Saya berkesempatan hidup di dunia yang zamannya amat berinteraksi/terdedah kepada media sosial. Berita tidak lagi didapati di akhbar, Teleysion atau radio.
Baguslah sebab cepat berita yang sampai kepada kita, cepatlah kita buat pedoman dan penyesuaian terhadap diri kita. Dan cepat pula kita membuat kesimpulan. Ini positifnya.
Namun bukan semua berita ada nilai. Ada yang tidak benar sama sekali, Malah kalau dalam bidang politik dan. Hari-hari ada berita yang disensasikan.
Masyarakat semakin pelik. Mereka mahu orang ramai ikut dan patutuh kepada pendangannya. Perkara atau pandangan di luar pandangannya semua tidak betul...
Bila yang sudah tidak betul menjadi majoriti, dunia kena bermula semulalah...he he he.
Janganlah terperangkap dengan permainan dan agenda tersirat segelintir kelompok yang menjadikan media sebagai alat tunggangnan. Mereka menabur fitnah dan menanam kebencian demi kepentingan sesuatu kelompok.
Ada berita tidak benar sama sekali. Ada berita dipesongkan.
Namun manusia memang suka tertarik kepada sesuatu yang negatif...
No comments:
Post a Comment