutnya jangan kata begitu sebab ada bini yang bekerja tapi tak abai rumahtangga.
Saya nasihatkan petang-petang duduk rumah baca buku, itu waktu terbaik. Sedangkan petang-petang dia orang nak main bola.
Awak kena jimat. Sedangkan tu jealah duit dia ada...
Saya rasa awak kena cek handpon suami awak, kot-kot dia ada hubungan sulit. Sedangkan laki kata laaaa yang mengeyam.
Awak kena berjimat. Sedangkan bagaimana ekonomi nak berkembang jika orang pakat berjimat...
Kesimpulannya kadang tak semudah itu kita nak beri nasihat...
Haaa... |
Haaa...pulak |
No comments:
Post a Comment