Semasa saya di tingkatan 5 (1987), nenek saya beritahu selepas penceraian ibubapa Datuk Sharifah Aini (lebih kurang 57 tahun lepas), Datuk Sharifah Aini (DSI) diberikan kepada keluarga Cina. Datuk dan neneknyalah yang pergi ambil DSI semula daripada keluarga Cina tersebut lalu membesarkannya dengan penuh kasih sayang.
Saya mendengar cerita nenek saya yang juga meminati suara DSI. Pada masa tersebut saya tidak tahu cerita ini benar ataupun tidak kerena kehidupan artis penuh gossip.
Nenek saya meninggal semasa saya di tahun pertama di Universiti Malaya. Semasa nenek meninggal ayah saya tidak beritahu saya akan berita kematian tersebut. kemudiannya apabila saya balik cuti panjang di kampung barulah saya diberitahu nenek telah meninggal. Pun begitu sebenarnya saya sudah tahu nenek saya meninggal sebab dia datang dalam mimpi saya dan beritahu dia meninggal dah. Nenek saya pernah memberitahu saya Sharifah Aini adalah penyanyi nombor 1 negera. Namun posting ini bukan pasal nenek saya tetapi nenek dan datuk DSI.
Akhirnya 7 tahun kemudian barulah saya tahu cerita ini benar apabila saya terbaca akan hal ini dalam URTV, kata Kak Pah apabila diinterbiu:
Gambar Kak Pah berbaju raya 2012
"Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang selama ini memainkan peranan, membantu saya dan dunia seni. Sama ada yang buruk atau baik ditulis, saya mengucapkan terima kasih," katanya. "Sebetulnya saya amat bersyukur saya tidak menjadi Sharifah Chong! Saya pernah dihantar kepada keluarga Cina, sewaktu saya belum mengenal dunia. Saya menjadi mangsa perceraian (ayah dan ibu). Namun Allah menyelamatkan saya. Di saat begini, saya sering terkenangkan arwah emak dan abah" (iaitu datuk dan neneknya).
(URTV, 15-30 Jun 1994)
Jan: Pernah jadi kekasih angkat, menumpang kasih, menumpang sayang...akhirnya semua melayang.
No comments:
Post a Comment