Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Ya sudahlah - Bondan Prakoso & Fade 2 Black




ketika mimpimu yang begitu indah
tak pernah terwujud ya sudahlah
saat kau berlari mengejar anganmu
dan tak pernah sampai ya sudahlah

apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
janganlah kau bersedih
cause everythings gonna be ok

satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa cita-cita dan harapan

kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu jalan selalu ada

juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi bersamaku hingga akhir datang

saat kau berharap keramahan cinta
tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

[chorus]

apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
janganlah kau bersedih
cause everythings gonna be ok

satu kan langkah langkah yang beriring
genggam hati rangkul emosi
genggamlah hatiku satukan langkah kita
sama rasa tanpa pamrih
ini cinta across the sea
peluklah diriku terbang bersamaku
melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau.. ini cinta kita
cukup satu waktu yes untuk satu cinta

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
bahagia hingga ujung waktu

[chorus]
apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
janganlah kau bersedih
cause everythings gonna be ok

apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
janganlah kau bersedih
cause everythings gonna be ok

apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
janganlah kau bersedih
cause everythings gonna be ok


Jan: ...everythings gonna be okey...?

Tuesday, October 30, 2012

Budak-budak memang begitu...



"Kadang-kadang saya rasa tidak daya sangat nak ajar anak saya jangan jadi nakal sangat" Kata kawan saya melalui smsnya. Dia kemudiannya menelefon saya. Mungkin lebih sedap berbual berbanding dengan sms.

Ketika itu saya sedang tengok HBO..., sementara menunggu daging yang saya rebus empuk. 

" Kita kenalah faham psikologi anak, jinak anak bukannya senang" Kata saya selamba seolah sudah ada anak lapan. He he he. Saya bukan apa, saja buat-buat pandai agar dia tidak putus asa.

Dia beritahu anaknya suka panjat meja, makan tahi cicak dan berjaga malam. Katanya anaknya tidak dengar kata walaupun sudah banyak kali diberi amaran dengan hanger. Anaknya baru berumur dua tahun setengah.

"Laaa kan anak masih kecil, mana ada akal. Kalau `hanger'kan dia tentu dia sakit sahaja. Nanti dia buat balik. Awak sabarlah, awak kena selalu ulang cakap, kena ugut secara lembut dalam sabar, kena guna tangan pukul selow jea kat punggung dengan sabar..." Saya seolah pakar kesabaran bagi kanak-kanak. Sedangkan anak jiran bising pun saya rasa nak masuk kan jea dalam tong sampah.

Saya tambah air ke dalam kuali. Biar daging lembu empuk sikit. Ayah saya pesan kalau nak empuk kena rebus dulu baru goreng. Memang saya hiris nipis-nipis daging tersebut sebab saya nak buat mee hun goreng. Saya dah masukan air panas dalam bekas mee hung, saya sudah sejatkan dia. Mee hun goreng sedap kalau letak daging. kemudiannya saya capai kembali balik telefon bimbit dan berbual semula. 

" Emak saya kata baca `ya latif'' sebanyak tiga 7 kali dan hembus ke ubum-ubum kepala budak tu. Kalau nak hembus kat ubum kepala suami kena 7 juta kali, he he he". Saya buat lawak kepada kawan saya.  Tetapi kemudiannya saya rasa tidak patut buat lawak sebab kawan saya dalam ketensionan. Sambil itu saya ke peti ais dan ambik botol kicap. Laaa dah habis kicapnya... Macam mana nak buat mee hun?

Sebenarnya saya akui yang membentuk anak adalah suatu pekerjaan yang mencabar. Jangan pandang ringan pada surirumah sepenuh masa kerana terkadang tidak cukup masa pun. Membesarkan anak tidak sesenang buat anak, ianya suatu pekerjaan yang mencabar jiwa raga. Memang dalam posting saya selalu menulis seolah senang jea nak membentuk anak-anak. Namun apa yang cuba saya tekankan adalah usaha kita itu...juga bukannya senang...

Jan: teringat anak kawan saya merangkak atas meja kemudian bila sampai dekat saya terus pukul kepala saya dengan tukul plastik. Apa dosa saya?

Jankaulucik di PPYIT

Saya pernah menjadi guru. Pernah menampar pelajar, merajuk meninggalkan kelas dan juga pernah menangis sakit hati/sedih atas perbuatan pelajar yang saya sayangi. 

Terima kasih kepada tuhan kerana memberi peluang saya menjadi guru, ia memberi banyak panduan hidup.


Gambar di atas saya sedang memeriksa buku latihan pelajar. Saya suka duduk di atas meja walaupun guru besar sudah beritahu guna kerusi kalau nak duduk. Kalu pelajar buat silap saya akan mengamuk. Saya akan ungkit-ungkit kesalahan mereka dengan beria-ia dengan bertujuan mereka tidak membuat kesalahan yang sama lagi.


Ini di bilik guru. Jadi cikgu saya selalu pakai tali leher, jadi pensyarah saya selalu tidak pakai tali leher. Di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (PPYIT) ini semua cikgu perempuan dan cikgu lelaki menutup aurat mereka.


Ini kawan baik saya Cikgu Syukri, dia sekarang menjadi pensyarah di Kolej Teknologi Bistari. Saya suka berkawan dengan dia sebab dia selalu beri pendapat. Dia juga seperti saya iaitu tidak banyak peraturan hidup dan bebas berfikir.


Gambar di atas kelihatan saya sedang cuba membunuh ketua pelajar sekolah sebab dia lebih handsum dari saya. Nama dia Amram Ismail (sekarang jadi cikgu). Dia ramai peminat di sekolah itu, pandai menyanyi, pandai melagukan al quran, pandai main badminton, bolasepak dan segala mainan tradisional. Saya jadi cemburu!


Gambar di atas saya tutut berbangga bila kelas tingkatan enam yang saya pegang (guru kelas) menang main bola. Sebenarnya sayalah tiap hari beleber dan marahkan pelajar sebab asyik main bola. Saya bimbang mereka tak belajar.


Gambar di atas, saya sedang berposing semasa peperiksaan STPM dijalankan. Berat saya pada masa tersebut hanya 56 kg. Menakjubkan! Macam tak percaya.


Saya menyanyikan 2 buah lagu semasa kem bina semangat yang dianjurkan oleh sekolah di Taman Pertanian Besut. Kem motibasi.


Saya sedang menyanyi di hari guru. Saya cuma menyanyi 3 buah lagu. Saya dapati ramai yang terhibur nak bagai nak pecah perut.



Saya turut serta hadiri majlis perkahwinan keluarga pelajar saya, kelihatan saya handsum dalam gambar ini. Macam Anuar Zain pun ada. (perasan).


Saya bawak pelajar saya berombongan tengok muzium Losong, terbesar di Malaysia. Pada masa ini saya lapar, sebab tu mukan saya macam resah...(alasan).

Menjadi guru adalah antara pengalaman yang terindah...

Jan: Jankaulucik itu bermaksud Jangan Kau Lupa Cikgu...

Monday, October 29, 2012

Raya Haji 2012, pokok gelang tikus dan kentut

Saya semakin seronok dengan aktiviti balik kampung. Seronok kerana dapat menatap raut wajah emak dan ayah. Seronok melihat laut yang membiru, tempat cinta saya pernah jatuh...

Juga seronok dapat jumpa anak-anak saudara. Jumpa adik beradik juga seronok tetapi tentulah tidak seseronok jumpa emak, ayah, dan anak-anak saudara sebab kepada mereka kita akan jadi `concentrated focus'. Adik beradik biasanya lebih sibuk dengan memarahi/menjinak/memberi tumpuan kepada anak-anak mereka, dan juga sibuk melayan pasangan masing-masing, dengan seriusnya.

