Hutang isirumah merujuk kepada jumlah hutang terkumpul yang dilakukan oleh seisi rumah domestik yang biasanya merangkumi hutang pembelian rumah, hutang kenderaan, pinjaman peribadi, hutang pembelian saham (contohnya pinjaman ASB), kad kredit, pinjaman pendidikan dan juga lain-lain hutang yang biasa dilakukan oleh isi rumah.
Dan pada dunia akhir zaman ini, pada satu kehidupan moden dan maju ini...hutang adalah keperluan. Isirumah memang berhutang untuk kelangsungan hidup.
Cuma adakah dengan jumlah hutang isirumah yang tinggi menunjukan kebajikan masyarakat atau negara terjejas. Sebenarnya sejauhmanakah hutang isirumah ini menunjukan suatu masalah yang kritikal? Adakah isirumah di negara yang rendah hutang isirumahnya mempunyai kehidupan yang lebih baik?
Tidak berhutang akan menyebabkan kita hidup pada tahap tertentu (tahap yang biasanya kita tidak mahu), dan kita cuba dapatkan apa yang kita mahu dengan berhutang (capai tahap yang kita kehendaki). Adakah ia suatu yang memudaratkan jika ia masih dalam kawalan?.
Hutang isirumah negara Malaysia lebih 80% dan bagi negara Indonesia tak sampai 20%...
No comments:
Post a Comment