Sehingga ke hari ini masih sukar untuk saya akui yang saya dikalahkan oleh duit. Punca perpisahan saya adalah kerana saya hanya seorang lelaki handsum yang tidak berduit.
Apa lagi faktornya kalau bukan sebab duit? Kerana dari segi lain saya seorang lelaki yang ada rupa (walaupun tak banyak, he he he), dan saya budiman, lelaki yang sangat setia.
Saya jatuh dengan hebatnya. Jika tidak fikir pasal keluarga, mungkin saya sudah tidak ada di dunia ini. Saya hidup bermaya tapi tak bernyawa.
Kesakitan itu membuat saya tidak menjalinkan hubungan dengan benda bernyawa bimbang pisang akan berbuah lapan kali. Dan saya selalu berdoa saya tidak akan jatuh hati lagi kerana kalau jatuh hati akan membawa risiko saya akan merana. Sedih terkilan yang saya rasa ini pun tidak hilang lagi. Masih melekap kejap. Huh!
Namun saya tetap yakin, cinta saya adalah jiwa saya...tidak akan ada orang yang dapat membelinya...
Walaupun letak bank negara atas tapak tangan saya, saya tetap memilih cinta...
No comments:
Post a Comment