Raya Haji ini cuma saya dan kakak sahaja berkesempatan balik ke Besut. Adik perempuan saya yang berada di Ulu Yam, Selangor tidak dapat balik beraya. Dan sebenarnya tahun ini giliran kakak saya beraya di rumah emak dan ayah mertuanya di Kelantan jadi beliau hanya singgah semalaman dan keesokan harinya balik ke kampung halaman suami bersama anak-anaknya. Dipercayai rutin penggiliran ini berjalan sampai mati...

Maka pada pagi hari raya hanya ada kami bertiga, iaitu emak, ayah dan saya. Dan suasana tidaklah meriah pada pagi raya. Saya juga bangun lewat. Oh yea, saya ditemani anak saudara saya Najib. Sebaik sahaja saya jijak kaki ke kampung, saya terus mencari beliau. Beliau juga adalah merangkap kawan saya yang sekepala (sependapat). Dalam banyak hal, kami sekepala.

Saya juga bertambah seronok kerana akhirnya saya mendapat sebuah bilik khas untuk saya. Bilik saya sendiri. Dan bertambah seronok ada bilik air (bilik mandi) baru, bersebelahan bilik saya. Walaupun ianya masih tidak dimozek dan dicat, ia memenuhi keperluan asas yang sepatutnya ada pada sebuah bilik air iaitu mandi, mengelamun, berak dan kencing.

Saya hendak bercerita, walaupun di kampung hanya ada emak dan ayah tetapi keadaan rumah ya allah, sangat bersepah. Walaubagaimanapun, emak dan ayah saya nampak selesa walaupun rumah berkubang, he he he. Dulu emak saya rajin juga mengemas rumah tetapi kini mungkin emak sudah malas dan tidak larat. Kalau rumah terlalu bersepah, emak akan upah orang kampung untuk mengemas.

Saya pula rutinnya sama. Setibanya di rumah terus menjalankan upacara mengemas. Pada cuti raya itu, saya beritahu emak, saya mahu buang botol-botol kosong Mona V yang berderet atas almari kayu. Namun emak saya beritahu ayah saya tidak kasi buang. Saya kecewa lantas saya spontan membuang cawan-cawan dan gelas-gelas lama tanpa pengetahuan emak. Cawan dan gelas lama tersebut tidak bermutu, maksud saya gelas/cawan yang dapat daripada membeli sabun atau colgate.

Saya mahu nampak lapang dan minimalis. Manalah tahu kalau ada tetamu datang beraya. Semuanya saya lakukan seorang diri apabila kakak saya balik ke rumah mertuanya. Saya tidak ada abang, saya cuma ada seorang adik lelaki. Saya jarang menulis hal beliau kerana setelah dia berkahwin lagi, hubungan kami tidak semesra dulu. Saya juga tidak menyukai isterinya. Saya ada sebab yang kukuh.

Kakak saya perangainya jauh berbeza berbanding saya. Kakak saya serius dan matang, saya sebaliknya. bagi kakak saya, semuanya kena ada disiplin. Hidup mesti teratur. Saya selalu melihat bagaimana kakak saya mendisiplinkan/menjinak anak-anak saudara saya. Kakak saya dan abang ipar saya sangat sabar. Mereka ada dua anak lelaki yang nakal. Kalau saya kahwin tentu setiap hari saya menampar anak-anak saya. Tetapi budak-budak memang begitukah?

Mungkinkah anak-anak lelaki memang begitu? Jawapannya tidak! Mak saya beritahu sangat senang memelihara saya, daripada kecil saya sedia maklum baik, senyap dan santun. Ibarat emas sepuluh yang ditempa. Saya tidak tahu maksud bidalan tersebut tetapi tentulah sesuatu yang positif. Dalam dunia ini emak sayalah yang paling sayang kat saya. Nasib baik syurga tidak di bawah kaki bini. He he he.

Emak saya kata semasa kecil saya selalu diletakan di dalam kandang (tempat bayi yang dibuat macam kotak berpagar). Saya senyap sahaja, apabila diberi pisang saya makan, selain pisang saya selalu diberi makan biskut Merri.

Saya berhenti bercerita pasal diri saya, saya mahu bercerita pasal hari raya. Setiap kali saya balik kampung pasti berguni-guni barang-barang rumah yang saya buang. Saya masukan ke adalam plastik hitam yang besar dan bermutu (bukan yang nipis siok). Anehnya barang-barang di rumah saya kat kampung tidak pula pernah luak. Adakah emak dan ayah saya pakai `magic'? atau ilmu hitam/putih?. Walau banyak mana barang yang saya buang, bila saya kembali semula ke kampung rumah tetap penuh dengan barang-barang!. Haaa...

Saya juga telah membeli 30 pokok gelang tikus/merah untuk ditanam di rumah saya di Indera Sempurna. Pokok Brazillion Ironwood saya sudah 3 pohon mati. Kawasan tersebut tanahnya lembap. Maka saya rasa pokok gelang adalah yang terbaik. Pokok gelang tahan lasak pokoknya. Setakat ini saya sudah rugi RM600 pasal pokok Brazillian Ironwood tersebut. Tak ada rezeki.

Balik ke kampung, saya juga berpeluang pergi ke `supermarket' baru di Kuala Besut. Saya ke sana bersama emak, Kak Mah (jiran saya), dan anak saudara saya Najib. Di `supermarket' itu saya telah melakukan satu perbuatan `ekstrem. Ceritanya begini. Emak saya membeli sebuah periuk elektrik yang besar kerana katanya senang bila keluarga berkumpul, senang nak masak nasi banyak sekaligus. Lalu emak saya menyuruh saya pergi menge`test' periuk tersebut di kaunter meng`test' alatan elektrik. Sedang saya asyik menunggu pekerja mencuba periuk tersebut, suatu kejadian melampau berlaku. He he he. Saya terlepas kentut di hadapan pekerja, dan anak saudara saya yang berada di sebelah saya. Saya terus men`cover line' dengan `membuat muka'. Saya menjeling anak saudara saya seolah-oleh dia yang kentut. 

Anak saudara saya terkejut dengan bunyi kentut saya, dia tercenggang melihat gelagat saya tadi. Dia ketawa tetapi tidak mengeluarkan bunyi kerana terpana dan gelihati. Dia terus melarikan diri ke tempat simpanan barang di mana mak saya sedang menunggu kami.

Di hadapan kaunter saya buat `rude rhino' (selamba badak) sahaja, seolah tiada apa yang berlaku. Pekerja itu seperti tidak perasan akan kejadian ekstrem tadi. Tetapi mustahil dia tidak menyedarinya kerana jarak antara kami dalam lima kaki sahaja. Kemungkinan dia tahu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya pelanggannya, bak kata orang putih 'customers always right' (walaupun `customers' kentut sehingga menggegarkan troli dan kaunter berdekatan). Itu adalah perkara yang tidak dapat dilakukan oleh pensyarah di Malaysia, malahan pensyarah di seantero dunia ini. Itulah keistimewaan dunia spontan saya ini.

Jan: bersambung... nanti saya sambung lagi. Love you all...

Tuesday, October 23, 2012

Simpulan bahasa dua perkataan

Hari ini saya mahu perkenalkan beberapa simpulan bahasa yang merujuk kepada perkataan `anak'. Simpulan bahasa yang saya pilih adalah daripada dua jenis perkataan. Contohnya, `anak angkat'. Makna `anak angkat' bukanlah bermakna kita angkat anak jiran kita dan masukannya ke dalam tong sampah (sebab pecahkan pasu kita), tetapi ia merujuk kepada anak peliharaan, perilaku sesebuah keluarga memelihara anak orang lain.

Kita lihat `simpulan bahasa anak' ini, antaranya:

Anak Adam
Merujuk kepada umat manusia
Jenifer Lopez, Brat Pit dan Ning Baizura juga merupakan anak Adam.

Anak baju
Baju yang dipakai di bahagian dalam, sebelum kita pakai baju.
Ustad Nazri selalu mengingatkan pelajar perempuan supaya memakai anak baju supaya batinnya tidak terganggu semasa mengendalikan kelas al quran. Ustad pun ada nafsu.

