Saya belek-belek cincin dan gelang emas tersebut. Cincin dan gelang emas itu fesen lama. Berliannya berlian bermutu tinggi tidak ada satu pun `tahi lalat' di berlian itu. Saya kira-kira adalah semahal lebih RM30K koleksi itu...
Beruntung dia sebab itu adalah hadiah daripada ibu mertuanya!. Baik sungguh ibu mertuanya berikan salah satu koleksi lamanya kepada menantunya. Tentu ibu mertua kawan saya itu sangat sayangkan kawan saya yang cantik macam Che Ta dan berpelajaran tinggi tersebut.
Che Ta |
Malah ibu mertuanya selalu pesan kepada anak lelakinya itu supaya `jaga molek Zaharah ni...". Saya letak nama zaharah sebab sekarang jarang orang guna nama-nama lama. Sekarang ni ramai perempuan guna nama moden yang cantik manis sebutannya (tapi muka indah cover dari isi majalah).
Berbalik kepada kawan saya tersebut, memang dia beruntung. Walaupun dapat suami muka macam pecah rumah tapi dapat ibu mertua yang baik, kaya dan menyebelahi dirinya 100%. malah kawan saya itu beritahu dia selalu `manipulasikan' ibu mertuanya jika mahu sesuatu yang dia hendak dituruti oleh suaminya...
Emm...
No comments:
Post a Comment