Sekadar hiasan...
Hari ini saya ingat satu ajaran Suhaida, isteri kawan baik saya Adnan. Banyak sebenarnya ajaran beliau tetapi saya ada kalanya tidak ingat dan lupa amalkannya. Maklumlah umur sudah 42 tahun, payah nak ingat sesuatu yang baru (alasan la ni, he he he. Orang lain umur 88 tahun ingat apa...).
Beliau ajar saya jika menulis nombor atau slogan daripda nombor 1 hingga 10 hendaklah dieja. Haaa. jadi ayah di bawah tidak betul:
1. Kak Limah Kompang beranak tidak berhenti sampai tidak terjaga, sekarang 3 orang anaknya sudah berjaya masuk pusat pemulihan dadah.
2. Walaupun sudah menunaikan haji sebanyak 7 kali, perangai sombong bongkak Pak Mat Keng tidak berubah. Malah semakin menjadi-jadi setelah dapat duit bantuan FELDA tempohari.
3. Saya kecewa bercinta sebanyak 8 kali dalam hidup, saya sudah letih. Saya bersumpah dengan nama allah dan sekalian rasul, suatu hari nanti dalam rujan lebat dia akan berhentikan kereta di tepi jalan. Dia akan keluar kereta dan meraung kuat dalam lebat hujan. Raungan itu bersama air mata yang menitis laju, dia sendiri tidak mendengarnya. Saya bersumpah dia akan rasai tidak sedikit lebih atau kurang apa yang dia lakukan terhadap diri saya!.
2 comments:
ayat yang pertama tu, rasanya perlu diselitkan perkataan "orang" selepas tiga tu. sebagai penjodoh bilangan.
p.s ayat ketiga itu seperti contoh kisah sebenar
thanks Xora, saya sudah pulihkan ayat tersebut.
Post a Comment