Anak buah
Merujuk kepada anak saudara
Jankaulu amat bimbangkan pelajaran anak saudaranya iaitu Najib sebab belajar di sekolah yang tercorot pencapaiannya dalam daerah.

Anak bukit
Merujuk kepada bukit kecil
Setelah putus tunang, hidup Nabila tidak seperti dulu. Dia menjadi pendiam dan selalu merayau di anak bukit yang berada di belakang rumah ibu tirinya. Bila magrib baru Nabila pulang ke rumahnya. Sebenarnya kita tidak boleh sayang sangat kepada manusia. Kita boleh pelihara binatang kesayangan.

Anak dagang
Seseorang yang bukan penduduk asal, ia berasal dari tempat lain.
Walaupun Jankaulu merupakan anak dagang, namun dia diterima ramai oleh orang Muadzam. Beliau pandai membawa diri, mengambil hati orang sehingga tiada sorang pun tahu dia sebenarnya makan hati.

Anak hitam
Anak yang ketujuh
Rosmaria yang pandai jahit baju kurung itu merupakan anak hitam kepada Pak Halim. Sekarang dia sudah janda. Bangla tersebut sudah balik Bangeladesh.


Anak jantan
Merujuk kepada lelaki yang sangat berani
"Kalau awak betul-betul anak jantan, mari kita berlawan" Kata Razman yang sengaja tunjuk berani di depan Cik Mawar yang berkebetulan lalu di situ. Kebetulan juga Cik Mawar pergi beli kelapa parut kerana nak buat pajeri nenas.

Anak jati
Orang yang berasal dari tempat tersebut
"Saya anak jati Kampung Raja" Kata Jankaulu sambil bersalaman dengan Pak Sue Andak. Sambil matanya melilau melihat pinggang mangkuk lama (PML) di dalam almari di ruang tamu. Dia sekarang sedang giat mengumpul PML sebagai program untuk sibukan diri untuk melupakan kisah silam. Hanya allah tahu apa yang terjadi...

Anak kacukan
Anak yang ibubapanya berlainan bangsa.
"Tidak benar la anak kacukan ni pandai bila belajar, tengok Rozmong tu, bodoh jea" Kata Dr Amalis seorang pensyarah kimia dari jabatan sains yang juga merupakan anak kacukan.

Anak kencing
Anak yang lahir tanpa penikahan/anak luar nikah
Tiada siapa yang tahu bilal Maid tu adalah seorang anak kencing. Pak Musa yang jumpa Maid dekat tong sampah ketika bininya yang garang itu menyuruhnya buang sampah yang sudah tiga hari ada di dapur.

Anak patung
Boneka
Rosmah tersenyum simpul apabila dipuji mukanya cantik macam anak patung barbi. Sedangkan seumur hidup dia tidak pernah melihat anak patung tersebut sebab ayahnya selalu beli anak patung yang murah jea. Made in China.

Anak rambut
Rambut halus yang tumbuh di atas dahi tepi rambut kasar
"Kalau pakai tudung pakailah elok-elok, jangan sampai nampak anak rambut. Pakai biar sempurna, kalau tak jangan pakai." Kata Nurjuma kepada Siti Nurhasliza.

Anak syarikat
Syarikat yang dimiliki oleh syarikat yang lebih besar.
Kata kawan saya, beliau bukanlah pekerja TNB kerana UNITEN hanya merupakan anak syarikat kepada TNB.

Anak wayang
Pelakon wayang gambar atau penyanyi
" Kalau nak jadi anak wayang kenalah muka cantik, bukannya muka seposen macam awak" Kata Kamariah kepada Liza yang mahu menjadi anak wayang. Kamariah geli melihat muka Liza yang bertepek-wek dengan jerawat. 

Anak menantu
Isteri atau suami kepada anak-anak sendiri
Puan Rogayah merasa hampa kerana pada hari raya yang lalu semua anak menantunya tidak beri duit raya kepadanya. Sedangkan semua anak menantunya bergaji besar dan kuat melawa.


Perkataan `anak' sebenarnya boleh juga menjadi simpulan bahasa, haaa, contohnya:

Anak
Anak juga merujuk kepada orang
Saya anak Malaysia bermakna saya orang Malaysia.

Sekian sahaja buat kali ini, jika ada yang tersalah di dalam simpulan bahasa ini, harap dapat ditegur agar saya dapat membaikinya.

Jan: `anak bujang'? He he he






Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012


Saya dengan ini secara rasminya mengucapkan selamat menyambut hari raya korban. Hidup ini memang mengenai pengorbanan. Semoga pengorbanan kamu semua mencapai ketinggian darjat di sisiNYA.

Keterangan gambar: Gambar ini diambil pada enam tahun yang lepas semasa saya sedang bekerja di Kolej Shahputra (kini universiti kolej). Pada masa tersebut saya sangat gembira.

Dandanan rambut saya ditaja oleh Mat Pijot iaitu juga seorang rakan daripada Jabatan Peperiksaan Kolej Shahputra. 


Cahayamu cahayaku (1984)




Dulu saya tidak minat sangat lagu ini sebab deman lagu pop Madonna dan Micheal Jackson meletup. Namun lama kelamaan saya sukakannya. Kini saya mendengarkannya bila saya perasan. Saya perasan seolah-olah kehadiran pensyarah baru umpama cahaya yang menerangi hidup saya yang kononnya kegelapan dan keseorangan.

Saya mahu dia pancarkan kasih sayangnya menerangi hidup saya yang kesuraman dek selalu sahaja perasan tidak berlokasi (bertempat). Semoga dengan pencaran kasih tersebut mengerakan suis hati saya, lantas saya  bangun buat PHD!

Dan kadang-kadang bila berselisih rasa berdebar pulak padahal saya ni bukannya ada sakit jantung. Alhamdulilah keluarga saya tiada yang kena sakit jantung, cuma saya yang kadang-kadang sakit hati bila memandang episod silam... 

Rasa rindu entah apa yea. Tak padan dengan dah tua...He he he. Teruk kan?

Lagu ini penting (album ini) sebab ia adalah satu penyesuaian dan cubaan Kak Pah untuk terus berada dalam dunia muzik Malaysia 80an. Yalahkan pada masa tersebut zaman bukan 70an lagi... Lagu ini dicipta oleh Khairil Johari Johar, pencipta lagu `Terbang Helang' yang juga dinyanyikan oleh Kak Pah.

Esok selepas subuh saya akan memandu pulang ke kampung saya di Besut. Sepanjang perjalanan dan menempuh lebuhraya, saya akan pasangkan beberapa buah lagu Kak Pah. 

Sambil memandu saya akan bayangkan sebuah vidio kelip berlatarbelakangkan lagu ini. Kononnya semasa memandu saya melintasi pusat ternak lembu dan biri-biri. Ladang oren dan epal, anggur juga. Saya akan mengimbau perjalanan hidup saya...

Saya akan turut menyanyi, ya allah hiburkanlah hatiku...

Jan: Selamat hari raya aidil adha...semoga pembaca berbahagia selalu, jangan jadi perpisahan seperti diri saya. Amin.

Kehidupan terkini biduanita negara kita

Sering saya dengari, pandangan masyarakat yang sangat negatif apabila berhadapan dengan dunia hiburan. Walaupun masyarakat tersebut juga meminati dunia hiburan, mereka secara terangan berpendapat menjadi penyanyi misalnya, tidak mempunyai masa hadapan, mempunyai akhlak yang rosak.

Bagi saya semua pekerjaan tidak punyai masa hadapan jika individu acuh tidak acuh dengan kerjayanya. Tidak tegas dengan cita-citanya. Dengan menjadi guru juga seseorang itu boleh menjadi rosak akhlaknya jika menurut nafsu dan tidak menjaga akhlak. 

Sebagai penyanyi yang paling banyak merakankan lagu di negara kita, pencapaian bidunita kita memang tidak boleh dinafiikan dan bagi saya sehingga kini masih tidak ada lagi artis yang boleh menandingi pencapaiannya/rekodnya. Ada penyanyi datang dan pergi...tetapi bukan Kak Pah.


