Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 15, 2016

Kedudukan perkahwinan dalam Islam

Semalam semasa berbual di kedai makan, kawan saya ada melahirkan kekhuatiran beliau mengenai `pertanyaan wajib' pada hari raya. Dia beritahu ramai orang akan bertanya mengenai status bujangnya, he he he.

Sebenarnya saya juga ada memikirkannya...sebab saya bujang. Setiap kali hari raya saya dimalukan depan orang ramai. Adegan wajib. Pernah sehingga mereka mengatakan saya harus guna kemaluan saya, jangan sampai berlumut atau berkarat. Saya rasa orang yang tak bertamadun sahaja boleh bercakap begitu depan orang ramai. Sebulan dia berpuasa, tiba hari raya dia jadi syaitan. Tapi saya dah bertekad dalam hati. Tahun ini sapa-sapa yang tanya soalan itu saya akan buat dia menyesal, wahima tok iman sekalipun!.

Kembali kepada cerita kawan saya. Kawan saya sudah berumur 38 tahun, saya telah mengenalinya selama 10 tahun ketika saya berhijrah ke Pahang. Orangnya tak ada cacat cela pada pandangan saya. Baik budi perketi, pembersih dan berfikiran terbuka. Dari segi rupa paras, boleh dikatogerikan ada rupa. Alah... kawan saya ada yang muka macam mangkuk pun ada berkahwin dan beranak pinak, anak-anak dia muka macam sudu dan garpu...he he he (ni kes marah sebab dia kata batang saya berkarat! Asrarafirullah nak azim, ampun...).


WAJIB
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Di sini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar (mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepada bakal isterinya. Nafkah ini bukan bermaksud seks dan ringgit sahaja tetapi juga dalam bentuk lain seperti berdaya melindungi isteri.

Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

SUNAT

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

HARUS
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

MAKRUH
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat

HARAM
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.




Abag Jan: No komen...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home