Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Kenali anak kita - PETRONAS, Haaaa...

Saya nak tergelak bila baca info kempen ini. Saya teringat kata-kata Prof Norma (pakar analisis pembuatan dasar) yang setiap dasar atau kempen akan lahir/bermula apabila terdapatnya masalah, selepas itu barulah ada step-step tertentu untuk mewujudkan dasar dan kemudiannya dilaksanakan. Maka masyarakat kita sebenarnya ada masalah lah...

Saya nak tergelak bukan pasal nak siniskan kempen yang amat bermanfaat ni (saya amat sokong) tetapi nak tergelak tengok realiti keluarga dalam masyarakat kita. Maknanya masyarakat kita tidak kenal anak mereka. Jangan terperanjat beruk sebab maksud di sini bukan kenal rupa paras tetapi kenal sebagai insan. Haaa... Bak kata Marlia Musa (bekas pelakon, bini Datuk M Nasir), setakat beranak beri makan, kambing pun boleh. Haaa....

Dalam kempen ini, katanya ibubapa kena jadikan diri role model kepada anak-anaknya. Sekali lagi saya nak tergelak, kalau boleh gelak sampai subuh. Bukan apa, nak jadi role model konon, jadi steamrool bolehlah.


Kita ambik contoh mudah. pasal rokok.

“Kadang-kadang kita lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi.

Saya nak tanya, berapa orang ibubapa yang ada buku panduan keibubapaang (Parengting)? Yang lajunya beli majalah Wanita, Jelita dan Mingguan Wanita (tapi nasib baik ada diselitkan juga pasal panduan keibubapaan ni, selain dari iklan yang berlambak kan? he he he).

Malas dah nak tulis panjang-panjang, nanti orang kata `man, awak tak kawin, awak tak tau...'

Jan: Kalau ada kempen `kenali bini kita' atau `kenali laki kita', saya rasa saya bukan nak tergelak, saya rasa nak nangis. he he he.

2 comments:

diana said...

Slm. Sory mnyibukkn diri kt blog ni.. Just tgh survey2 kt google psl muadzam n found out this. Act sy kna transfer keja to this place in 2 weeks time.. N i've never went to this place.. So just nk tny if u know any proper house with affordable price for rent. Rmai kata ssh sket nk cr rmh there. Please, kindly email me @ yarn_da_great@hotmail.com if ada apa2 info.. Tq! ^^

Xora said...

pernah tgk iklan kempen anti merokok daripada negara Thailand. Diupah dua orang budak kecil, sorang perempuan sorang lelaki, mereka mendekati wanita atau lelaki dewasa yang merokok dan minta lighter untuk mereka merokok. kesudahannya, majoriti perokok dewasa ni akan menasihati kanak-kanak ini jgn merokok, keburukan merokok dan kesan merokok pada kesihatan. Kedua2 kanak-kanak ini mengakhiri perbualan dengan semua orang dewasa ini dgn soalan, kalau dah tau keburukan merokok, kenapa masih terus merokok. Iklan ni pernah viral di Youtube beberapa bulan lepas

perenggan pertama takde kena mengena sgt tapi sesuai nak selitkan pada bahagian post Jan berkenaan merokok tu :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home