Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 4, 2016

Saya berjauh hati...

Minggu lepas saya sangat berjauh hati dengan sikap seseorang. Seseorang yang saya tidak kenal dan  tidak tahu namanya. Saya rasa terpukul, terkilan dan rasa terhina. saya rasa dunia nini bukan lagi milik saya.

Saya tak nafi umur saya sudah 46 tahun tetapi berpada-padalah...

Ceritanya begini. Saya ada banyak kerja nak dibereskan maka saya tidak sempat makan tengahari. Duduk berkurung dalam bilik siapkan kerja sampai lewat petang. Kalau siap separuh, legalah saya nanti. 

Dan bila petang saya rasa sangat lapar. saya kepingin nak makan segera. Maksudnya ala balik daripada kerja nanti saya akan terus ke bandar beli burger.

Selepas bersusah payah saya parking kereta, saya menuju ke gerai burger yang letaknya beberapa meter sahaja daripada kereta saya. Katanya di sinilah burger paling best sekali. Namun yang penting saya nak cepat, saya lapar.

Bila saja saya sampai pemuda itu berkata "Pak cik nak burger apa?

Bila saya dengar pertanyaan pemuda jual burger tersebut terus saya rasa seolah dunia ini sudah bukan milik saya. Saya rasa terkilan dan terpukul. Saya jadi sakit hati. saya tidak menjawab tapi saya renung muka dia, lalu saya berpusing dan terus menuju ke kereta saya tanpa saya menoleh ke belakang.

Saya mahu pemuda jual burger tu berfikir apa salah dia!.

Lalu saya terus ke seven eleven beli roti...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home