Hilang sabar bermaksud hilang keseimbangan diri... Tidak kira seternama atau sesuperpower mana pun seseorang individu, bila mereka hilang sabar, mereka akan hilang keseimbangan diri.
Tidak senang untuk kita bersabar. Ianya hanya senang disebut atau dipost di FB. Untuk sabar ianya memerlukan kekuatan, ketabahan dan kecerdikan. Namun betapa payahnya kita untuk bersabar, kita tidak dapat nafikan sabar adalah penting kerana ianya ubat kepada ketegangan dan tekanan dalam kehidupan.
Saya hampir dilanggar kereta di bandar Kuantan kerana kereta tersebut tidak berhenti di simpang. Kereta mewah itu terus sahaja membelok. Pada masa ini hati saya panas namun saya tetap sabar. Saya tidak mencarut atau menyebut nama `babi' dan sebagainya.
Melalui usia kesabaran saya semakin bertambah. Saya suka perkara ini terjadi... Tidaklah menjadi tua itu semuanya akan menjadi lebih buruk. Memang uban dan kedutan saya semakin bertambah tetapi saya sudah semakin dapat mengawal kesabaran.
Kesabaran kita sebenarnya teruji apabila kita berhadapan dengan orang ramai di sekeliling kita. Tidak mengira apa jua tugas kita, tentu ia menerima cabaran yang memerlukan kita banyak bersabar.
Sekarang dunia semakin berubah, manusia laju sahaja mengubah nilai dan etika dalam kehidupan. Tentulah menerima sesuatu yang baru juga mencabar minda kita kerana kita sudah sebati dengan konsep lama...
Bila saya dengar lagu tidak sedap di radio. Cerita politik yang bersegi atau makan makanan yang tak sedap di gerai...saya tetap bersabar.
Sebabnya, lagu di radio tidak sedap sebab bukan semua lagu lahir kerana seni tetapi kerana wang. Dunia politik semakin berduri kerana masyarakat semakin individualistik dan manterial. Dan tentulah masakan mak cik kantin tidak berapa sedap sebab ianya dimasak bukan berdasarkan kasih sayang tetapi untuk objektif perniagaan semata-mata.
Saya juga kena bersabar dengan sikap ASTRO sebab bayar RM80 lebih tapi siaran entah apa-apa... Kadang-kadang saya rasa nak buka stesyen siaran sendiri. namun tentulah orang lain pula akan kena bersabar kerana dipenuhi cerita koboi dan lagu-lagu Kak pah 24 jam. He he he.
Memang senang untuk kita mengucapkan sabar kepada orang lain, namun bila kena atas batang hidung sendiri, kita kadangkala tidak berdaya juga...
Apa-apa pun saya percaya banyak perkara yang berlaku pada hari ini akan lebih positif dan bermakna jika sebelumnya masyarakat meletak sabar ke tempat teratas dalam hidup...
Dan kepada pihak yang tertentu juga, janganlah pula mengambil kesempatan atas kesabaran orang lain...
Sekian...semoga sabar dalam membaca posting ini.
No comments:
Post a Comment