Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 11, 2012

Perihal membeli baju...

Sejak akhir-akhir ini saya suka membeli baju. Sebenarnya termasuk baju Melayu merah untuk hari raya, saya sebenarnya membeli 10 pasang baju raya. Ada yang mahal tetapi kebanyakannya murahlah..

Saya rasa tidak mengapalah saya beli banyak sikit sebab saya bukannya selalu beli baju. Dan ada baju raya tersebut boleh saya pakai ke pejabat. Nampak muda dan galak sikit. Mencari baju bagi lelaki tidaklah sukar mana berbanding perempuan. Orang lelaki pakai baju untuk menutup aurat, bukannya untuk kelihatan cantik. He he he, maaf kalau ada yag terasa.

Dalam umur 42 tahun, saya harus menjaga penampilan saya bukan untuk kepuasan diri tetapi juga untuk masyarakat. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Saya pernah disindir rakan sekerja kerana tidak menggosok baju. Mereka suruh saya berbini cepat-cepat wal halnya berlambak juga kawan saya yang berbini tetapi baju tak tergosok juga, hidup macam tak ada bini juga he he he. Jangan ada yang terasa.

Saya membeli baju di Kuantan. Biasanya kat Pakson. Saya suka beli bila ada sale. Saya pastikan benar-benar sale. Pun begitu saya ada juga beli baju mahal (mahal bagi saya), tetapi amat jarang. Buat apalah beli yang mahal jika sekadar nak menutup aurat kan?

Saya pernah beli baju yang digayakan oleh patung. Patung pakai memang segak siap dengan tai. Tapi bila saya balik rumah saya pakai, tak elok pulak, macam dugung. Hairan, sedangkan pada masa tu saya handsum. Tapi taklah bermakna sekarang saya tak handsum dah. 

Sebab itulah saya selalu terai baju sebelum beli. Saya akan lihat dalam cermin dulu. Biasanya saya akan tidak puas hati bila baju yang saya pakai nampak ketat dan kecil, adakalanya nampak besar pula. Mungkin sampai masanya saya menempah baju? Tapi baju tempah lebih jauh mahal dan prosesnya lambat. Tak mampu saya. 

Bilik tengah rumah, memang saya tempatkan khas untuk pakaian saya. Kalau ada tetamu atau keluarga nak bermalam. Mereka kena la tidur di luar (ruang tamu). He he he.

Tetapi sebenarnya saya selalu pakai baju yang saya suka, he he he. Balik kerja basuh semula, dan esoknya saya pakai lagi. Lusa pun.

Pernah juga saya pakai baju yang saya beli, dan kemudiannya kawan saya kata tidak `kena' dengan saya. 

Pernah juga sebaik saja saya masuk bilik kuliah. Saya lihat ada pelajar baju sama sebijik dengan saya. Pelajar tersebut terus bangun dan berkata dengan bangga:

" Sir baju kita sama! sehati sejiwa" Dengan bangganya dia bulatkan mata. Hidung kembang.

" Ya sama, tapi pemikiran dan kecerdikan kita jauh berbeza" Kata saya sambil terus selamba pasang LCD untuk memulakan kelas. Saya buat seperti tiada pa yang berlaku... He he he, jahat saya kan?

Saya juga ada koleksi pakaian yang saya akan pakai bila saya kurus nanti. Mak saya kata tak baik beli baju tapi tak pakai. Saya kata saya akan pakai bila kurus nanti. Baju tu kecil sikit.

Saya rasa ramai juga para pembaca blog saya suka membeli baju yang mahal-mahal. Baju perempuang kadang-kadang kainnya sahaja RM350. Kalau campur upah jahit entah berapa. Saya ada kawan perempuan kalau beli kain sampai sepuluh pasang. satu-satunya lebih RM300 sepasang!. 

Pesanan saya untuk yang ketagih beli pakaian mahal :




Jan: ...saya beli baju yang murah-murah sahaja. He he he.

2 comments:

Adie Achim said...

Mau atau tidak saya terpaksa menempah baju dan seluar sebabnya ada saja yang tak kena. Sehingga saya terpaksa menempah baju batik dan baju yang sya pakai khas pada hari jumaat. (Kemeja berkolar nehru)Kebiasaannya kos menjadi mahal kerana kos kain dan upahnya. Biasanya kain yang cantik dan berkualiti harganya mahal. Saya memang membazir bab pakaian.

Jankaulu said...


Baju Melayu raya yang saya beli padan dengan tubuh tapi seluarnya ketat. saya pakai masa pukul gambar sahaja.

saya memang ada hasrat nak tempah baju Melayu tapi saya sibuk, kainnya pun tak sempat beli, he he he.

Saya minat kemeja koler nehru tu. tapi saya tak ada satu pun lagi. mungkin saya akan cuba tempah nanti.

Kalau kita jaga baju dgn baik tak membazir namanya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home