Kak Pah berposing bersama pasu yang besar di rumahnya

Beberapa kali saya ada berFB dengan Kak Pah. Seperti juga ribuan peminat lain, saya mahu tahu mengenai kehidupan terbarunya. Kak Pah selalu memberitahu beliau bukanlah popular seperti dahulu tetapi sebagai peminat saya tidak kisah, saya lebih melihat kepada pencapaian beliau. Bagi saya sekarang Kak Pah bukanlah paling popular kerana sekarang adalah zaman beliau menuai hasil.

Namun Kak Pah terlalu merendah diri, dia masih popular sebenarnya.

Saya pernah memuji rumah Kak Pah yang bernilai jutaan ringgit tersebut di dalam FB. Pujian dan terima kasih sebab sudi memaparkan gambar yang sangat bernilai bagi saya, yang tiada di majalah-majalah. Kata Kak Pah ianya hanya sebagai berkongsi dengan para peminatnya yang mahu melihatnya.

Ini pejabat dan perpustakaan Kak Pah, saya suka sebab tidak ada langsir.

Selama saya berFB, saya lihat ada juga insan yang masuk FB Kak Pah dan mengata-ngata beliau. Saya tidak faham mengapa ini terjadi, jika tidak minat tidak perlulah masuk FB orang dan menghina beliau. Tidak perlulah buat dosa kerana mungkin orang yang kita hina tersebut mungkin tidaklah sehina kita. Haaa

Dan juga gambar-gambar yang Kak Pah letak dalam FB tersebut adalah untuk memenuhi permintaan peminatnya, yang tidak berpeluang ke rumahnya. Contohnya, sayalah.

Kata wartawan rumah Kak Pah bertaraf 5 bintang, bersih sehingga bilik airnya boleh tidor. Rumahnya luas ada beberapa ruang tamu yang berasingan, bilik 15 buah, dapur yang besar, ada stor untuk barang makanan seolah mini market, dan taman yang indah.

Rumah Kak Pah ada surau boleh memuatkan 75 orang

Semenjak dahulu Kak Pah merupakan anak emas syarikat EMI sehinggalah EMI gulong tikar. Kak Pah sudah banyak memberi keuntungan pada syarikat dan Kak Pah juga telah banyak mendapat imbuhan dengan terus terlibat dengan dunia seni. Ekonomi jatuh ke, bangun ke, Kak pah tetap ada persembahan yang mahu dilakukan.

Mungkin kerana Kak Pah telah melalui zaman yang sukar, maksud saya tidak seperti penyanyi hari ini yang lebih beruntung (walaupun suara macam papan lapis), Kak Pah berjimat cermat dan menabung. Pada suatu masa dulu, Kak Pah juga diistiharkan muflis oleh mahkamah. Namun beliau bangkit semula mengorak langkah dan tidak memandang ke belakang. Suatu semangat yang kuat.

 Gambar meja makan Kak pah ini pernah saya letak dalam blog saya dulu

 Solah berjemaah magrib dan usrah selalu diadakan di surau ini

Masyarakat selalu melihat sisi buruk individu yang terlibat dengan dunia hiburan. Memang ada segelintir individu seperti itu tetapi untuk menghukum atau menghitamkan secara keseluruhannya adalah tidak wajar. Individu yang terlibat dengan dunia hiburan sama seperti kita juga, ada membuat dosa dan pahala. Cuma masyarakat kita sahaja lebih suka menghukum seseorang bila seseorang itu terkanal dan lebih dari mereka. Mereka lupa matahari memancar sama rata...malam terkadang ada bintang...


Sebagai peminat beliau saya merasa sedih apabila di dalam internate terdapat kata-kata yang tidak sepatutnya dikatakan. Ada yang mengatakan Kak Pah gila, nyayuk, plastik dan sebagainya. Ada penulisan yang mencerca beliau. Seolah tiada kebaikan langsung dibuat oleh biduanita negara ini.

Tiada siapa yang tahu di mana Kak Pah menghantar sebuah lori berisi makanan ke rumah orang miskin, tiada siapa yang tahu Kak Pah mensedekahkan sejadah ke masjid-masjid, melawat peminat sakit dan banyak amalan lain lagi yang masyarakat tidak tahu kerana Kak Pah tidak mahu amalang beliau dihebohkan . Pada suatu majlis yang diadakan oleh PAPITA dahulu, dalam ucapan pengerusinya, pengerusinya ada memberitahu dia ada tahu sikap Kak Pah yang suka menderma tetapi tidak mahu dihebohkan tersebut. Cuma akhir-akhir ini Kak Pah mewar-warkan aktivitinya menolong rumah anak-anak yatim dengan berniat agar masyarakat turut sama memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan.

Anak yatim ni kalau kita pegang belai kepala mereka pun dah dapat pahala.

Taman rumah Kak Pah pada waktu malam

Biarlah biduanita kita ini hidup dengan tenang bersama orang gaji-orang gajinya. Alhamdulilah, ke mana Kak Pah mahu pergi dia ada pemandu dan pengawal peribadinya. Kita patut bangga pencapaian artis kita, bukan orang barat sahaja yang berjaya dan berharta. Ini tidak, kita korek hal buruk orang, biar nampak kita jea baik.

Sehingga kini anak beliau masih belajar agama dan menetap di Madinah. Beliau sering memberitahu beliau amat rindukan anaknya yang seorang itu. Biarlah beliau hidup senang dan tidak perlulah memperkatakan hal yang buruk. Buruk orang kita nampak, buruk kita?.

Setiap individu kalu dikorek-korek akan kehidupannya pastilah ada sejarah hitam. Namun siapakah kita untuk mengoreknya? Mengapa keburukan harus diwar-warkan? Baik sangatkah kita?

Dunia hiburan, media massa dan kerajaan masih tidak nampak Kak Pah sebagai ikon yang besar dan bernilai. Mungkin setelah Kak Pah tiada barulah mereka tersedar yang dunia hiburan kita tiada pencapaian besar dan artis lain banyak yang selalu `hu ha-hu ha' sahaja aktibitinya.

Suatu hari nanti akan terkeluarlah dialoq " Satu kehilangan yang besar...bla-bla" kononnya. Saya berharap kehidupan atau nama Kak Pah tidak menjadi seperti Tan Sri P Ramlee, harum setelah tiada. Namun begitu, masyarakat selalu lewat tersedar...


Jan: Terkedu jiwa, melayang raga bila mendengar lagu 1000 Mawar..., seksa jiwa...tapi best! Haaa.

Kenapa saya kena jadi surirumah pulak? oooo...sebab gaji saya kecil? Sampai hati awak!

"Sebab apa pula saya kena jadi surirumah sepenuh masa?, ambillah orang gaji, saya mahu ada kerja, mahu ada kerjaya" Jawab saya kepada kawan saya tersebut.

Seorang kawan saya pernah bertanya, mungkinkah saya akan menjadi surirumah sepenuh masa jika saya berkahwin dengan perempuan yang kaya raya dengan segalanya telah lengkap?.

Walaupun fenomena ini terus membiak, bagi saya (walaupun saya suka menjalankan kerja-kerja yang masyarakat gelar `kerja feminim' ini) adalah janggal kalau lelaki menjadi suri rumah. Sebab apa pula suami mesti menjadi suri rumah? Suami kenalah menyara keluarga. Kalau pendapatan kecil pun, kenalah terus bekerja setidaknya bayar bil elektrik dan air... Biar mereka tahu tanggungjawab bila cakap pasal bab-duit-duit ni. Haaa....

Sepanjang saya jadi manusia yang terlibat dalam dunia pendidikan, jumlah pelajar perempuan saya di dalam kelas/kuliah adalah sentiasa jauh melebihi jumlah pelajar lelaki. Dan dalam beberapa tahun akan datang saya tidak nafikan kaum perempuan akan menguasai kerja di jabatan awam mahu pun swasta. Mereka mungkin mendapat gaji yang berganda berbanding suaminya. Perempuan jenis ada duit.

