Oleh sebab saya tidak berkahwin, maka saya tiada ibu mertua. Kalau saya ada ibu mertua tentu dia akan berasa hati sebab tentulah saya lebih sayang kepada ibu kandung saya. He he he...
Ini kisah ibu mertua kawan saya yang suka membandingkan anak menantu. Kawan saya Kumari (bukan nama sebenar dan juga bukan berbangsa India) bukan saja tak lawa berbanding dengan menantu-menantu yang lain tetapi juga tidak tinggi pelajarannya. Cuma yang ada budi bahasa (yang ibu mertanya tak pandang pun...)
Kumari selalu wasap saya dan beritahu dia kena marah dek ibu mertuanya. serba dia buat tak kena di mata mertuanya. Secara berseloroh saya kata lawanlah balik. Kumari beritahu dia sayangkan suaminya sebab itu dia tak lawan dan bertabah hati. Kumari harap ibu mertuanya itu cepat mati... (saya harap Kumari berseloroh sahaja).
Seorang kawan saya Azman (juga nama samaran, sengaja bubuh nama yang ada `Man', sebab kebanyakan orang bernama `Man' baik hati) pula rimas bila ibu mertuanya datang. Katanya ibu mertuanya selalu nak tahu hal dia. Siap sindir lagi dan `ajar' dia bagaimana jadi suami yang baik. Saya berseloroh supaya Azman pula beritahu mertuanya `Cara jadi ibu mertua yang baik'. He he he.
Saya rasa kita boleh pilih siapa pasangan kita tapi tidak ibu mertua kita...
No comments:
Post a Comment