Ini gambar-gambar Dahlia, anak kepada kawan saya. Gambar ini saya pukul semasa Dahlia singgah ke pejabat. Dulu masa dia kecil saya selalu dukung dia sebab rambut dia cantik kerinting bergulung. Rambutnya asli. Bila kawan saya bawa Dahlia ke pejabat, saya akan dukung dan cubit. He he he.
Saya berkawan dengan emaknya semasa kami sama-sama bujang. Emaknya juga cantik jenis perempuan kereta lalu jadi perlahan. Kini Dahlia dah besar, saya tak dapat dukung lagi. Berat. Kini saya dukung adiknya pula yang bernama Wafi.
Saya suka dukung, cubit dan agah anak kawan-kawan bawa anak mereka ke pejabat. Kalau comel ke tak comel ke, saya buat-buat dukung juga. Dan tidak benar kalau orang kata saya suka berkawan dengan perempuan cantik sahaja. Ada juga kawan perempuan saya yang tak berapa cantik, he he he. saya pun bukannya handsum sangat...
Saya comel tak masa kecil? Saya tanya kawan saya. Kawan saya pernah tengok gambar saya masa kecil. Kawan saya kata saya tak comel masa kecil. Dan katanya dia tak mahu dukung saya... Dia kata dia akan buat-buat sibuk kalau mak saya bawa saya ke pejabat. Kesian kan... saya rasa sedih.
Tapi nasib baiklah bila dewasa barulah tuhan jadikan saya comel dan bulat.
Tapi nasib baiklah bila dewasa barulah tuhan jadikan saya comel dan bulat.
Jan: Tak pernah dicubit pun...
No comments:
Post a Comment