Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 11, 2012

Sisi saya di dunia lain...`main-main'

Emak sudah kembali ke kampung. Saya yang tua bangka ni masih ingatkan emak tiap-tiap hari. Makin saya tua kami semakin rapat... Pelik.

Tetapi posting kali ini bukan pasal mak. Nanti saya sedih (biarpun bukan hari ibu) kalau selalu tulis pasal mak (tapi tentu tulis pasal mak sebab tak ada mak we). Saya nak bercerita pasal pandangan mak saya.

Saya hidup di taman perumahan yang terdiri daripada para pensyarah. Melihat para pensyarah selalu pulang lewat petang dan adakalanya malam, mak saya kata kesian pula kehidupan benar-benar berkisarkan pada kerja. Saya mencelah dengan berkata:

" Tak perlu kesian sebab mereka suka. Tak apalah mak, mereka bergaji besar... Macam abang ni gaji kecik jea. Abang tak buat `paper' (kajiselidik) bentang sana sini. Abang asyik mengajar sahaja dan main-main...he he he"

Saya memang begini, saya tertidur kalau baca jurnal. Saya akui. makin saya memaksa, makin saya tertidor. He he he. Saya suka main-main. Hobi terbaru saya ialah cari pinggang mangkuk lama.



Saya kumpul satu-satu. Kadang-kadang buat muka seposen mintak kat rumah mak cik (he he he), kadang beli kat internate dan juga pergi cari kedai barang terpakai. Buat muka seposen jugak.

Ini mungkin kehidupan sisi saya yang lain. Kena buat sesuatu yang baru. Kalu tak boring...

Jan: Mungkin suatu hari nanti, tiap-tiap hari ke masjid. Haaa...satu pembaharuan jugak tu.  

3 comments:

Nong Andy said...

hobi aku selalu berubah.. satu je dari dulu tak berubah.. baca komik hehe..

Jankaulu said...

dulu saya suka baca komik juga. tapi tak kumpul...
mungkin nanti beli komik pula utk pembaharuan hidup

Nong Andy said...

oh.. baik! saya sedang membayangkan Encik pensyarah membaca komik ahahaha...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home