" Awak berhentilah kerja bang (abang), duduk rumah jaga anak-anak. Gaji awak pun berapa sen sangat. Duit saya cari..." Berkata seorang isteri yang sedang mengadap dresing table. Disapunya bedak kat muka yang dah tak seberapa kerana faktor usia dan tekanan hidup. Mungkinkah dialog ini yang menyebabkan fenomena di atas? atau;

" Biar saya berhenti kerjalah yang (sayang), gaji saya berapa sangat. Biar saya duduk rumah jaga anak-anak, buat kerja rumah" Berkata seorang suami sambil merangkul manja pinggang isterinya yang diameternya dah banyak berganda berbanding semasa upacara akad nikah beberapa tahun dahulu. Mungkinkah dialog ini yang menyebabkan fenomena di atas?

Adakah perkembangan ini sihat? Haa... Dulu Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah (kini bekas censelor) menyatakan bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Namun, beliau tidak pula memperincikan baik buruk fenomena itu... Haaa...

" Ingat minggu depan i outstationg, bawak baby ke klinik cocok BCG tu ya, duit ambil dalam laci. Jangan lupa pulak bayar duit tuiseng Aimong. Duit tuisyen i dah beri kat you kan? kan?"

Saya tidak mahu banyak cakap dalam isu ini. Saya sentiasa akan beranggapan dan berpegang dengan prinsip saya iaitu, janggal sangat. Bagi saya kalau gaji isteri lebih tinggi atau ada pangkatnya lebih besar ianya tidak boleh dijadikan alasan tugas menyara keluarga diletakan atas bahu isteri. Menyara keluarga adalah tugas suami. Adakah saya kolot dalam hal ini?

Jan: Haa...

Monday, October 22, 2012

Kerja feminim?

Hujung minggu saya aktif membuat kerja mengemas rumah, membasuh dan mengelap apa yang patut. Pada masa ini juga kalau saya rajin saya tepek muka saya dengan lendir lidah buaya yang dicampur sengkuang. Kononnya nak awet muda?

Hujung minggu juga saya membaja pokok lada yang saya beli di pasar minggu. Seronok melihat pokok lada saya membesar. Kawan saya terkejut apabila melihat pokok lada yang saya beli dengannya bertambah subur dan besar. Kawan saya kata tangan saya sejuk...

Namun posting ini bukannya pasal hendak menyohol pokok lada saya sudah besar tetapi perihal penglibatan saya dengan kerja-kerja feminim. Sebenarnya saya sendiri tidak setuju dengan konsep kerja-kerja feminim ni sebab bagi saya dunia sudah maju. Konsep ini tidaklah patut digunakan lagi bila merujuk kepada kerja yang wajib kita lakukan. Lebih-lebih lagi saya hidup sorang. Contohnya, pabila butang baju tercabut, sayalah yang menjahitnya semula. Haaa.

Saya selalu mengemaskan dapur saya yang berselerak sebab saya tidak kemas orangnya. Semakin saya tua, semakin saya rasa malas, he he he. Saya memang gunakan hujung minggu untuk bersihkan segala-galanya supaya rumah saya nampak rumah manusia, bukannya rumah beruang.

Gambar ini bukan saya, punggung saya lebih besar, he he he.

Kerja feminim merujuk kepada kerja yang bersifat kewanitaan ataupun bersifat keperempuanan. Dengan cara kehidupan saya ini, saya sudah tidak tahu yang mana satu kerja feminim dan mana satu kerja maskulin. Semua kerja saya harus lakukan sendiri termasuk bersihkan peti ais dan pasang cadar atau langsir. Saya rasa kesal dengan sifat masyarakat yang suka melabel. Semua nak dilabelkan, saya bukannya printer atau baju!

Namun saya masih juga agak segan bila melawat tempat sarung bantal dan cadar di pusat membeli belah. Semuanya perempuan, saya seorang sahaja yang handsum. Namun saya kenalah beli juga bantal baru, cadar baru dan langsir baru. Untuk membezakan antara rumah saya bukannya kandang beruang.

Tidak ada apa sangat yang istimewa dalam hidup saya. tidak juga banyak pencapaian yang besar saya raih. Namun antara kerja hakiki saya dalam kehidupan ialah menguruskan segalanya. Pencapaian dalam menguruskan tempat tinggal.

Jan: di rumah, sayalah feminim dan saya jugalah maskulum, eh sori, maskulin.

Penceramah copy paste, jaguh keyboard

"Penceramah copy paste, jaguh keyboard"  Saya terima sms daripada kawan baik saya, Adnan. Oleh kerana sms itu tiba-tiba sahaja, maka saya bertanya apakah maksud beliau?.

"org dlm facebook. Ramai bg ceramah copy paste je n kadang2 tak cek pun sumber or makna betul ke tak. Jaguh keyboard pulak cakap berdegar2, dia la hero pembela agama nusa dan bangsa." Balas sms kawan saya tersebut.

Saya terus setuju kata-kata beliau bukan kerana saya selalu pau rokoknya tetapi sebelum ini ada terdetik di hati saya betapa hipokritnya manusia dalam FB dabn blog. 

Saya tidak terkenal, tidak peramah mana namun saya ada juga memiliki FB. Tidaklah setiap hari saya membuka FB, sehingga kini saya tidak suka sangat berFB. Dan biasanya saya tidaklah aktif mana, sekadar menjawab apa-apa berkaitan dengan saya. Saya juga orang yang sederhana bila berFB (tetapi tidak dengan blog, dengan blog saya lebih vokal apabila menyatakan sesuatu), saya hanya membaca kata-kata hikmat atau motivasi. 

Kalau saya boleh berpesan, saya ingin berpesan kepada pengguna FB, tidak semua yang terpapar adalah benar. Malah bagi saya ia adalah suatu penipuan besar untuk mepotraitkan diri sebagai bagus dan beriman. Ada di antaranya siap papar hadis segala tetapi saya tahu siapa dirinya. Saya tidak peduli mengenai perbuatan papar hadis dan sebagainya, namun saya tahu sangat perangainya bukan begitu. Saya tahulah kerana ada di antaranya adalah kawan saya sendiri.

Tetapi rata-rata orang Melayu begitulah, boleh dibeli dengan agama. Maksud saya bila sebut/papar agama terus jatuh cinta, kasih dan sayang. Sekejap! Saya nak ketawa dulu, he he he. (Oleh itu saya tidak hairan langsung apabila banyak penipuan berlaku di FB...)

Namun paling saya suka adalah kata-kata motivasi yang diletakan oleh sesetengah dari penFB tersebut. FB, banyak manfaatnya cuma dalam konteks orang Melayu, saya masih melihat kekaburannya di situ...

Jan: saya berpendapat melalui FB, payah kita mahu `kenali' seseorang, tetapi melalui penulisan dalam blog, kita lebih `mudah' mengenali seseorang...







Thursday, October 18, 2012

Aku ceraikan kau dengan talak sebanyak bintang di langit!


Ketika menyambut harijadinya yang ke 36, seorang seleberiti lakonan (lakonannya tak lah best mana...) telah menerima sms permohonan cerai dari suaminya (seorang seleberiti sukan, yang kata kawan saya bukanlah sehebat mana). Dia yang berkahwin dan telah mempunyai dua orang anak ini mungkin mempunyai takdir hidup sebegitu... Kesian... Semuga dia tabah.

Saya tidak mahu komen lebih sebab itu hal rumahtangga orang, cuma saya agak terkilan mengapa guna sms. Mungkin terperanjat beruk si seleberiti itu sebab menduga dapat `wish birthday', tapi rupanya `wish gud bye', ...

Saya berdoa agar tiada pembaca blog ini atau sesiapa sahaja di dunia ini bercerai dengan kaedah begitu. Tentu rasa hilang harga diri... Hilang harga diri, hilanglah harapan hidup dan segalanya.

