Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 12, 2012

Kata-kata prof Nasir

Semalam saya sampai di rumah tepat pukul 1.28 pagi (sebab saya lihat jam di tangan). Saya pulang dari majlis rumah terbuka dan majlis harijadi kawan. Makan-makan ini rakan sekerja (bukan pensyarah) yang anjurkan. Walaupun saya pensyarah, saya berkawan dengan semua orang. Prinsip hidup saya begitu. Mudah.

Ramai sungguh kehadiran tetamu. Sebenarnya saya terpaksa balik tukar baju semula setelah bila nak sampai ke majlis, dari jauh saya lihat tetamu lain berpakaian serius. He he he. Pakaian saya terlalu mengada dan tidak islamik. Saya ingatkan majlis ala parti gitu tapi bila saya lihat ada yang berkain pelikat dan pakai kopiah... saya harus lakukan sesuatu...he he he. Balik tukar pakaian.

Saya makan dan bercakap, makan dan bercakap. Kalau ada yang bawa anak yang comel saya cubit. Apabila pukul 10 malam, ramai yang sudah balik. Oleh kerana saya rapat dengan tuan rumah, maka saya duduk berlamaan. Geng-geng saya duduk lama sebab tuan rumah adalah geng kami juga. Namun ada juga usaha saya cuba nak balik rumah dengan berkata " Eh selamat malam ya, terima kasih semua yea. saya nak balik dah... nak marking paper". Sambil buat-buat letih dan mengantuk.

" Laaa, Man bukannya ada bini di rumah. Orang lain pun nak marking paper jugak. Dah tak nak berkawan dengan kita la tu...ke?" Kata kawan saya dengan muka seolah saya ni laki dia. He he he. Maka saya pun tak jadi balik, duduk bersimpuh semula dan terus bercerita sambil mengumpat apa yang patut.

Sebenarnya, walaupun kami sama-sama pensyarah dan duduk dalam satu bangunan tapi jarang boleh berjumpa berbual lama. Setakat `hai-hai bye-be' je bila berselisih. 

Istimewanya, saya dapat berbual dengan rakan sekerja Mohamad Nasir Bin Saludin (Prof. Dato’ Dr.). Di pejabat dan di bangunan jarang boleh bercakap dengan prof. Tapi bila prof datang, saya tapislah percakapan dan isu-isu, he he he. Dan seterusnya saya asyik mendengar cerita prof dalam pelbagai bidang, asam garam kehidupan. Saya suka cerita prof pasal luar negara. saya harap bila bahasa inggeris saya bertambah baik saya akan berhijrah ke luar negara. Tapi saya sayang keluarga saya...(pulak dah kata tadi nak berhijrah tapi rupanya masih di bawah ketiak mak, he he he).

Kami berbual, berbual dan berbual, bila saya lihat jam, sudah pukul 1.20 pagi!. Saya berbual di luar rumah rakan yang mengadakan majlis. Di luar rumah sejuk sikit. Angin sepoi bahasa...

Sebenarnya bila saya berjumpa dengan rakan sekerja yang jauh lebih tinggi mencanak taraf pendidikan dan pencapaiannya, saya akan mencari kelebihan bukan akademiknya. Sebab yang lain sudah tertera di depan pangkal namanya. Sama ada bergelar dr ke, prof madia ke, prof ke atau datuk-datuk. Atau semuanya?. 

Prof Nasir sangat senang untuk diajak berbual. Saya tidak cemburu dengan pangkat `dr' dan `prof'nya, saya cemburu akan pegangan prinsip hidupnya. Mati hidup balik saya tak dapat amalkan.

Saya pada mulanya malu nak bertanya. Bertanya apa rahsianya yang kelihatan muda macam umur 40 tahun. Kulit mukannya tak berkedut langsung. Kalau perempuan pasti saya tuduh guna botok atau buat pelastik segeri (plastic surgery). Atau bela hantu?

Jawapannya membuatkan puding roti dalam mulut saya hampir tersembur keluar. Nak tahu apa jawapannya?. Jawapannya adalah " Dalam hidup ini kita jangan berdendam... Apa yang orang buat ke kita kita kena redha dan kalau boleh nasihatinya balik."

Semalam saya sampai di rumah tepat pukul 1.28 pagi (sebab rumah rakan buat majlis tersebut sebenarnya setaman dengan perumahan saya, perumahan kakitangan). Di ruang tamu, dengan perlahan saya buka ikatan tali pinggang. Saya lodehkan seluar dan kuis ke tepi dinding ruang tamu. Sebelum menanggalkan baju, saya juga melurut perlahan seluar kecil saya ( menggunakan ibu jari kaki). 

Kemudian saya rebahkan diri ke tilam (yang juga di ruang tamu). Saya resah bersalut sepi, gersang. Saya merenung siling dan kipas berpusing. Seketika kemudian saya meraba-raba alat.... kawalan tv (tv remok kontrol). Saya pilih track ke 7. Saya terus dibawa alunan lagu `Halimunan malam', alunan lemak merdu gemersik suara Kak Pah...

Saya pujuk mata yang syahdu, dan mata sudah mulai nak layu... tiba-tiba saya teringat lagi kata-kata prof Nasir...

Jan: ...saya tersepit di rimba dendam yang dalam..

2 comments:

Adie Achim said...

Ayat di bawah ini asyik berlegar di ruang akal. Rasanya sebelum redha kena lalui proses 'sabar'.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Jankaulu said...

alamak!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home