Minggu lepas saya berkesempatan bercakap dengan salah seorang jiran saya. Dia ada tanya saya adakah saya ini pensyarah dalam bidang pertanian. Saya jawab tidak.
Dia sangka saya pensyarah dalam bidang pertanian sebab katanya pokok-pokok yang saya tanam sangat subur.
Ini pertama kali kami bercakap lama sikit. Kami hanya dirintangi pagar. Suaminya merupakan seorang pilot dan selalu tak ada di rumah. Kalau tidak silap saya, saya hanya sekali berjumpa dengan suaminya lima tahun lepas...
Kami tidak bercakap panjang, hanya di tepi pagar sahaja. Saya juga jenis pemalu dan tak pandai sangat dalam berbual.
Selepas bercakap saya terus ke pokok keladi saya. Ya memang subur menghijau.
No comments:
Post a Comment