Di Mahkamah Rendah Gombak Timur (2006) pula, seorang hakim telah mengesahkan lafaz cerai melalui telefon bimbit, mengunakan sms yang tertera:

"Kalau kau tak keluar dari rumah mak bapak kau, jatuh talak tiga"  Itulah sms yang diterima oleh isteri.

Bila isteri yakin itu adalah sms daripada suaminya, dan suaminya juga mengaku makan sahlah perceraian itu oleh mahkamah. Saya tidak pernah kahwin dan bercerai. Namun saya berpendapat cerai melalui telefon bimbit bukan sahaja tidak beradab tetapi menghina kaum wanita. Masa kita mabuk, dialah bintang, dialah bulan, syurga, dialah sport rim....

Namun mungkin segagah mana seorang lelaki, ia payah nak gagah dalam bab-bab luahkan perasaan... Tetapi ini tentulah tidak boleh dijadikan alasan. kan?


Namun aci kerat jari saya percaya perkara ini (cerai melalui sms) akan terus berlaku, berleluasa, bertambah, bertambah dan terus bertambah pada masa hadapan.

Bila seorang wanita dapat sms cinta tentu mereka perasan tetapi bila dapat sms cerai, mungkin mereka pengsan.

Jan: Tiada lagi menerima sms memberi perhatian.... apatah lagi ungkapan sayang... (amboi...). Bumi ku kering merekah...bilakah kembali hujan cinta, siramilah merkah duka ini...Taraaaa...he he he. Jiwang-jiwang...


Awak free ke sekarang?



Kawan saya beritahu, dia selalu memeriksa sms suaminya apabila suaminya mandi. Oleh kerana suaminya jenis mandi tidak lama, dia beritahu dia kena cepat dan cekap. Saya tanya adakah dia tidak percaya akan suaminya?

" Mati hidup balik aku tak caya ke orang laki ni Man" Jawapnya seolah dia lupa saya ni lelaki dan mungkin akan tersinggung dengan bias gender tersebut.

"Apa yang akak jumpa?" Tanya saya pendek. Sambil buat tidak berminat dan nampak tidak bersungguh-sungguh. Padahal dalam hati saya nak tahu sangat.

" Tak ada apa-apa yang mencurigakan cuma selalu ada sms `awak sedang buat apa?", Berkali-kali dalam handset tu" Jawab kawan saya.

"Apa tandanya Mang...?" Tanya dia pula. 

"Saya tak tahu sangat tetapi kalau sesama lelaki kita orang tidak guna ayat itu, kita bukan spesis yang tanya orang sedang buat apa kecuali kita minat kat orang tu" Saya mulakan jarum saya, he he he.

"Tapi dari Zahari" Kata kawan saya.

"Mungkin Zahariah?". Cepat sahaja saya seolah iblis menimbulkan keraguan di hatinya di hati seorang isteri, he he he.

"Kalau kawan-kawan lelakinya tentu tidak guna `awak', juga kalau kaum keluarga tak kan ber`awak-awak'". Saya ikhlas beri pendapat saya, he he he.

" Betul ke Mang?" 

"Entah, tapi lagi bahaya kalau dia terima sms, awak buka (sebab masa tu suami tak ada)  dan lihat dalam tu kosong tak tulis apa-apa. Tak ada text. Mungkin awak akan fikir tersalah hantar. Dan awak buat tak tahu jea. Tapi itu mungkin tanda tu....haaa". Panjang lebar pulak saya terangkan perihal atau tanda-tanda suami yang mungkin ada hubungan sulit daripada melihat kepada telefon bimbit mereka.

" Apa tandanya? Apa tandanya Mang" Dia bersungguh-sungguh nak tahu. Bagai itik jumpa air.

" Tandanya "Awak free ke sekarang?" atau "Saya free sekarang". Selepas itu suami kita pun akan cari masa dan tempat, menalipon si `dia'. Kat bilik air ke, kat porch kereta ke? Haaa".

"Kalau kita ada depan mata dia mungkin dia terus tak jawab sms itu, tutup sms sambil lihat muka kita dengan semacam jea, Haaa".

"Orang lelaki ni spesis tidak ada sikap teliti seperti wanita. Sebab itulah banyak kes kecurangan dapat dikesan/dihidu dengan senang, mereka akan ....bla-bla-bla". Panjang lebar bak pensyarah saikologi saya menerangkannya.

Jan: Haaa.... He he he.

SMS - Ria Amelia


Sebaik sahaja melihat berita di kaca television, saya terus tidor. Saya letih. 

Malam tadi saya masih bermimpi sedih, maka paginya saya perlukan irama rancak untuk menaikan semangat saya untuk tempuhi hidup. Saya pasang lagu Ria Amelia yang bertajuk SMS, iaitu lagu lama. Penyanyi dangdut Indonesia ini mempunyai suara biasa-biasa sahaja, namun lagu ini muzik rancak, boleh membuatkan saya segar dan bergoyang. He he he. Memberi tenaga hidup.

Ria Amelia

Saya pasang lagu ini melalui telefon bimbit saya di dalam bilik air, sambil mandi saya mendengar lagu rancak tersebut. Lagu tersebut saya minta daripada anak saudara saya yang pada masa itu darjah 3. Selama ini banyak lagu lama yang saya delete dari telefon bimbit saya, tapi lagu ini saya tidak delete, `i love dis song'. Ianya rancak.

Ini saya perturunkan liriknya, saya setuju kata aima yang kalau seorang suami itu jujur, tiada masalah langsung untuk membenarkan isteri mengecek telefon bimbitnya...Haaa. Hayatilah lirik lagu di bawah. Kalau nak dengar buka youtiub. Tapi saya tak jamin anda meminati lagu ini. Mungkin saya sahaja yang minat kerna muziknya.

Bang sms siapa ini bang
Bang pesannya pake sayang sayang
Bang nampaknya dari pacar abang
Bang hati ini mulai tak senang

Bang tolong jawab tanyaku abang
Bang nanti hape ini ku buang
Bang ayo dong jujur saja abang
Bang kalo masih sayang

Kalau bersilat lidah memang abang rajanya
Tlah nyata abang salah masih saja berkilah

Orang salah kirimlah
Orang iseng isenglah
Orang salah kirimlah
Orang iseng isenglah

Mulai dari sekarang hape aku yang pegang


hape = Telefon bimbit

Saya ulas lirik tersebut. Namun ulasan saya ini adalah cara saya melihat dunia ini dan pegangan hidup saya terhadap orang yang suka menipu dan membina kebahagian lain atas penipuan tersebut. Bagi saya, sedalam mana kasih sayang saya terhadap seseorang, saya memang tidak dapat hidup dengan orang yang tidak ikhlas, jujur atau munafiq. Kalau kita buat dosa dengan allah, kita boleh meminta maaf namun jika sesama manusia allah mahu kita meminta maaf sesama manusia dahulu.

Mungkin oleh kerana di dunia ini saya telah banyak kena tipu, diperkotak katik dan dipermainkan. Rasa perit, pedih dan sakit hati tersebut sudah menjadi perisai untuk melindungi saya daripada kemungkinan saya tertipu lagi. Bila ditipu rasa rendah diri. Dan dan dalam kes saya, terasa hilang harga diri bila saya dihina.

Saya tahu dan yakin tuhan mahal adil. Saya pernah melihat keadilan tuhan di depan mata saya. Cuma giliran saya sahaja belum tiba...

Kita kembali kepada lirik lagu. 

Orang salah kirimlah
Orang iseng isenglah
Orang salah kirimlah
Orang iseng isenglah


Rangkap lirik di atas menunjukan alasan yang diberikan apabila sudah terbukti suami kita ada skandal. Maka alasan tersebut selalu bagus untuk digunapakai. Contohnya kononnya ada orang tersalah kirim la (dan kita sebagai suami tersalah layan? he he he). Dan kononnya ada orang gila antar sms tersebut!. He he he.

