Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Barang lama. Show all posts
Showing posts with label Barang lama. Show all posts

Friday, September 21, 2012

PML: Sukar berliku


Bila balik Muadzam terus saya display kat rak kayu jati saya. Saya senyum sorang-sorang sebab saya nampak cantik sangat (sangat cantik kalau ikut bahasa Melayu tinggi, haaa).


Gambar di atas saya dah ada set cina peranakan 4 season tu, ada 3 pinggang kuning. Coraknya timbul macam ukuran. Saya cuba search dalam internate asal usul pinggang mangkuk ini secara akademik tetapi masih tak jumpa.


Saya dapat satu mug bertutp dari pada Felda Keratong. Masa tu terketar-ketar saya bawak kereta ke kawasan kelapa sawit.

Lihat gambar di atas dan di bawah. Teko tu ada penutup. Saya tak guna PML, saya guna pinggang mangkuk moden. PML ini untuk hiasan sahaja.


Saya harap dengan kesibukan hobi baru saya ini ia dapat memadamkan kepahitan dalam menyusuri hidup yang macam roda ini (terkadang saya muram, terkadang galak macam remaja). Saya ada baca buku motivasi. Bila kita bercerai ke, kita jangan ikut perasaan. Kita kena cari hobi baru, haaa.


Jan: Part of my  "keep busy, don't look back" program...

Thursday, September 20, 2012

PML: Balik cuti Hari Malaysia 2012


Balik cuti sempena Hari Malaysia tempohari saya pergi cari pinggan mangkuk lama. Akhirnya saya dapat kutip seperti dalam gambar di atas. Saya sangat gembira, tuhan sahaja yang tahu.

Saya sudah meningkat usia, kegemaran saya berubah. Saya tidak lagi membeli/kumpul tupperware. Saya suka PML (Pinggang Mangkuk Lama).


Teko bunga kangkung ini sangat kecil tetapi hati saya besar bahagianya. Saya sudah mula mengumpul set bunga kangkung. Bagi peminat PML set ini seolah wajib dimiliki, he he he. 



Selain teko kecil, saya hanya dapat satu pelapik cawan bunga kangkung.


Dan saya dapat 2 piring cawan bunga OC Merah.

Saya pergi mencari PML bersama anak saudara saya yang tingkatan 3. Semasa dalam perjalanan, saya berpesan padanya" Kalau Iman mati nanti, semua PML ini milik Najib" Saya beritahunya dengan ikhlas. Saya beritahu dia kalau dia jual harga sudah mencecah ribuan ringgit. Ya saya buat penilaian dengan bandingan harga terkini dibida dalam internate.


 Saya juga suka kerana dapat PML peranakan cina di atas, ada warna merah dan kuning.


Jan: Gambar di atas itu bukan PML, tetapi gambar muka saya yang telah diubah oleh Nokia X2. Sekian.

Saturday, December 17, 2011

Bila terima puji-pujian - Rafeah Buang

Gambar di atas adalah kaset Rafeah Buang. Zaman USB ni ramai juga generasi baru tidak kenal kaset. Dalam sejarah hidup saya, kaset pertama yang saya beli ialah kaset lagu ingeris Datuk Sharifah.

Kertasnya sekeping sahaja, namun ada yang berlipat-lipat sebab banyak info di dalamnya. Contohnya lirik lagu, gambar penyanyi atau ucapan penyanyi untuk peminatnya. Kaset Kak Peah ini simple jea, hanya ada tajuk lagu di sisi tepinya.


terdapat senarai lagu di belakang. Harap maaf gambar tak memuaskan sebab pukul dengan handpon murah sahaja. Megapisnya rendah.



Ni bentuk kasetnya dan sebenarnya ia guna macam tali di dalamnya. Awas kalau kaset rosak bila pasang, talinya terkeluar. Tapi saya pernah sambung balik dengan soleotap. Manakan tak putus sebab sehari 20 kali saya pasang lagu Menaruh harapan, pas tu kawan saya pun pinjam juga buat harta untuk sekelian lama baru hantar balik.



Kecil sahaja kasetnya. Tangan di atas adalah tangan sebenar saya tanpa sarung tangan. Saja saya pukul biar nampak tangan agar kita dapat lihat saiz sebenar dia. Latarbelakang gambar adalah blog saya yang selalu bertukar tempelate.

