Balik cuti sempena Hari Malaysia tempohari saya pergi cari pinggan mangkuk lama. Akhirnya saya dapat kutip seperti dalam gambar di atas. Saya sangat gembira, tuhan sahaja yang tahu.
Saya sudah meningkat usia, kegemaran saya berubah. Saya tidak lagi membeli/kumpul tupperware. Saya suka PML (Pinggang Mangkuk Lama).
Teko bunga kangkung ini sangat kecil tetapi hati saya besar bahagianya. Saya sudah mula mengumpul set bunga kangkung. Bagi peminat PML set ini seolah wajib dimiliki, he he he.
Selain teko kecil, saya hanya dapat satu pelapik cawan bunga kangkung.
Dan saya dapat 2 piring cawan bunga OC Merah.
Saya pergi mencari PML bersama anak saudara saya yang tingkatan 3. Semasa dalam perjalanan, saya berpesan padanya" Kalau Iman mati nanti, semua PML ini milik Najib" Saya beritahunya dengan ikhlas. Saya beritahu dia kalau dia jual harga sudah mencecah ribuan ringgit. Ya saya buat penilaian dengan bandingan harga terkini dibida dalam internate.
Saya juga suka kerana dapat PML peranakan cina di atas, ada warna merah dan kuning.
Jan: Gambar di atas itu bukan PML, tetapi gambar muka saya yang telah diubah oleh Nokia X2. Sekian.
4 comments:
jelesnya,...lawa pinggan tu, abg jan dh bole kawan dgn cmg,http://www.tiffinbiru.com/ ni, nnti wasi/hibbah pml tu kat aima ya...khee
he he he, tiffinbiru sangat hebat.
kt rumah i masih guna lg PML ni...
salam kak anum, ya ke kak anum? kena jaga baik-baik tu. yang lama dibuang jangan...
Post a Comment