Tepuk dada tanya seleralah bagaimana nak hadapi situasi ini.

Bagi saya, saya angkat kaki...saya tidak boleh hidup dengan orang munafiq, orang yang tidak hargai kasih sayang dan pengorbanan saya... Saya tidak boleh terus berpura-pura bahagia depan orang dan depan tuhan bila orang sudah tidak utamakan saya. 

Kita serius menyanyanginya 24 jam, dia main-main...

Saya tidak boleh dipermainkan begitu mudah, saya tidak boleh terima. Saya ada pelajaran!

Jan: Sori terlalu beremosi... he he he.

Wednesday, October 17, 2012

Unfaithful...



"Boleh ke kita `cek' telefon bimbit pasangan kita? Tanya saya kepada seorang kawan lelaki saya. Kami sama-sama duduk minum kat kedai ala kopitiam. Pada masa tersebut sudah dekat nak pukul 2 pagi. Sudah beberapa kali saya berpura-pura menguap. Sebenarnya saya mahu balik rumah, bukannya mengantuk. 

Dan dia (kawan saya tersebut) memberitahu saya bahawa telefon bimbit adalah barang peribadi. Maka pasangan kita tidak ada hak untuk memeriksa sms kita, panggilan kita terima dan buat, dan juga melihat gambar-gambar yang kita pukul (tangkap) dalam telefon bimbit kita.

Itulah penerangan panjang lebar daripada kawan saya yang merupakan seorang pensyarah saikologi. Saya selalu mengambil peluang untuk bertanya banyak hal kepadanya. Cari ilmu sikit...

" Bila kita kahwin, kita tidak berkongsi semua perkara Man..." Tambah kawan saya. Saya terus setuju. Yalahkan tak kan nak berkongsi semua perkara. Mana originalitinya kan?

Saya diam sahaja, namun saya berpendapat mungkin ramai para isteri mahu mengecek apa yang ada dalam telefon bimbit suami masing-masing. Sebenarnya kalau kita percaya akan pasangan kita, kita tidak perlulah mengecek telefon bimbit tersebut. Namun percayakah kita? He he he.

Saya juga tidak suka orang memeriksa telefon bimbit saya kerana ada perkara yang sangat peribadi sifatnya. Contohnya ada sms saya yang saya tulis yang saya save yang saya harap akan dibaca oleh seseorang apabila saya mati nanti. Pelik tak? He he he.

Kita kembali kepada intipati posting.... Tetapi kalau kita jujur tentulah tidak akan menjadi masalah besar kalau isteri kita mahu mengetahui apa yang ada dalam telefon bimbit kita. Namun jujurkah kita?

Ingat tak masa kita berkata "Hanya awak yang berada dalam hati saya, selamanya... sumpah!"

Jan: he he he.




Tuesday, October 16, 2012

Setelah dia berhijrah dari dunia cinta saya...

Sebenarnya semalam saya tertinggal telefon bimbit di rumah. Saya mula menyedarinya sebaik sahaja saya mahu masuk ke opis, iaitu setelah menyeluk poket seluar untuk mengambil kunci pintu opis. Saya dapati telefon bimbit saya tiada.

" Laaa, lupa lagi!" Terdetik di hati saya. Namun saya sempat tersenyum. Saya bertekad untuk makan banyak daun pegaga, kononnya untuk pulihkan/tajamkan daya ingatan. Kononnya...lah.

Saya tidaklah terkejut atau gelabah. Saya masih tenteram. Saya tidak berdebar sangat kerana saya tahu saya tertinggal telefon tersebut di rumah bukannya di balairaya atau panggung wayang.  

Saya tidaklah berdebar atau rasa apa-apa. Sebabnya? Ada banyak sebab...Haaa

Sebabnya saya bercadang selepas makan tengahari, saya akan balik ke rumah untuk mengambil telefon tersebut. Jarak rumah dengan tempat kerja dalam lingkungan 6 minit sahaja jika memandu sopan. Jika tidak sayang nyawa adalah 3 minit kot.

Sebab lain?... Sebabnya keluarga saya selalu sms pada waktu petang atau malam. Dalam dunia berpenghuni lebih enam biliong ini, manusia yang kerap menelefon saya adalah adik saya dari Ulu Yam Bharu, Selangor. Kadang-kadang dia sengaja menalipon saya untuk bertanya khabar dan bercerita pasal perkara yang mengembirakan saya. Contohnya katelog terbaru atau cara hendak menguruskan badan, he he he.

Dan adakalanya emak saya hubungi saya. Namun emak lebih banyak bersms berbanding membuat panggilan. Lebih baik begitu, maksud saya biarlah kami bersms sahaja. Kalau mak saya telefon bercakap dengan saya, mungkin saya akan menangis, entah kenapa bila umur sudah berganda, syahdunya lebih...kononnya. He he he.

Sekarang memang saya pakai telefon semata-mata kerana keluarga...sebabnya tidak banyak saya menerima dan membuat komunikasi dengan manusia lain. Selain keluarga, saya selalu juga bersms dengan sahabat saya Adnan, dan Azniza. 

Semalam saya makan tengahari di kedai makan dekat Mardie. Pada masa tersebut lebih kurang pukul satu tengahari. Ala balik baru saya singgah di rumah. Saya ambil telefon daripada meja. Saya lihat hanya ada satu sms untuk saya. Tiada panggilan untuk saya. Satu sms tersebut daripada kawan saya yang minta saya hantarkan nombor telefon bimbit kawan saya yang lain. 

Terdetik di hati saya, kalau tidak kerana satu sms tersebut, tentu saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun... Kalau tidak, ada kemungkinan saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun sepanjang hari...

Barangkali, saya kini bukanlah pengguna telefon bimbit yang tegar. Celkong (Celcom) tentu kecewa. Tambah kecewa sebab saya tidak ada kekasih dan tidak dalam percintaan, bil tidak tinggi. Kalau tidak untunglah Celkong.

Dalam sehari saya juga tidak banyak membuat sms kecuali kepada emak dan Adnan. Saya juga langsung tidak membuat panggilan. Apakah yang dapat saya simpulkan? Pada waktu kemuncak hidup, saya boleh dikatakan giat sms dan talipon sana sini... Malah mak cik kantin pun menjadi mangsa saya. Saya suka bercerita dan buat kelakar bodoh. Kadang-kadang saya menyamar...saya buat-buat suara kucing. Indahnya hidup pada masa tersebut. He he he. Pada masa tersebut saya orang yang paling bahagia di planet bumi... Barangkalilah...

Pada masa tersebut bilik yang gelap saya nampak terang, daun yang berguguran saya nampak hijau, dan gaji yang sedikit saya nampak banyak... Ya, hidup saya dilimpahi kasih sayang.

Namun hidup seperti roda, panas tak sampai ke petang, tengaharinya hujan. Dan cuaca adakalanya tidak menentu. Begitu juga lapisan ozon semakin menipis menyebabkan khutub utara cair. Namun saya akur ketentuan ilahi, saya sekarang berada di bawah. Maksud saya tanpa saya sedari berlaku evolusi menyendiri yang semakin berganda dalam diri.

Tiba-tiba saya sedar saya rupanya tidaklah seperti dahulu... telefon bimbit bukan lagi peneman sosial saya.


Saya sedar walaupun saya melawan bagai nak gila, hakikatnya dunia ini masih semakin mengecil dan meresahkan. Saya sudah banyak buat perkara baru namun semuanya tawar... semuanya pergi. Namun oleh kerana saya seorang yang kuat, saya harus teruskan perjuangan hidup, maka saya mahu teruskan perlawanan ini...

Sebenarnya semalam, saya gemgam telefon bimbit tersebut di tangan...(sudah awal pagi sebenarnya). Saya ada menulis rasa rindu dan syahdu saya dalam menjalani kehidupan ini...tetapi akhirnya saya deletekan balik sms tersebut kerana...