Jan: Kebanyakan kaset saya hilang selepas saya masuk universiti...(tak kan nak bawak...)

Friday, December 16, 2011

Kau akan mengerti - Rafeah Buang

Muka 1.

1. Talipon operator (Kasim Masdor/Rafeah Buang)

2. Kerana kebahagianmu (Rafeah Buang/Afzanizam Ismail)


Muka 2.

1. Di-perhentian bus (Rafeah Buang/senada Publications)

2. Kau akan mengerti (Rafeah Buang/Senada Publication)


Saya telah mewujudkan satu lagi `label' iaitu `Barang lama' di blog saya. Saya berpendapat ianya berguna untuk merakamkan gambar-gambar barang lama saya. Kalau tak bila barang lama saya hilang saya sudah tidak dapat melihatnya, atau terlupa bahawa saya pernah memilikinya.



Kak Peah bergaya macam supermodel


Cover belakang



Ini satu lagi mini rekod Rafeah Buang yang dikeluarkan pada tahun 1976 (35 tahun lalu). saya sendiri pun tak sedar saya ada beberapa rekod lama Kak Peah.



Kak Peah mempunyai banyak kepandaian. Selain menyanyi, beliau boleh mencipta lagu, menulis lirik, juga menulis rencana di majalah. Namun saya tidak pasti belaiu ada berlakon atau tidak seperti adiknya iaitu Saedah Buang, yang berlakon dalam drama tv Singapura.



Suara Kak Peah adalah benar-benar suara perempuan Melayu yang enak, sebutan huruf `t' dan`s' dia tak keingerisan. Bukannya dibuat-buat supaya seksi ngada. Lenggok suara dan sebutan beliau juga begitu jelas serta menepati sebutan asli lidah Melayu kita. Penyanyi baru sukar nak tanding.



Selain itu Kak Peah juga memiliki pekerti terpuji, walaupun bergelar artis popular. Taklah macam kebanyakan artis atau penyanyi sekarang yang begitu mengada-ngada! Sepanjang hidupnya di Pekan beliau juga aktif dalam kerja kebajikan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah ke dalam golongan muttaqin, Amin.



Jan: Rasa melayang jiwa bila dengar lagu `Gurindam Jiwa' nyanyian Kak Peah dan R Ismail. Bila dengar lagu itu, sahlah hanya aku yang setia...(pulak dah)

Thursday, December 15, 2011

Kecantikan - Rafeah Buang

Kak Peah pakai topi dan rantai mutiara, kecantikannya terserlah bersama kelembutan.


Cover belakang vouge ala cleopatra



Judul Album: Kecantikan


Penerbit : Kassim Masodr

Muka 1.

Kecantikan (Copyright Control)
Bukan Salahku (Copyright Control/Rafeah Buang)

Muka 2.

Untok Memikat Dia (Rafeah Buang/Senada Publication)
Pengurbanan (Rafeah Buang/Senada Publication)


Kak Peah memang best, beliau sedaya upaya akan terlibat dengan pembikinan rekodnya. Maklumlah beliau pandai mencipta lagu dan lirik. Dalam rekod ini ada 4 lagu yang saya tak pernah dengar. Cuma ada rekod tapi tak boleh pasang sebab tak ada pemainnya (playernya).

Sebenarnya saya tak tahu nak letak mana rekod-rekod lama ni. Saya letak dalam kotak plastik besar jea (Toyogo). Saya usung dari sebuah rumah ke sebuah rumah sewa saya, sehinggalah saya ada rumah di Kuantan.

Tetapi tak tahu nak display macam mana, bimbang kalau salah pamer rumah jadi ala muzium pulak.
Jan: Tak pandai pamirkan kasih sayang, hanya allah yang tahu... (pulak dah)

Tapak sirih tembaga saya...

Masyarakat Melayu lama suka mengunyah sirih. Entah apa sedapnya kita tidak mengerti. Tetapi jika tidak sedap tak kanlah mereka menjadikannya sebagai satu budaya kan?. Maka mereka cipta tapak sirih yang banyak bentuknya. Salah satu adalah seperti gambar di atas.
Saya pernah makan sirih masa saya kecil. Rasanya kelat dan tidak sesedap KFC. Titik.

