Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 3, 2016

Drama Melayu lewat petang...

Lewat petang semalam, dalam keadaan separuh bogel (kena cerita ke?) saya ke dapur. Buat air nescafe (kena cerita ke?) dan menuju ke ruang tamu yang dekat sahaja dengan dapur (kena cerita ke?). Saya rebahkan diri di sofa L (kena cerita ke) dan capai remok untuk tengok berita TV3 di LED saya (kena cerita ke?).

Bila buka televisyen cerita drama Melayu belum habis lagi. Saya kena lihat juga sebab masih ada 10 minit lagi menuju berita. Dalam 10 minit itu saya melihat dengan penuh bebelan...

Saya sudah berumur 46 tahun, banyak yang berubah di kiri kanan saya kecuali cerita Melayu. Saya bukan nak hina cerita Melayu sebab ada cerita yang okey (terutama bila Nabila anak Amy Search berlakon) tetapi saya memang menyampah dengan watak-watak yang tidak hidup dan skrip yang sangat lemah.

Saya tertanya-tanya dalam hati mengapa ianya berterusan...dan saya fikir mungkin antara faktornya masyarakat kita juga tidak berubah... Dengan cerita sebegitu poyo dan bodoh pun ratingnya berjuta-juta...

Cerita dari banyak segi sangat streotype (betul ke ejaan ni?). Cerita sangat mudah diramal sekadar nak raih untung. Jalan ceritanya sambil berak pun kita boleh bikin.

Lemah dari segala segi termasuk dialog, make up dan makanan bertimbun atas meja tapi yang makannya tiga orang.

Bahagian yang paling jelek sekali ialah dialog...

" Abang baru balik kerja ke?"

Pelakonnya pula saya tengok semakin cantik semakin tak boleh berlakon. Keras macam tiang elektrik, setakat bulatkan mata dan tinggikan suara sahaja. Gagal menjiwai watak dengan cemerlang. malah tergedek-gedek jea..

Huh! malas saya nak hurai...



Saya suka lakonan Nabila Huda...

3 comments:

Unknown said...

nak share ni boleh dok mang ?

ForestOrchid said...

Maaf drama melayu memang aku tak minat tengok. Adengan teriak melalak itu perkara wajib dlm drama melayu. Teramat menyampah dan meluat. Hemm buang masa aku nak tengok. Baik aku buat cerpen������

Jankaulu said...

Silakan Khairull


he he he betul Haini

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home