Kerana saya tidak tahu kepada siapakah saya mahu send rasa hati tersebut...

Jan: Sedihlah pulak he he he.

Kitalah yang bertanggungjawab!

Saya berpendapat oleh kerana anak-anak kita terutama yang masih pada peringkat awal remaja belum matang pemikirannya, maka kitalah yang menggalas kewajipan untuk mendidik mereka dalam banyak hal. Maksud saya di sini, didik mereka supaya menggunakan telefon bimbit dengan betul.

Jangan hendak buat tidak tahu, sebenarnya sebagai ibubapa kita tahu kesan buruk penggunaan telefon bimbit jika anak-anak kita tidak dididik atau dipantau. Sesibuk mana pun kita suami isteri mencari rezeki anak-anak hendaklah dididik dan dipantau.

Anak-anak perlu didik supaya mereka tahu telefon bimbit adalah barang keperluan, bukannya barang yang patut disalahgunakan.  

Trend sekarang remaja semuanya ada telefon bimbit. Malah ia seolah status pulak. Jangan buat-buat terperangjat jika telefon mereka lebih canggih dan mahal berbanding kita. Di sinilah pentingnya anak-anak dididik dengan memberi panduan/nasihat. Nasihatilah mereka dengan baik bahawa perbualan berborak kosong dan lama dengan kawan-kawan akan membazir. Pastikan panggilan yang dibuat benar-benar penting. Masa menasihati tersebut janganlah dengan nada marah. Ini tak, bila bercakap dengan anak-anak terus jadi macam pekerja kat sarkas yang jaga rimau.

Perlu juga diberitahu kepada anak-anak kalau telalu asyik mungkin akan abaikan pelajaran. Sekarang bukan di tv jea dapat main playstation, dalam telefon bimbit juga ada `games'. Saya pun ketagih jugak, he he he. Bulan lepas saya asyik main games jea...he he he. Sampai serban tangan. Sampai anak saudara saya `tegur', he he he.



Saya faham, remaja sekarang payah hendak dididik, mungkin lebih senang mendidik anjing. Persekitaran amat mencabar. Dan mereka mencabar pula kita pada usia remaja mereka. Mereka ingat merekalah betul, canggih dan up to date. Sebab itulah kata orang lama melentur buluh biarlah pada masa rebungnya. Jika dah keras salah lentur, buluh tu terpelenting kat muka kita. Haaa...

Mungkin juga kita boleh `takutkan' mereka dengan beritahu bahawa gelombang radiasi boleh menjejaskan otak dan kesihatan. Maklumlah berjam-jam bercakap dekat telinga dan otak. Haaa...

Tak ada orang lain dah. Bukan jiran kita, kerajaan BN, gabenor bank negara, atau tok iman, ibubapalah yang perlu menyelamatkan anak-anak mereka daripada ketagih telefon bimbit.

Jan: Jangan belikan telefon bimbit yang canggih sangat untuk anak kita, beli yang ringkas jea, ok tak?


Monday, October 15, 2012

Telefon bimbit = mati pucuk?

Di kalangan kawan-kawan lelaki saya, hanya seorang yang menempatkan telefon bimbitnya di poket baju, yang lainnya letak di poket hadapan seluar mereka. Saya bertanya akan perlakuan kawan saya yang meletakan telefon bimbit di saku baju tersebut, saya diberitahu dia takut `mati pucuk'.



`Mati pucuk'? Saya tidak tahu sangat tentang maksud mati pucuk secara terperinci. Maka kawan saya terangkan mati pucuk, atau erectile dysfunction (ED) atau penyakit 3D (3D = Derita Dalam Diam) adalah ketidakupayaan lelaki dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk memenuhi kepuasan seks. Beria kawan saya terangkan sehingga saya malu pulak menulisnya di sini...(konon). Kalau nak tahu carilah maksud dalam internate. Saya sudah membacanya.

Dia beritahu saya CAP yang membuat dakwaan tersebut. Siap masuk akhbar katanya. Saya tanya apa yang menyebabkan jadi mati pucuk, adakah sebab haba yang dikeluarkan dari telefon tersebut?. Tiada pulak dia dapat memberitahunya.

Mungkin radiasi dari telefon merosakan merosakan sel telor kita. Saya berjenaka beritahu kawan saya mungkin telor dia meradiasikan telefon dia, sebab tulah telefon dia kerap rosak, he he he. Teruk sayakan? pakai hembus jea.

Kata kawan saya lagi jika letak telur di tengah-tengah dua telefon bimbit, telur tersebut masak! Dan dia beritahu lagi, otak kita juga boleh jadi lembap!. Saya dengar sahaja dan berharap janganlah pelajar saya menggunakan info ini untuk elak buat soalan tutorial, atau jawab salah.

Tetapi semuanya betul ke? Kenapa tiada laporan atau saranan daripada para doktor? Lagipun ramai kawan saya yang sekian lama letak dekat kemaluan mereka tetap dapat anak setiap tahun. (Tetapi mereka mungkin main sekejap sahaja...he he he)

Jan: Saya lihat ramai perempuan mereka letak telefon bimbit dalam beg tangan...lebih selamat.

Telefon bimbit saya Nokia 3310



Nokia 3310 adalah telefon bimbit saya yang pertama, saya membelinya di Pekan pada tahun 2001. Saya membelinya dengan menyertai skim simpanan primium BSN. Saya sudah tidak ingat kaedahnya macam mana, namun saya memang dapat telefon bimbit ini setelah menyertai skim tersebut dengan menjalani `tempoh' tidak menjual sijil tersebut untuk beberapa laman...

Sekarang saya masih lagi menggunakan jenama Nokia, Nokia X2 yang ringkas sahaja. Saya menggunakan telefon bimbit secara kerapnya bukanlah untuk memangil atau sms. Saya menggunakannya sebagai untuk melihat jam. Pada bila-bila masa pun saya mengeluarkan telefon bimbit dari seluar saya untuk melihat waktu. Saya pula jenis tidak suka memakai jam tangan (cuma setahun dua ini saya kerap memakai jam tangan), jadi telefon bimbit saya adalah jam. 

Saya juga menggunakan telefon bimbit setiap hari sebagai `kejutkan saya' dari tidor. Ia seolah jam penggera kepada saya. Saya sengaja bunyikan tone yang hebat dan bingit supaya saya terbangun daripada tidor. Namun adakalanya saya tidak sedar langsung. He he he.

Selain itu saya guna telefon bimbit untuk membuat panggilan. Namun saya jarang membuat panggilan. Entah kenapa... Pada kebiasannya saya menerima panggilan. Boleh dikatakan seminggu saya hanya buat dua, tiga panggilan sahaja. Kadang-kadang dalam seminggu tak ada langsung pun.

Saya lebih suka bersms kerana ia jimat dan ringkas. Lagipun saya tidak pandai berkata-kata panjang. Atau nanti kata-kata saya disalah tafsirkan. 

Sekian sahaja perihal telefon bimbit saya. Oh yea saya ada sekali berpindah kepada Sumsung, harganya ribuan juga tetapi saya dapati ia tidak senang digunakan berbanding dengan Nokia. Bagi saya Nokia aplikasinya senang dan ringkas untuk orang old skol macam saya.

Dalam hidup saya daripada tahun 2001 hingga 2012 saya telah bertukar telefon bimbit sebanyak 6 kali. Pertukaran tersebut adalah disebabkan telefon bimbit tersebut sudah rosak atau kemalangan, he he he. Saya bukan jenis saja-saja nak tukar telefon bimbit.

Saya harap suatu hari nanti akan tercipta telefon bimbit yang kita perlu beli sekali sahaja dalam hidup. Ianya tahan lama dan ringkas. Namun puak kapitalis tentu tidak setuju sebab memang kerja mereka mengeluarkan duit kita dari poket...huh!

Saya sudah tidak mahu menulis pasal telefon bimbit saya ini, nanti ianya akan jadi posting yang panjang...

Jan: Sekian...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home