Selamat
berbahagia wahai kekasih
cantik
rupawan...
Selamat
menempuh wahai kekasih
gerbang
perkahwinan...
Aku
berdoa wahai kekasih kepada Tuhan
Semoga
aman wahai kekasih
dan
berkekalan...
Berpisah
kita hanyalah untuk di dunia saja
Aku
berjanji akan menanti di gerbang syurga
Rela ku
hidup wahai kekasih dalam derita
Asalkan
dikau wahai kekasih hidup berbahagia.
Berpisah
kita hanyalah untuk di dunia saja
Aku
berjanji akan menanti di gerbang syurga
Rela ku
hidup wahai kekasih dalam derita
Asalkan
dikau wahai kekasih hidup berbahagia.
Lagu ini lagu nyanyian, ciptaan dan gubahan Tan Sri P Ramlee, liriknya oleh H M Rohaizad. Pertama kali saya dengar lagu ini ketika saya memandu ke Kuantan pada petang kelat. Namun penyanyinya adalah Hail Amir.
Sekali dengar terus rasa syahdu. Suara Hail Amir tidak dapat dinafikan, merdu. Beliau banyak berduet dengan Uji Rasyid. saya tabik, penyanyi dulu hebat!
Nampak sikit bulu dada, seksi tapi tak haram...
Daripada internate, saya dapat info lagu ini dicipta oleh Tan Sri P Ramlee ketika Saloma mahu melangsungkan perkahwinan dengan A.R Tompel (kawan-kawan Tan Sri P Ramlee beritahu). Saloma kawin 2 kali sebelum berkahwin dengan seniman agong kita, perkahwinannya dengan Tan Sri P Ramlee kekal sehingga mati... Namun berita ini daripada internate, footnotenya tiada...
Sekarang saya sudah hafal lagu ini, saya nyanyi malam-malam pabila memandu pulang ke rumah dalam malam hitam yang pekat. Saya tahu suara saya tak sedap, tapi jiwa saya menikmatinya.
Lagu lama-lama ni membuatkan saya tabah hadapi hidup ini...
Jan: Kalau dia terbaca blog saya ini, saya nak dia juga tahu `Berpisah kita hanyalah untuk di dunia sajaaaaa....'
No comments:
Post a Comment