Tahun lepas 3,000 kes buli terjadi di negara kita. Saya tidak terkejut sebab banyak kali saya lihat banyak perkara dalam masyarakat kita sudah menjadi tidak betul. Mungkinkah kemodenan menipiskan nilai kemanusiaan. tapi tidak pulak di barat kan?
Saya dengar seorang budak gunting lidah. Saya dengar berita ini daripada TV3. Selepas teruk membongkar kes korupsi Lim Guang Eng, TV3 memaparkan kes buli ini.
Saya lebih tertarik kepada kes gunting lidah ini walaupun saya tidak hairan. Saya yakin jika beginilah cara masyarakat kita hidup, tak lama lagi bukan lidah sahaja yang digunting. Akan ada pembunuhan di dalam bilik darjah atau di bahagian lain sekolah.
Siapa berani kata sekolah adalah tempat selamat?
Salah satu faktornya adalah kita sendiri. Faktor keluarga yang tidak mendidik anak-anak, abaikan penerapan nilai manusia. Apabila emak bapak utamakan kerja. Beginilah jadi kelam kabutnya masyarakat kita. Janganlah kita asyik mencari alasan kenapa mereka perlu kerja. Kerana barang naik la dan macam-macam lagi. Kalau setiap persoalan dijawap dengan begitu, kita akan duduk takluk tu jealah. Dan masyarakat kita jadi haru biru...
Jangan berterusan salahkan guru, kerajaan, pembangkang, NGO atau Zoo Negara. Memang orang kita begitulah lagaknya....He he he.
Jawapannya kita kena baiki sistem hidup bermasyarakat. ianya bermula dengan diri kita sendiri. Bermula dari rumah...kalau anak macam kera kita lepaskan ke sekolah, keralah yang sampai ke sekolah...
Satu renungan untuk ibubapa...
No comments:
Post a Comment