Saya beritahu rakan sekerja saya "Kalau kita terdengar lagu cinta syahdu dan kita teringatkan seseorang maka dengan `seseorang' itulah sepatutnya kita hidup"
"Sebabnya orang itulah yang melekat di hati nurani kita... Sepatutnya berada dengan diri kita, melalui kehidupan bersama sehingga tua, sehingga monoupose atau anderpose..." Ujar saya lagi sambil tangan saya ligat menpostostape nota.
Saya tetap teringatkan seseorang yang sama walaupun sudah 10 tahun berlalu. sungguh setia rupanya saya. Payah nak cari lelaki sebegini. Tepuk untuk diri sendiri (saya la yang kena tepuk tu, he he he).
Bila mendengar lagu cinta, saya akan terus jadi pemuda yang berumur 17 tahun...he he he. Saya ingat kisah manis dan kisah luka yang saya lalui. Semakin tahun berlalu semakin saya mengerti yang dialah untuk saya miliki, walaupun kini haya dalam hati.
"Siapa yang awak ingat bila awak dengar lagu cinta syahdu?"Tanya saya lagi kepada rakan perempuan saya yang sudah beranak empat tersebut.
"Payah sikit Man nak beritahu" Jawap rakan saya tersebut...
Saya tahu sebab apa ia menjadi kepayahan bagi rakan perempuan tersebut untuk memberitahu saya... jadi saya diam sahaja...
Seminggu kemudian barulah rakan saya beritahu. Dan saya sebenarnya sudah tahu siapa yang dia ingat. Yang pastinya bukan suaminya...
Kita akan dapat hidup dengan orang yang kita cintai... tetapi hati hanya akan memilih untuk hidup dengan orang yang dia cintai...
No comments:
Post a Comment