Ini antara koleksi tembaga saya. Saya dapatkannya dari Pekan, Pahang. Saya berpendapat banyak barang lama di Pekan Pahang. Masyarakatnya mungkin lebih awal atau berduit untuk mendapatkan piring hitam dan barang tembaga.
Dalam sibuk dengan tugas mengajar di Pekan, saya sibuk `mengecek' barang-barang lama di sekitar tempats aya duduk.



Yang tinggi dalam gambar di atas tu adalah tempat letak sirih yang dilipat. Dan 5 bekas kecil tu tempat mereka letak bahan-bahan makan sirih, antaranya saya tak tahu nama. Saya cuma kenal kapur sirih dan gambir sahaja sahaja.


Gambar di atas menunjukan tapak sirih tu boleh dibuka. Ada lubang di dalamnya. Saya rasa dengan tangan lubang tu sejuk. Mungkin tempat letak daun sirih yang berlebihan (sedap-sedap buat andaian tanpa lakukan kaji selidik, he he he).
Tetapi sekarang saya gunakannya untuk `sembunyikan' duit. Saya letak duit dan bila saya berkemas saya buka, saya buat-buat terkejut bahawa di dalamnya ada duit. Saya terus tersenyum dan gembira. Pelik tingkah laku saya, tetapi saya normal.


Haaa...ada lagi bekas kapurnya. Makan sirih ni kena bubuh kapur, baru sedap kata mak cik yang rela `melepaskan' tembaga tersebut ke tangan saya. Saya doakan mak cik tersebut bahagia selalu. Saya akan hargai pemberian ini selamanya.


Saya tidak tahu berapa harga tempaga ini kau ikut nilaian semasa. Saya anggarkan dalam RM200 kot (pandai-pandai jea jadi juru nilai, he he he).


Saya sudahi engtri ini dengan serangkap pantun:


Sekapur sirih seulang pinang,

Diberi bekal buat pahlawan;

Cerita di Pekan jadi kenangang,

Sampai mati jadi ingatan.


Jan: Karpet di dalam gambar-gambar di atas, saya beli kat Nilai. Bulunya lebat dan tebal. Saya suka.

Dendang Perindu - Rafeah Buang

Ini satu lagi antara rekod piring hitam lama Rafeah Buang koleksi saya. Ia bersaiz mini dan ada hanya 4 lagu di dalamnya.




Gambar di atas Kak Peah bergaya vouge bersama payung warna merah, dan di tepinya ada payung warna hijau pucuk pisang. Kak Peah berbaju kurung bercorak merah. Sopan dan kontrol ayu (katogeri gadis desa sunti).




Ia diterbitkan oleh Kassim Masdor.



Side A:

1. Selamat Datang (Kasim Masdor/Yusuf Ef)

2. Di-sebut jangan di-kenang jangan (Ibrahim Bacik/Rosli Haji Yusuff)

Side B:

1.Baju Kurong (Rafeah Buang)

2.Bunga Mawar (Rafeah Buang)

Nampaknya Kak Peah banyak mencipta lagu, untuk rekod ini ada lagu Baju Kurung dan lagu Bunga mawar. Saya tabik. Kak Pah sangat profit sekali dalam melahirkan lagu, mengalahkan Kak Pah dan Dik Siti.

Saya tidak tahu bila tahun rekod ini dirakam, tidak ada tertulis. Namun sistem ejaan lama pada cover ini menunjukan ia telah lama dirakam. Mungkin 40 tahun dulu. Ada lagu istimewa yang menjadi evergreen (malarhijau). Lagu tersebut adalah bertajuk Disebut jangan dikenang jangan. Liriknya di bawah:

Disebut Jangan Dikenang Jangan

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

( korus )
Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

( 1 )
Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

( ulang 1 )

Jan: Lagu ditujukan khas kepada penjahat-penjahat seluruh Malaysia...(he he he)

Wednesday, December 14, 2011

PML: OC Merah, hadiah dari pelajar!

Hari ini sangat istimewa bukan sahaja kerana ketua jabatan belanja makan tetapi juga kerana saya dapat hadiah daripada seorang pelajar. Hadiah ini sangat bermakna sebab saya suka sangat-sangat pinggan ini. Tidak ada apa perkataan yang dapat lahirkan/gambarkan perasaan saya, hanya terima kasih daun keladi.

