Saya ada berFB dengan Kak Pah untuk mengetahui perkembangannya. Untung ada FB, saya boleh mengikuti aktiviti seninya.
Dalam pada itu saya juga ada melahirkan hasrat saya untuk melihat rumah Kak Pah (yang dikhabarkan orang bertaraf hotel 5 bintang). Sudah beberapa kali Kak Pah bimbang ia akan menimbulkan fitnah, dan bimbang orang akan mengata menunjuk-nunjuk.
Namun akhirnya Kak Pah telah memaparkan beberapa keping gambar rumahnya. Kak Pah tahu permintaan peminat Kak Pah adalah ikhlas. Terima kasih Kak Pah.
Ini gambar ruang makan rumah Kak Pah, meja makan ini boleh memuatkan 14 orang. Ada dua lampu cendelier tergantung. Wah cantik dan klasik.
Saya harap nanti saya dapat kumpul wang beli satu lampu untuk meja makan saya, he he he. Meja makan jati saya di rumah kuates Muadazam muat 8 orang makan sahaja. Dan biasanya saya makan sorang diri sahaja, he he he. Dan meja makan saya di rumah saya di Kuantan muat 4 orang sahaja. Saya makan di kedai, he he he.
Saya sangat gembira apabila permintaan saya dan para peminat Kak Pah dipenuhi. Kegembiraan itu saya beritahu kepada kawan-kawan dan mereka mengucapkan tahniah kepada saya.
Jan: Siapa kata jadi penyanyi tak boleh kaya raya? Haaa....
No comments:
Post a Comment