Gambar di atas saya ambil dari blog kawan saya Adnan. Nampaknya beliau sudah mencapai berat badan idaman dan sihat. Semenjak memiliki mesen berlari setempat (ogawa), dia aktif membakar kalori.
Saya pula aktif makan selepas raya. Rata-rata kawan-kawan saya berkonsepkan `puasa sebulan, raya sebulan'. Saya cuba tentang konsep tersebut dan cuba terangkan bagaimana sepatutnya kita beraya. Tetapi seperti mencurah air ke laut atau seperti menendang landak atau minta susu pada ayam.
Walaupun saya tahu berat badan yang sesuai bukan sahaja buat kita kelihatan terbentuk elok tetapi juga kesihatan terjaga...saya selalu lapar...
Kalau kita gemuk tidor pun tak lena...
Jan: Bukan tak lena kerana gemuk, tak lena kerana rindu...huh! sudahlah!
1 comment:
Pada penghujung ramadhan saya telah kehilangan hampir 6 kg! sangat keterlaluan. Makanya ketika raya saya memberi penghargaan kepada diri untuk makan tanpa had (termasuk menjadikan minuman cola sebagai air minuman) Kini saya kembali asal kepada yang sebelumnya. 6 kg yg hilang telah berada kembali ke asalnya :)
Post a Comment