Saya tertanya juga di mana yea pelajar saya ambil pinggan ni? Adakah dalam almari ibunya? He he he. Walau bagaimana pun saya sangat suka sebab saya minat. Saya terus sms Ezany tanya apa nama PML ini.

Keterangan gambar:



Teliti lukisannya... Nama dia OC Merah.




Pinggan ni ada gambar dua kuntum bunga mawar. Satu berwarna merah dan satu berwarna putih (bercop orental ceramics di belakang). Bunga tersebut bertompok tiga di bibir pinggan (lihat gambar).

Pinggan ini bukan warna putih tetapi berwarna kering (Cream).




Maaf kualiti gambar kurang memuaskan...



Ada 10 daun yang besar berwarna hijau, 7 daun kecil berwarna keputihan, dan 2 daun yang berwarna merah (pelik, daun warna merah pula). Sila rujuk gambar di atas.





Pinggan ini berat sikit, boleh juga kita buat pelengkung kat kepala orang yang jahat. Yang menghancurkan harapan kita, yang abaikan kita setelah banyak kita berkorban...





Jan: He he he.

Monday, December 12, 2011

Don Juan II - Rafeah Buang

Kak Peah memegang sekuntum mawar, sambil tersenyum...



Belakang ada gambar Kak Peah, buat rambut sebelah sambil tarik kain (selendang leher kot)


Keluaran: 1980
Harga: $8.50
Penerbit dan Susunan Muzik: Ooi Eow Jin
Juru Rakam: Johnny Herbert
Studio Rakaman: Lion Studio
Pemasaran: Polygram Singapore/Malaysia.



Ini adalah antara koleksi berharga `barang lama' dalam simpanan saya. Album Rafeah Buang ini istimewa kerana terdapat banyak lagu malar segar di dalamnya. Sehingga kini lagu-lagu tersebut tidak lenyap ditelan zaman.
Salah satu daripada lagu malar segarnya ialah lagu `Kalau Rindu', ciptaan D.Y.M.M Raja Idris Shah (Sultan Perak). Lagu dan senikata ditulis oleh Tuanku sendiri. Pabila mendengar lagu ini, ianya meruntun perasaan. Alunan irama dan lirik yang tersulam akan merentap jiwa nan lara. Ya lagu ini akan menjadi khazanah seni, tidak akan luput...walau seribu tahun.

Terdapat juga sebuah lagu ciptaan Y.A. M Raja Ismail Iskandar Shah yang bertajuk `Lembayong di-Kolam'. Seorang lagi kerabat diraja yang berbakat. Lagu ini juga merdu didengar. Mungkin setelah Kak Peah berkahwin dengan kerabat, keluarga diraja yang pandai mengarang lagu dan senikata sudi berkongsi karya dengan rakyat jelata.

Ada 12 buah lagu semuanya. Juga istimewa album ini ada lagu ciptaan ketuhanan dari Kak Peah iaitu lagu `Ya Ilahi Rabbi'. Lagu dan senikata disusun indah, merdu didengar . Saya dengar lagu ini dengan Adnan semasa dalam perjalanan pulang daripada perkebumian ayahanda Encik Kamal di Chini. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Rekod ini berada di dalam keadaan baik. Malah masih berkilat sebab ia masih ada plastik yang membukuskan cover dan piring hitam di dalamnya. Ia tambah istimewa sebab Kak Peah mencipta sendiri lagu `Musim Bunga', dan lagu `Ais Kerim'. dan untuk lagu `Don Juan II', dan `Rindu-rinduan' liriknya Kak Peah hasilkan. Memang dia berbakat cipta lagu, bukan Amy Mastura, Yuna dan Najwa sahaja..., orang dulu dah mulakannya.

Rekod ini berusia 31 tahun, saya baru miliki dalam 10 tahun. Saya dapatkannya semasa saya tinggal di Pekan Pahang. Semasa di sana banyak juga barang lama terkumpul. Saya menjaga rekod ini dengan elok.

Jan: lagu `Kalau rindu' tu kalau kita layan, kita pasrah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home